Contoh-contoh Idea Sedekah Buat Surirumah

By | 23/11/2017

Contoh-contoh Idea Sedekah Buat Surirumah

Idea Sedekah Buat Surirumah

Idea Sedekah Buat Surirumah

Hai Assalamualaikum semua. Malam ni malam Jumaat. Mesti rasa seronok kan sebab dah nak hujung minggu. Hari ni jugak keluarnya keputusan peperiksaan UPSR 2017. Tahniah buat ibu bapa yang mana anaknya berjaya memperoleh Straight A’s! Yang tak straight A’s pun tahniah sebab dah berusaha buat yang terbaik :-). Memandangkan esok Jumaat, di sini saya berminat nak kongsikan Contoh-contoh Idea Sedekah Buat Surirumah. Biasalah kan, surirumah kebanyakannya tidak begitu mewah sebab full time jaga anak-anak. Setiap bulan mengharapkan duit pemberian suami dan hasil perniagaan bisnes kecil-kecilan je. Jadi apa kata kita lihat apa idea best untuk surirumah yang nak sedekah, tapi tak tau nak sedekah apa.

Hakikatnya ada baaaanyak idea untuk sedekah ni. Yang paling simple pun boleh. Yang penting niat kita yang kita nak persembahkan kepada Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w berpesan kepada kaum wanita, bersedekahlah & perbanyakkanlah istighfar kerana baginda melihat penghuni neraka adalah kebanyakannya wanita…

Seorang surirumah atau isteri mungkin runsing sebab pendapatannya tak seberapa. Jadi macamana nak bersedekah?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan itu adalah sedekah.

Sedekah itu beraneka ragam.

Contoh-contoh Idea Sedekah Buat Surirumah:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma’ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah WA, Telegram, FB, Twitter, Insta, blog anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha juga disamakan dengan sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang di jalanan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan kepda kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tetamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada orang Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting Sedekah Buat Surirumah:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapa pun.

Peluang Mencari Pendapatan Buat Surirumah:

Buat para surirumah yang berminat mencari pendapatan tambahan secara sampingan mahupun secara sepenuh masa, bolehlah menyertai kami dalam team Projek spa “The Walking Beauty (TWB)”.

Apa itu Projek spa TWB? Ia adalah projek untuk membantu para wanita yang ingin mengukuhkan ekonomi mereka melalui Spa Bergerak Tanpa Kedai.

Di dalam projek ini, para wanita berpeluang mempelajari teknik menjalankan perniagaan Mobile Spa atau Home Spa. Para wanita akan mempelajari segala kemahiran yang berguna dan mampu menjadi Magnet Duit yang amat mudah dan cepat.

Baca lebih lanjut mengenai Apa Itu Projek Spa “The Walking Beauty”?

Testimoni Peserta Kursus Mobile Spa “The Walking Beauty”.

Boleh juga membaca mengenai Bisnes Shaklee yang sangat fleksibel dan sesuai buat para wanita yang bergelar surirumah.

Berminat untuk sertai?

Boleh hubungi saya,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Shye’s Home Beauty Spa

Ahli The Walking Beauty

Kursus Spa Muslimah Murah dan Mampu Milik

4 thoughts on “Contoh-contoh Idea Sedekah Buat Surirumah

    1. syahida Post author

      Betul jugak. Lelaki pun boleh amalkan. Sama-sama!

      Reply

Leave a Reply to syahida Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge