Celebration Hari Raya TWB Mobile Spa

By | 11/07/2019

Celebration Hari Raya TWB yang menyeronokkan! 30 Jun 2019 (Ahad) yang lepas, team Mobile Spa TWB yang terdiri daripada leaders dan trainers Mobile Spa TWB telah dijemput menghadiri jamuan Celebration Hari Raya TWB bersama penganjur dan pengasas TWB iaitu Puan Ainul Shahrazad. Sekumpulan trainers dan leaders termasuk saya telah dijemput secara eksklusif untuk menjamu selera di Hotel Marriot, Putrajaya sempena Hari Raya. Alhamdulillah, di atas rezeki ini!! Hehehehe

Tarikh : 30 Jun 2019
Lokasi : Zest Restaurant, Marriot Hotel Putrajaya
Masa : 11am – 3pm
Pakaian : Baju Raya

Setting Lokasi

Sebenarnya ini bukannya kali pertama Puan Ainul suka belanja kami lunch and makan-makan macam ni. Sebenarnya dah banyak kali dah :-), Alhamdulillah. Dan biasanya jamuan sebegini adalah eksklusif buat leaders dan trainers TWB yang komited dan konsisten di dalam bisnes mereka dalam TWB :-).

Saya memang suka makanan hotel. Memandangkan saya dah pernah dijemput makan di sini beberapa kali, saya dah pernah rasa makanan kat sini dan semuanya sangat sedap weh! Mujurlah saya cukup berselera hari tu. Memang enjoy lah saya dan team TWB yang lain enjoy makan-makan masa ni!

Sebelum kami start makan-makan, macam biasa, Puan Ainul mengendalikan meeting untuk menceritakan mengenai Pakej terbaru Kursus Mobile Spa TWB yang akan diperkenalkan mulai Julai 2019.

Meeting bersama Puan Ainul Shahrazad sedang berjalan ketika Celebration Hari Raya TWB.
Meeting bersama Puan Ainul Shahrazad sedang berjalan ketika Celebration Hari Raya TWB.

Jadi, InsyaAllah, Kursus Mobile Spa TWB mulai Julai 2019 akan terdiri daripada 3 Pakej Kursus.

Anda boleh bacakan segala details kursus Mobile Spa TWB yang terkini di sini : Kursus Mobile Spa TWB Julai 2019

Then selepas meeting dan briefing dan sedikit perbincangan di antara kami, so kami pun enjoyyyy all the food here. Wow heaven sangat! Siap ada pertunjukan show yang live lagi daripada performers di sini. Termasuk juga clown penghibur yang pandai meniup dan design belon untuk kanak-kanak.

Ok! Enjoy the pics!!

Makanan Buffet Hari Raya TWB

Makanan Celebration Hari Raya TWB.
Selalunya saya akan mulakan dengan appetizer salad.
Makanan Celebration Hari Raya TWB.
Tetiba teringin nak makan Nasik Lemak!! Serius sedapppp!
Makanan Celebration Hari Raya TWB.
Continue dengan aneka dessert yang ada!! Bestt!!

Last sekali saya akan pasti layan air panas, sama ada Teh Tarik atau Nescafe. Tak kisah memana asalkan yang panas-panas.

Sambil makan-makan, sambil berborak-borak la. Dan biasanya kami borak hal-hal bisnes, hal-hal Mobile Spa TWB dan juga Bisnes Shaklee. Sekali sekala tu kami dihiburkan oleh performers yang ada di sana.

Lama kami melepak kat ruang ni. Enjoy makan selagi boleh. Haha. Selepas sakan bergambar dan bersuka ria, then kami start pulang dalam kul 3pm macam tu.

Alhamdulillah, Thank you TWB for the opportunity and invitation ke Celebration Hari Raya TWB. Saya personally rasa sangat-sangat gembira dan sangat bertuah berada dalam ukhuwah ini. Kawan-kawan seperjuangan saya dalam TWB pun dah rasa macam keluarga. Kami sentiasa saling bantu-membantu and we work as a team. Kami memang biasa berkerjasama dan suka memberi idea untuk kemajuan bisnes kami dalam TWB ini.

Alhamdulillah, seronok rasanya berada dalam team yang best ni. Selalu jumpa-jumpa, makan-makan, buat aktiviti, online or offline, selalu buat preview Mobile Spa sama-sama dan selalu bincang apa yang terbaik untuk team TWB.

Sedar tak sedar, saya dah menjadi ahli TWB for 4 years, semenjak ia ditubuhkan pada tahun 2015. Tak sangka, dah sampai 2019 Mobile Spa TWB ini bertahan. Dah terlalu banyak jatuh bangun yang kami nampak dalam TWB ini. Banyak sangat kenangan dan memori yang kami telah lalui bersama :-).

Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir dan Batin. Semoga ukhuwah kita sentiasa berkekalan dan diredhai Allah. Thank you Puan Ainul, selalu belanja kami makan dan berikan kami motivasi dan semangat untuk terus continue jayakan kursus Mobile Spa TWB ini.

Semoga kami dapat mengajak lebih ramai wanita di luar sana untuk menyertai Kursus Mobile Spa TWB bersama kami, dan turut sama menikmati bisnes yang sangat fun, sangat fleksibel, sangat menepati citarasa wanita yang sukakan kesihatan dan kecantikan, yang sangat menguntungkan dan sangat-sangat menyeronokkan. Team mates pun sangat supportive, bekerjasama, rapat, mesra dan yang penting, team yang mementingkan aspek kerohanian. InsyaAllah.

Doakan kami tetap terus istiqamah dan berusaha membantu para wanita yang ingin menyertai bisnes Mobile Spa.

Bergambar kenangan dengan seluruh team ketika Celebration Hari Raya TWB. Thank u ALL!!

Alhamdulillah, pengalaman yang menyeronokkan dalam Celebration Hari Raya TWB.

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
Leader & Trainer Mobile Spa TWB
Pengedar Shaklee Sejak 2014
012-6753078

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.