Cara Kawal Gula Dalam Darah Untuk Ibu Hamil Yang Diabetes

By | 05/05/2017

Cara Kawal Gula Dalam Darah Untuk Ibu Hamil Yang Diabetes

Kadang-kadang kita tak sangka kan yang kita boleh dapat Diabetes semasa hamil ni atau GDM. Kehamilan yang berbeza, pengalaman pun berbeza. Lagi pelik bila Diabetes ni ada masa hamil je. Perlu kawal gula dalam darah masa hamil je. Tapi bila dah bersalin, Diabetes tu tak ada dah (walaupun dah tak ada, kena juga berhati-hati sebab ibu yang ada Diabetes semasa hamil berisiko untuk mendapat Diabetes ketika usianya 40 tahun dan ke atas).

Sekiranya Ibu hamil mempunyai sejarah keluarga yang menghidap Diabetes, Ibu hamil berisiko untuk mendapat Diabetes semasa hamil ini. Jadi, kena la buat ujian minum air gula (Ujian Toleransi Glukosa atau GTT). Jika telah disahkan mempunyai Diabetes pula, Ibu hamil kena la kawal pemakanan hariannya.  Tujuannya adalah untuk kawal gula dalam darah dan mengelakkan risiko yang lebih besar ke atas Ibu hamil dan bayi kalau lambat dikesan dan dikawal.

Pengenalan Diabetes Semasa Hamil atau GDM

Diabetes semasa hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ni berlaku disebabkan kerintangan insulin (sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal paras gula dalam darah). Insulin ini tak berfungsi dengan baik untuk memenuhi keperluan semasa mengandung.

Untuk kenali dengan lebih lanjut mengenai Diabetes semasa hamil, baca di sini : Punca dan Kesan Diabetes Semasa Hamil

Cara Elakkan Diabetes Semasa Hamil

Terdapat beberapa tips untuk Ibu hamil elakkan Diabetes semasa hamil, antaranya:

  • Luangkan masa untuk menambahkan ilmu kehamilan terutamanya tentang ilmu pemakanan
  • Banyakkan meminum air kosong
  • Makan makanan yang sihat dan kurang bergula
  • Lazimkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil
  • Amalkan puasa sunat pada hari-hari Isnin dan Khamis

Untuk ketahui cara lain yang lebih berkesan untuk mengelak dan kawal gula dalam darah semasa hamil atau GDM, baca di sini : 12 Cara Mengawal Diabetes Semasa Hamil

Cara Kawal Gula Dalam Darah Semasa Hamil Dengan Set Hamil Premium Shaklee

Sebelum saya ceritakan apa dia items yang ada dalam Set Hamil Premium Shaklee dan bagaimana ia membantu kawal gula dalam darah ibu hamil yang diabetes, saya kongsikan dahulu testimoni ibu-ibu yang pernah berjaya mengatasi masalah Diabetes semasa hamil mereka.

Testimoni Set Hamil Shaklee untuk Diabetes

Testimoni Set Hamil Shaklee untuk Kawal Gula dalam Darah

 

Testimoni Set Hamil Shaklee untuk Diabetes

Testimoni Set Hamil Shaklee untuk Kawal Gula dalam Darah

 

Bagus kan manfaat dia? Rata-rata ibu yang cuba Set Hamil Shaklee ni mendapati kandungan mereka yang terbaru tak ada masalah Diabetes semasa hamil dan mereka dapat kawal gula dalam darah. Ya la kalau nak dibandingkan dengan pengalaman kandungan dulu kan. Tak nak lalui lagi masalah yang sama dalam kandungan sekarang, mereka berikhtiar dengan Set Hamil Shaklee. Alhamdulillah berjaya elakkan masalah kencing manis atau diabetes ni.

Selain daripada dapat kawal gula dalam darah, mereka juga dapat kesan-kesan positif yang lain, hasil daripada pengambilan keseluruhan set hamil ni. Antaranya,

  • Anak yang dilahirkan berkulit cantik dan cerah, tak sama macam anak yang tak makan set hamil shaklee
  • Tiada lagi masalah tekanan darah rendah atau anemia
  • Kaki jarang cramp
  • Susu badan melimpah ruah
  • Peningkatan berat badan semasa hamil tidak begitu banyak/mendadak
  • Mudah melahirkan (bila badan tak banyak komplikasi, mesti la proses nak bersalin menjadi lebih mudah)

 

Manfaat Vitamin Dalam Set Hamil Premium Shaklee Untuk Masalah Diabetes Semasa Hamil

Kawal Gula dalam Darah dengan Set Hamil Premium Shaklee

Kawal Gula dalam Darah dengan Set Hamil Premium Shaklee

  1. Vitalea with Iron

    • Mengandungi kromium yang membantu hormon insulin mengangkut gula ke dalam sel.
    • Mengandungi zink yang merangsang penghasilan insulin.
  2. Energizing Soy Protein (ESP)

    • Sumber protein yang terbaik dan mempunai indeks glisemik yang sangat rendah.
    • ESP boleh membantu mengawal paras gula dengan cara membebaskan gula secara berperingkat ke dalam sistem peredaran darah.
  3. B-Complex with Folic Acid

    • Membantu dalam metabolisme gula daripada makanan dan pembebasan tenaga dalam badan.
    • Vitamin B-Complex juga mengandungi kesemua 8 vitamin lengkap termasuk asid folik yang diperlukan untuk perkembangan saraf bayi.
  4. Ostematrix

    • Mengandungi Magnesium yang berperanan penting dalam masalah penyakit metabolik. Magnesium membantu mengurangkan kerintangan insulin, sekaligus meningkatkan fungsi insulin yang normal. Seterusnya akan membantu mengawal paras gula dalam darah.
  5. OmegaGuard

    • Leptin yang terkandung dalam Omega-3 membantu mengawal selera makan dengan memberi isyarat kepada otak bahawa perut sudah kenyang.
    • Omega-3 akan mengubah komposisi pada sel membran dan menjadikannya lebih sensitif kepada tindakan hormon insulin. Secara tak langsung, paras gula dalam darah akan berkurang apabila insulin boleh digunakan sepenuhnya oleh badan.
    • Para saintis Britain telah membuat kajian hubungan antara Omega-3 dengan wanita yang mempunyai Diabetes semasa hamil. Hasil kajian mereka mendapati ibu GDM yang mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan akan mengurangkan risiko bayinya mendaoat masalah berkaitan insulin kelak.
    • Selain itu, risiko kelahiran bayi pramatang pun dapat dikurangkan.
    • Menurut penemuan mereka lagi, DHA dalam ibu yang menghidap GDM didapati kurang berbanding ibu yang tiada masalah kesihatan. Kekurangan DHA ini akan diwarisi oleh bayinya dan boleh mengganggu pengawalan gula apabila bayi sudah besar nanti.

Baca juga mengenai Kebaikan OmegaGuard Kepada Ibu Hamil dan Bayi.

Penutup

Dengan Set Hamil Shaklee ini, ibu-ibu yang mempunyai Diabetes semasa hamil tak perlu risau. Insya Allah paras gula boleh dikawal kalau kita berikan nutrisi yang secukupnya. Lagi untung bila set vitamin ini semuanya boleh diteruskan walaupun selepas bersalin dan boleh membantu mengelakkan Diabetes Type II.

Kesemua produk Shaklee mempunyai jaminan selamat, berkesan dan mesra alam. Ia bukan sahaja semulajadi dan organik, malah ia juga berkualiti tinggi dan telah diuji secara klinikal dan diyakini selamat. Semakin hari, semakin ramai orang yang meyakini produk Shaklee kerana pembuktian saintifik dan penyelidikan menyeluruh yang dijalankannya mengatasi syarikat supplemen lain. Sebab itulah juga, Shaklee merupakan syarikat supplemen semulajadi nombor 1 di US.

Saya sendiri telah mengamalkan produk Shaklee ini untuk diri saya, suami, anak-anak, ibu bapa, keluarga, jiran dan kawan-kawan saya. Kini, saya berbesar hati untuk berkongsi manfaatnya dengan anda pula. Anda bila lagi nak try?

Berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee ini pada harga istimewa? Boleh hubungi je saya untuk sembang-sembang yer.

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

6 thoughts on “Cara Kawal Gula Dalam Darah Untuk Ibu Hamil Yang Diabetes

    1. syahida Post author

      Biasanya macam tu la.. Tapi tu petanda akan dapat diabetes pada usia 40-an.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge