Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa Shaklee ‘The Walking Beauty’

By | 27/04/2018

Hai Assalamualaikum! Hutang ni wajib dibayar walau tak dituntut. Buat lah cara apa sekalipun, hutang mesti dibayar balik sama ada cepat atau lambat. Biasanya hutang waktu belajar macam PTPTN la kan? Dah habis belajar di IPTA, hutang PTPTN dah pun menanti. Walaupun dah start bayar hutang PTPTN, tapi hutang tu masih lagi banyak sebab ada interest. Jadi bila dah bayar pun masih macam tak bayar. Acener tu kan? Nak paling bijak, bayor lah semua sekaligus supaya takde interest lagi dah. Biar merdeka terus.

Sama juga kesnya macam bayar kereta, bayar rumah, bayar hutang kad kredit, bayar personal loan kalau ada. Ada je interest dia kan? Kita bayar tapi macam tak habis-habis aje. Sebab tu, nak bagi cepat habis bayar hutang, bayarlah lump sum dengan harga principalnya terus.

Tapi masalahnya mana ada duit nak bayar terus kan? Gaji tiap-tiap bulan pun cukup-cukup je untuk bayar minimum amount. Tu yang interest duk tambah setiap bulan. Kita ni ibarat kerja untuk bayar duit interest je. Kita ingat kita dah bayar tapi sebenarnya kita merugikan diri sendiri bila kita bayar sikit-sikit. Kita selesa dari segi masa tapi kita seksa dari segi jumlah duit yang habis kat interest akibat hutang. Sudahnya hutang tu tak habis-habis dan ambil masa bertahun-tahun nak habis. Aduh!! Terduduk stress memikiorkannya.

Akibat Bebanan Hutang

Banyak akibatnya. Bermula dengan tiada simpanan, tak mampu berbelanja lebih, tak dapat nak membiayai kehidupan, pendidikan anak-anak ataupun nak bagi lebih kat anak-anak mahupun mak ayah di kampung. Malah duit untuk keperluan kecemasan pun tak mampu nak sediakan. Sedihnya begini.

Tak bestnya bila kita berhutang dan tidak bebas dari segi kewangan.

  1. Nama di-blacklist
  2. Tak dibenarkan melancong
  3. Terpaksa berkira-kira nak merasa makanan sedap dan mewah
  4. Tak jadi beli apa-apa saja pakaian berjenama yang diingini
  5. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
  6. Gadjet dan smartphone yang canggih pun mampu lihat saja.
  7. Paling menyedihkan bila mak ayah yang memerlukan di kampung, kita tak dapat nak hulur apa-apa.

Selain tu, berhutang yang keterlaluan sehingga melebihi RM50,000, dan tidak mampu membayarnya melebihi 6 bulan, akan hanya mengakibatkan masalah-masalah yang lagi besar seperti :

  1. Diisytihar muflis dan akan berada di bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). Kesemua aset individu akan dikendalikan oleh KPI ini.
  2. Individu tak dibenarkan ke luar negara.
  3. Akaun bank dinyahaktifkan malah tak boleh langsung keluarkan duit. Kad kredit pun langsung tak boleh digunakan lagi.
  4. Semua aset dirampas. Rumah dan kereta pun akan diambil untuk digunakan bagi membayar hutang.
  5. Tak boleh bekerja dalam profesion tertentu seperti peguam, juruukur, akauntan dan doktor.
  6. Tak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat, tidak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan dan tidak boleh melakukan sebarang perniagaan.

Sumber : Jabatan Insolvensi Malaysia

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa ‘The Walking Beauty’

Dalam tulisan saya kali ini saya nak kongsikan tentang Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB. Saya akan terangkan, bagaimana dengan bisnes mobile spa ni saja boleh membantu menyelesaikan masalah belenggu hutang ini.

Istimewanya dalam Bisnes Mobile Spa TWB, ia mempunyai 5 penjuru income yang boleh jadi lubuk wang kepada siapa-siapa yang menyertainya. Ia tak sama seperti bisnes mobile spa yang biasa dan yang tidak memiliki sistem seperti yang ada dalam TWB.

Haa.. macam mana tu? Bestnya!! Nak tahu?

Ok, baca selanjutnya..

Terlebih dahulu, bacakan tentang ‘Apa Itu Projek The Walking Beauty?’ di link ni.

Secara ringkasnya, Projek Spa ‘The Walking Beauty’ ini adalah Projek Mobile Spa Wanita yang dikendalikan oleh wanita, untuk kaum wanita.

Mengapa Spa Wanita dan Mengapa Mobile Spa?

  1. Kaum wanita sukakan kecantikan dan waktu untuk de-stress. Spa adalah salah satu terapi yang menenangkan dan paling disukai kaum wanita.
  2. Wanita suka agar wajah mereka dibelai agar dilihat lebih bersih, lebih segar, lebih licin dan lebih cantik.
  3. Wanita selalu tak sempat nak ke kedai spa disebabkan kekangan kerja dan masa.
  4. Wanita selalu tak boleh meninggalkan anak-anak.
  5. Wanita yang bimbang akan keselamatannya bila ingin keluar mendapatkan spa pada waktu malam atau hujung minggu.
  6. Wanita tidak mahu spend duit dan tenaga untuk membawa kereta, bayar tol dan parking dan bayar mahal-mahal di spa. Senangnya kalau ada Mobile Spa yang boleh datang ke rumah.

Keistimewaan Spa ‘The Walking Beauty’ : Spa Natural

Istimewanya Spa TWB adalah ia menggunakan Spa Natural sepenuhnya iaitu dengan menggunakan produk-produk daripada Shaklee. Dari bahan-bahan untuk facial sehinggalah ke spa seluruh badan, kita menggunakan produk natural semulajadi Shaklee. Termasuklah skincare juga! Sebab Shaklee kini ada Skincare Youth yang diminati ramai. Sebab itulah Spa TWB ini boleh juga dikenali sebagai Spa Shaklee.

Boleh bacakan mengenai Youth Skincare ini : Rangkaian Set Penjagaan Kulit YOUTH

Apa Yang Kemahiran Spa Shaklee TWB Cover?

Jadi sekiranya anda berminat nak sertai Training Spa Shaklee bersama TWB, anda akan pelajari 5 courses dan 1 advanced course :

  1. Facial relaxing treatment
  2. Body scrub
  3. Sauna herbs
  4. Aroma milk bath
  5. Foot & hand spa

Advanced Course : How To Setup & Run Mobile Spa

Boleh baca lebih lanjut mengenai Kursus Spa ini di dalam Entry Kursus Spa Termurah.

Kita hanya pilih course yang paling mendapat sambutan, paling mudah dan yang pastinya yang paling mudah mendapat hasil. Kalau nak tahu, kesemua course ni je anda dah boleh buat Pakej Spa Pengantin tau. Income dah ratus-ratus dalam tempoh 2 jam sahaja. 🙂

Ketika melakukan sesi facial dalam Spa Pengantin di Melbourne, Australia

Ketika melakukan sesi facial dalam Spa Pengantin di Melbourne, Australia

Peluang Memperoleh Pendapatan Melalui Spa Shaklee

Dengan training bersama TWB, anda dapat melakukan servis facial dan spa untuk Active Income, dapat melakukan jualan dengan produk Shaklee untuk Passive Income serta boleh juga upgrade menjadi Trainer Spa Shaklee. Kesemuanya ada 5 jenis penjuru pendapatan yang anda boleh dapat. Perkara ni akan diterangkan lebih lanjut di dalam Kursus Spa yang bakal anda sertai ye.

Jadi sebab itu, anda ada banyak option untuk memaksimakan pendapatan anda. Ditambah lagi dengan :

  • Strategi dan sistem bisnes yang mantap (bonus bulanan)
  • Support Group yang sangat membantu
  • Ilmu-ilmu mahal yang sentiasa dikongsi secara PERCUMA dan IKHLAS seperti marketing berkesan, pengurusan kewangan, cara-cara membeli hartanah, aset seperti kereta, magnet rezeki dan kerohanian dan lain-lain.
  • Peluang mencipta organisasi besar anda melalui sistem bisnes Shaklee dan menikmati pelbagai Rewards dalam Shaklee.

Boleh juga membaca lebih lanjut mengenai Kelebihan Kursus Spa Bergerak Tanpa Kedai ‘The Walking Beauty’.

Lihat Success Stories Ahli-ahli Spa TWB Kami :

Success Story Spa Shaklee TWB

Success Story Spa Shaklee TWB

Success Story Spa Shaklee TWB

Success Story Spa Shaklee TWB

Success Story Spa Shaklee TWB

Success Story Spa Shaklee TWB

Success Story Spa Shaklee TWB

Success Story Spa Shaklee TWB

Success Story Spa Shaklee TWB

Success Story Spa Shaklee TWB

Boleh juga baca Testimoni Peserta Kursus Mobile Spa TWB.

Penutup

Jadi, kalau anda berminat nak sertai kursus spa bersama Spa Shaklee TWB, dialu-alukan untuk terus hubungi saya di : 012-6753078. InsyaALlah saya akan assist anda ya. 🙂

Pakej Lengkap Spa TWB

Pakej Lengkap Spa TWB

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Ahli ‘The Walking Beauty’ dan Pengedar Bebas Shaklee

4 thoughts on “Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa Shaklee ‘The Walking Beauty’

    1. syahida Post author

      Ha’a sesuai kalau nak cari duit & tak nak usik duit gaji…

      Reply
    1. syahida Post author

      Takut ni bab hutang.. cepat2 selesaikan dan jangan bagi ada tunggakan…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge