Cara Atasi Masalah Sakit Belakang Ibu Hamil

By | 12/12/2016
Assalamualaikum semua.
 
Hari ni izinkan saya share tentang masalah yang terlalu biasa dialami oleh ibu-ibu yang sedang hamil dan bagaimana nak mengatasinya. Masalah yang sering berlaku, yang paling common pasti berlaku ke atas mana-mana ibu adalah masalah sakit belakang, sakit pinggul ataupun sakit kebas-kebas kaki. 
Sebenarnya ini adalah perkara yang sangat normal. Ada beberapa penyebab sakit belakang ini. 
Mari kita lihat apa puncanya:
1) Penambahan Berat Badan
Sewaktu kehamilan yang normal, seseorang ibu akan bertambah berat badannya sebanyak 11 hingga 16kg. Tulang belakang ibu akan menanggung berat badan ini dan boleh menyebabkan sakit kepada tulang belakang. Berat bayi dan uterus yang sedang membesar juga menambahkan tekanan kepada saluran darah dan saraf di kawasan belakang dan pinggul.
2) Perubahan Postur 
Kehamilan akan menyebabkan perubahan kepada pusat graviti tubuh badan. Kesannya, secara perlahan-lahan anda akan mengubahsuai postur anda dan cara anda bergerak walaupun anda mungkin tak perasankannya. Ini boleh menyebabkan sakit belakang.
3) Perubahan Hormon
Ketika kehamilan, badan anda akan menghasilkan sejenis hormon yang bernama Relaxin yang membenarkan ligamen di kawasan pelvic atau pinggul menjadi lebih rileks dan sendi di kawasan pinggul menjadi lebih longgar sebagai persediaan untuk proses kelahiran. Hormon yang sama ini akan menyebabkan ligamen yang menyokong tulang belakang juga menjadi longgar. Ini menyebabkan ketidakstabilan dan sakit belakang.
4) Stress
Emosi yang stress juga boleh menyebabkan ketegangan kepada otot. Anda akan perasan sakit belakang akan bertambah apabila tiba waktu yang stress dalam kehamilan. 
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Sakit Belakang Ketika Hamil?
1) Senaman
Latihan senaman boleh membantu. Senaman akan menguatkan otot dan menggalakkan otot yang fleksibel. Ini boleh mengurangkan stress kepada sakit belakang. Antara senaman yang selamat untuk ibu hamil adalah berenang, berjalan dan berbasikal.
2) Menuam dengan haba atau sejuk
Menuam dengan tuala sejuk atau panas contohnya boleh membantu untuk melegakan kesakitan. Tuamkan kain sejuk di tempat sakit selama 20 minit beberapa kali sehari. Kemudian selepas 2 atau 3 hari, tuamkan tuala panas pula.
3) Perbaiki postur badan
Sentiasa usahakan untuk duduk secara tegak ketika bekerja, ketika duduk atau ketika tidur atas kerusi. Ketika duduk, anda boleh letakkan tuala yang digulung di belakang supaya dapat kurangkan stress kepada tulang belakang sambil merehatkan kaki di atas kotak supaya kaki lebih tinggi.
4) Amalkan supplemen kalsium, magnesium dan Vitamin D sekaligus
Bila seseorang ibu itu hamil, janinnya akan mendapatkan segala nutrien kalsium daripada tubuh badan ibunya menyebabkan ibunya pula kekurangan kalsium untuk dirinya sendiri. Sebab itulah, amat penting untuk ibu-ibu hamil mengamalkan supplemen kalsium. 
Bila ambil kalsium pula, anda perlulah ambil bersama magnesium dan Vitamin D supaya kalsium yang anda ambil itu lebih mudah diserap. Kalau anda nak tahu kan.. kalsium adalah mineral yang paling keras. Jadi ia amat sukar untuk larut dan sukar untuk diserap. Sayang la kan kalau kita consume kalsium tapi takde yang diserap ataupun sikit je yang berjaya diserap. Rugi je nanti kan?
Sebab itu lah anda mungkin perasan, walaupun dah minum banyak susu lembu, tapi sakit belakang dan kebas kaki tetap ada. Mungkin anda minum susu tapi anda kekurangan agen yang membantu penyerapan kalsium itu. Di sinilah peranannya pengambilan supplemen kalsium yang dah turut dilengkapi dengan magnesium dan juga Vitamin D.
Pilihan saya dah tentulah Ostematrix Shaklee. Kenapa la Ostematrix Shaklee? Bukan kalsium jenama lain? Kalsium jenama lain pun dilengkapi dengan Vitamin D dan kalsium ape?
One thing different tentang Ostematrix Shaklee ni adalah kadar penyerapannya yang sangat-sangat efektif. 
Lihat bagaimana cepatnya ia dilarutkan ni. Sangat awesome tau :
 
Dalam tempoh 12 jam saja dah berjaya diserap dalam darah. Anda boleh lihat graf di atas ni.
Istimewanya Ostematrix ini, selain daripada kalsium, magnesium dan Vitamin D, ia juga turut mengandungi mineral lain iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh.
Apa Pentingnya Mineral Lain di Dalam Ostematrix?
Boron berfungsi untuk membantu dalam metabolisme tulang. 
Mangan, tembaga dan zink pula membantu mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina kepadatan tulang. 
Kesan Ostematrix Terhadap Saya dan Keluarga
Ostematrix memang kewajipan saya, suami dan ibu saya. Kesan pengambilan kalsium Ostematrix ni, kami terasa sangat tulang dan otot kami lebih terpelihara bila sakit-sakit sendi dan otot berkurangan. Paling terasa adalah waktu tidur yang lebih berkualiti dan sangat lena. Bagi orang yang hamil, memang Ostematrix ni amat membantu elakkan sakit-sakit tulang, pinggul dan juga kebas-kebas kaki. 
Hati-hati bila anda dah cuba Ostematrix ni sebab anda pasti akan sukakannya!!
Dah 3 tahun jugak saya amalkan Ostematrix ni. Kesan dia memang best sangat. Sekarang suami saya pun turut sama sukakan Ostematrix ni. 
Harga runcit Ostematrix ni hanya RM65. Sebotol adalah cukup untuk sebulan. Anda hanya perlukan RM8.70 (4 biji) sehari untuk mendapatkan keperluan nutrisi kalsium tubuh badan anda yang lengkap.
Berminat untuk dapatkan Ostematrix ni boleh hubungi saya ya. Anda akan amat memerlukan konsultasi tentang cara pengambilannya mengikut keperluan anda. 
Salam sayang,
Wan Syahida Kahar
Rakan Nutrisi Shaklee Anda
Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia.

3 thoughts on “Cara Atasi Masalah Sakit Belakang Ibu Hamil

  1. Pingback: Cara-cara Kawal Gula Dalam Darah Bagi Ibu GDM

  2. Pingback: Tips Atasi Alahan Mengandung Supaya Lebih Bertenaga

  3. Pingback: Cara Kurangkan Masalah Sakit Kejang Kaki Semasa Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge