Buat Duit Dengan Mobile Spa Selepas SPM

By | 14/04/2018
Apa nak buat lepas SPM?

Apa nak buat lepas SPM?

Hai Assalamualaikum!! Wah seminggu jugak saya rest sekejap daripada menulis entry, dek kerana sibuk dengan tugasan bisnes dan tugasan harian. So hari ni saya ada benda nak share! Kali ni.. Saya nak buka mata para lepasan SPM tentang Bisnes Mudah yang mereka boleh cuba ceburi waktu tengah lepak-lepak menunggu keputusan SPM tu, hehehe.. Apa nak buat lepas SPM ek? Maklumlah, masa paling lapang dalam hidup kita, masa tunggu result SPM la kan! Selepas tu kita dah takde banyak masa dah sebab dah mula sibuk dengan fasa IPTA, kerjaya dan kehidupan berkeluarga :).

Apa Nak Buat Lepas SPM?

Tunggu result SPM

Tunggu result SPM

Apa nak buat lepas SPM ye? Macam saya… Dulu sewaktu saya tengah tunggu keputusan SPM, saya tinggal bersama sepupu saya di KL sebab ibu bapa saya takde. Mereka pergi menunaikan Haji dalam tempoh sebulan macam tu. Disebabkan saya ni anak bongsu, so saya dah macam anak tunggal la jugak bila Abang dan Kakak saya dua-dua memang dah sambung belajar di U. Seorang di UTP, Tronoh, seorang lagi di US sana nunnn… Haha. Jadi bila saya yang last, saya kena la merempat di rumah sepupu.

Sewaktu di sana, saya kerja sebagai pembantu kedai emas milik sepupu saya yang lain. Hai bosan jugak lah hidup masa tu. But I had no choice. Walaupun tidak la banyak pengalaman yang dapat saya kutip, tapi dalam tempoh tu, saya dapat belajar cara-cara mengira harga barang kemas dan urusan jual-beli barang kemas. Boleh la, reti cara timbang, cara kira ikut harga semasa, apa nak kena repair selalunya, design terkini, tengok orang jenis apa yang suka usha barang kemas, dan lain-lain. Haha…

Bukan nak cerita pasal pengalaman tu sangat. Tapi nak ceritanya, selalunya bila kita usia remaja macam tu, kita tak tahu sangat hala tuju hidup kita. Kita tak tahu nak buat apa, kita tak tahu nak kejar apa, kita tak tahu nak manfaatkan masa untuk apa… Atau tak tahu pun nak cari ilmu apa selepas SPM.

Apa nak buat lepas SPM? Yang paling biasa, selalunya orang amik lesen motor dan kenderaan la kan? Yup tu memang betul dan sesuai. Jadi banyak membaca buku JPJ je la. Hehe.. Tapi selain tu, apa lagi yang boleh dimanfaatkan?

Bila sekarang ni saya dah berusia 34 tahun dan dah mula matang mengenai kitaran kehidupan, saya fikir… Kalau lah masa itu boleh diputar balik semula, dan kalau saya ditanya apa yang akan saya lakukan, saya akan menjawab yang saya gemar nak memanfaatkan usia lapang yang saya ada pada masa itu untuk? MENUNTUT ILMU.

ILMU ada banyak sangat. Kalau lah saya seorang yang BERJIWA BERANI dan MATANG, saya sepatutnya manfaatkan usia lapang lepas SPM saya dengan :

  1. Menimba ilmu PELABURAN
  2. Mencari ilmu KEWANGAN
  3. Melabur kepada ilmu KEMAHIRAN
  4. Membaca buku-buku SELF-DEVELOPMENT

Dan bukannya hanya berehat di rumah

  1. Membaca FACEBOOK
  2. Menghabiskan DUIT di PANGGUNG WAYANG atau SHOPPING
  3. Buang masa tanpa KEMAHIRAN
  4. Membaca NOVEL

Jujurnya saya telah pernah banyak membuang masa. Kebanyakan aktiviti pun, berjalan-jalan, jumpa-jumpa ngan kawan lama, pastu duduk rumah lepak baca buku cerita. Tapi, menimba ilmu atau mencari ilmu tu tak ada.

Sebab tu, pada usia saya telah menjangkau 34 tahun ni, sukalah saya nak nasihatkan kepada lepasan SPM tu. Apa nak buat lepas SPM? MANFAATKANLAH MASA lapang yang ada tu untuk MENCARI ILMU.

At least paling sempoi pun, BELAJAR CARA MEMASAK. Ini pun salah satu kemahiran dalam hidup yang penting. Betul tak? Belajar buat kek, belajar membuat pastry dan roti, belajar menjahit, atau jahit tudung ke shawl ke.. Percayalah ia semua boleh jadi berguna pada masa kemudian nanti.

Boleh juga kalau nak mencari KEMAHIRAN dengan mencipta PENGALAMAN. Mungkin boleh start cari kerja yang membina keyakinan dan personaliti diri, yang boleh masuk dalam resume kita, dan yang boleh memberi income sampingan, kan. Mana tahu dengan income sampingan tu kita boleh SAVING dan gunakan ia pula untuk MENIMBA ILMU KEMAHIRAN LAIN.

Contohnya?

Macam ILMU dalam MOBILE SPA.

Ibarat ilmu dan kemahiran memasak, anda dapat memasak untuk sebarang order, atau ilmu membuat kek, anda dapat buat kek untuk sebarang tempahan majlis hari jadi atau pertunangan, atau ilmu menjahit, anda dapat menjahit apa-apa baju yang tertetas atau perlukan modification.. ilmu dan kemahiran membawa kereta, anda dapat membawa Grab. Tapi yang ini, saya nak cadangkan, ILMU dan KEMAHIRAN facial macam dalam ILMU MOBILE SPA.

Apa Nak Buat Lepas SPM?: Pelajari Bisnes Mobile Spa

Haaa macam tak terlintas di fikiran kan? Apa nak buat lepas SPM? Kenapa pula dalam banyak-banyak aktiviti, Mobile Spa yang dicadangkan?

  1. Ilmu kecantikan dan kemahiran Mobile Spa ini bakal menjadi kemahiran yang BERGUNA untuk anda CARI DUIT walau di mana sahaja.
  2. Bayangkan lepas SPM, bila anda dah ada KEMAHIRAN Mobile Spa ni, anda boleh JANA INCOME dengan hanya memberi servis facial di kalangan rakan-rakan Kolej di IPTA nanti. Haaa, masyuk kan?
  3. Tak payah susah-susah kerja kat shopping mall lah, jual tudung lah, jual t-shirt lah atau lain-lain. Buat Facial Spa di kalangan kawan-kawan pun dah okey sangat. Sebab sekali facial dah dapat upah RMxx. Kawan bukan seorang, tapi satu blok haa.. hehehe. Nanti senang-senang je dapat beratus seminggu. Tapi ni kalau ada masa lapang la. Kalau ada banyak assignment, jangan la pulak menggatal nak buat facial je manjang.
  4. Bila balik kampung pula, boleh applu ILMU FACIAL di kalangan ahli keluarga pula. Kan untung?
  5. Kemudian dengan ILMU FACIAL yang sama juga, tetap boleh diteruskan Bisnes Mobile Spa anda ni right after habis belajar di IPTA. Waktu MENGANGGUR mencari pekerjaan pertama anda tu la. Sekurang-kurangnya dengan kemahiran spa yang anda dah ada, boleh la buat bisnes dan menampung perbelanjaan, serta membayar hutang pendidikan macam PTPTN, kan? Jauh lebih baik daripada kalau anda langsung takde kemahiran apa-apa untuk menjadi lubuk duit selepas konvo. Kan best?
  6. Bayangkanlah, tatkala kawan-kawan satu U anda masih lagi menganggur mencari kerja tak jumpa-jumpa, anda dah ‘secure’ dengan bisnes Mobile Spa yang anda memang dah mahir… Bukan saja MASA anda terluang dengan bermanfaat, POKET pun TERISI TEBAL. Dah boleh terus hulur duit kat Mak dan juga Ayah kat kampung. 🙂 Sejuknya perut dan hati Mak!
  7. Tapi dalam masa yang sama, tetaplah terus mencari pekerjaan yang berkaitan dengan course yang anda ambil di IPTA, kan. Di samping dah ada kemahiran Mobile Spa sebagai Hobi dan Part Time Income, elok lah anda ada pekerjaan tetap jugak. Baru la puas hati dapat manfaatkan ilmu masa amik Degree dulu :-). Ia suatu fasa kehidupan yang penting; iaitu mencari pengalaman pekerjaan di sektor pekerjaan. Tak kiralah pekerjaan awam atau swasta. Walaupun duit anda dah masyuk dengan Mobile Spa, ciptalah juga pengalaman dalam sektor pekerjaan yang tetap.
  8. Ha lepas tu dah nak masuk fasa nak mendirikan rumah tangga pula lepas dah settle dapat kerja. Bila nak berkahwin ni, dah tentu banyak perbelanjaan yang diperlukan betul tak? So, YES!! Anda boleh usaha cari EXTRA INCOME daripada Mobile Spa anda secara PART-TIME saja untuk menampung kos perbelanjaan perkahwinan anda tu nanti. Ha barulah grand kan! So, tak sia-sia anda dah siap-siap rajin belajar Camne Nak Miliki Spa Sendiri.
  9. Eh lupa.. Of course anda sendiri dah sentiasa boleh apply ilmu Spa anda sewaktu nak prepare nak berkahwin :-). Bukan setakat seminggu sekali, hari-hari pun anda boleh spa kan diri sendiri. Wahhhh best gila! Kawen nanti sure berseri-seri 🙂

So, camne.. Best tak rasa bila kita mempunyai ILMU dan KEMAHIRAN? Ia pasti sangat berguna. Pastikan ia adalah ILMU dan KEMAHIRAN yang berbaloi untuk dipelajari ye. Yang bila kita dah belajar, kita tetap boleh terus ulang dan ulang, dan mudah dijalankan di mana-mana sahaja. Dan yang penting, mampu menuaikan hasil.

Ye lah, cuba compare dengan aktiviti buat kek, menjahit baju atau mengasuh anak orang lain.. Ia memang menarik, lagi-lagi bila anda minat. Tapi penat.. Sebab ia memakan masa berjam-jam. Sebab tu, makin ramai wanita yang BERMINAT nak cuba try business Mobile Spa ni. Kata diorang, masyukkknya tengok Beauticians Spa macam dalam TWB ni berjaya dapat cash ratus-ratus. Makin bersemangat diorang jadinya!!

Nak baca tak Testimoni mereka yang dah sertai Kursus Mobile Spa bersama TWB ni?

Testimoni Peserta Kursus Mobile Spa TWB

Apa Nak Buat Lepas SPM? : Buat Bisnes Mobile Spa, Bisnes Yang Sangat Mudah

Nak kata susah.. Tak pun. Apa yang penting adalah anda pergi training, kemudian praktis, dan dengan segala peralatan dan bahan yang telah kami sediakan, anda dah boleh terus start run spa sendiri. Tak pandai dan kekok? Sebab tu anda ada peluang untuk praktis, dan anda akan dimasukkan ke dalam Support Group kita agar anda sentiasa dibantu kalau hilang panduan.

Kalau nak tahu, wanita-wanita yang dah berkecimpung dalam bisnes Mobile Spa ni, bukannya diorang ada background dalam kemahiran spa ni pun. Semua ada background yang berbeza dan bermacam-macam. Ada yang pensyarah, student, engineer, akauntan, guru, kerani, pembantu restoran, penjawat awam, and ada juga yang surirumah. Lepasan IPTA yang menganggur pun ada tau. Maklumlah zaman sekarang ni nak cari pekerjaan kan mencabar? Ibarat kaum lelaki mencari pekerjaan sampingan dengan membuat Grab, kaum wanita pula buat kerja sampingan dengan membuat Mobile Spa.

Apa Nak Buat Lepas SPM? : Buat Spa Shaklee dengan Team ‘The Walking Beauty’

OK for those yang blur dengan Mobile Spa daripada kami, ia adalah anjuran team ‘The Walking Beauty’ yang menggunakan produk kesihatan dan kecantikan sepenuhnya daripada Shaklee. Nak kenal lebih lanjut mengenai Shaklee dan keistimewaannya, boleh baca entries di bawah ye :

Apa Itu Projek Spa ‘The Walking Beauty’?

Keistimewaan Menggunakan Shaklee dalam Spa ‘The Walking Beauty’

Kelebihan Bisnes Spa Shaklee – dapat menyertai Trip ke Luar Negara

Jadi apa yang kami tawarkan dalam Spa Shaklee TWB ini?

Kami menawarkan Kursus Mobile Spa dengan mengajarkan 5 module iaitu:

  1. Facial Relaxing Treatment
  2. Body scrub
  3. Sauna herbs
  4. Aroma milk bath
  5. Foot & hand spa

Kursus Mobile Spa kami juga menyediakan Advanced Course dalam How to Run & Setup Mobile Spa. Kiranya kita bukan sahaja mengajar aspek teknikal, malah juga membimbing dari sudut bisnes. Nak buat bisnes spa kan? Mestilah kena ada ilmu bisnes sekali, betul tak? Cuba kalau belajar training hands-on saja, pastu nak run tak reti.. Camno? Hehehe.. Nanti rugi je belajar. Modal habis. Jadi, sebaiknya kalau kita attend training kemahiran camni, kita ambil sekali kursus yang menawarkan cara-cara membuat bisnes dengannya dan pelajari aspek marketing bersama. Biar sampai kita berjaya mendapat hasilnya. Tak gitu?

Dalam Projek Spa bersama TWB kami, anda akan dibimbing oleh mentor dan team dalam TWB. Dalam Support Group nanti pula, anda akan dapat banyak idea dan inspirasi daripada ahli-ahli perunding kecantikan yang lain dari seluruh Malaysia. Katakan kalau anda tak yakin, low self-confidence atau terlupa apa-apa perkara, boleh je rujuk dengan team kami. Team TWB baik-baik dan suka mengajar & share experience :-).

Boleh baca di sini untuk penerangan lebih lanjut mengenai Kursus Mobile Spa TWB :

Kursus Spa The Walking Beauty – Kursus Spa Termurah!

Lagi syok, bila masing-masing suka kongsikan kegembiraan masing-masing dengan pendapatan bisnes spa masing-masing. Ini semua pasti akan membantu anda agar sentiasa termotivasi nak jalankan bisnes ni. InsyaAllah, ia pasti menyeronokkan.

Penutup

So, nak tak adik-adik yang baru lepas SPM tu join belajar Kursus Mobile Spa kami bersama team ‘The Walking Beauty’? Tak tau apa nak buat lepas SPM, meh la join belajar Mobile Spa!

Kalau tak tau apa nak buat lepas SPM dan nak join, jommm contact akak di 012-6753078. Akak boleh bimbing awak ye.. Takde modal pun, InsyaAllah ada caranya. Yang penting, siapkan modal SEMANGAT dan RAJIN nak BERUSAHA sahaja. OK?

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Ahli ‘The Walking Beauty’ dan Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

One thought on “Buat Duit Dengan Mobile Spa Selepas SPM

  1. mrhanafi

    lama juga saya tidak menulis artikel yang panjang dan lengkap sebegini..

    ya..

    masa mudalah paling best untuk menuntut ilmu yang boleh buat duit seperti mobile SPA ini..

    kemahiran ini boleh dilakukan secara part time adan tidak akan ganggu pekerjaan utama
    mrhanafi recently posted…Disebalik Stori Mencari Cinta SejatiMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.