Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Bisnes Yang Bijak?

By | 20/03/2019

Hai Assalamualaikum! Setiap bisnes yang kita sertai, mesti kita nak pilih bisnes yang bijak dan yang berbaloi dengan duit yang dilaburkan, kan? Kita pasti harapkan supaya modal dapat diperoleh semula dan kemudian memberikan keuntungan. Isunya sekarang, bisnes mobile spa pula adakah ia satu pelaburan bisnes yang bijak?

Mobile spa adalah pelaburan bisnes yang bijak?
Mobile spa adalah pelaburan bisnes yang bijak?

Di sini saya cuba senaraikan kenapa bisnes Mobile Spa merupakan satu pelaburan bisnes yang bijak.

Mobile Spa – Pelaburan Bisnes Yang Bijak Disebabkan 10 Faktor Utama

  1. Modal Yang Minima
    • Setiap bisnes pastinya memerlukan modal untuk memulakannya. Tak kira apa saja bisnes yang kita nak mulakan. Kita perlu belajar, hadiri kursus, sediakan peralatan, bahan-bahan untuk digunakan, mungkin perlu sediakan tempat dan lain-lain dan semua ini perlukan kemahiran.
    • Namun begitu, berapakah modal yang diterima untuk memulakan sebuah bisnes? Modal yang dikira selamat dan tidak berisiko tinggi menyebabkan kerugian besar atau bankrupt?
    • Saya kongsikan kata-kata sifu bisnes yang tidak asing lagi di media sosial iaitu Puan Ainon Mohd, pemilik Ainon Business School (ABS).

Menurut beliau, untuk memulakan bisnes, adalah disyorkan untuk menggunakan modal yang ada di tangan. Jumlahnya tentulah tidak terlalu besar sehingga perlu membuat pinjaman mana-mana yang menyebabkan kita berhutang dalam keadaan belum pasti mendapat keuntungan daripada bisnes pertama kita tu.

Jadi nilai yang boleh diterima adalah tidak lebih daripada RM2k sahaja. Andainya bisnes itu bungkus, duit modal hangus, duit itu duit sendiri. Jadi, takkan bergaduh dengan sesiapa. Kita juga tidak terbakar. Kita mudah untuk bangun balik semula.

Kursus Mobile Spa bersama TWB hanya memerlukan modal sebanyak RM1,999 dan modal ini dah termasuk jumlah kos untuk training praktikal, kos untuk bahan-bahan dan skincare, peralatan mesin dan segala kelengkapan spa, serta yuran kepandaian iaitu modul spa yang berharga ribuan ringgit. Peserta juga terus akan mendapat support group dan bimbingan marketing supaya berupaya mendapat balik modal dalam tempoh yang singkat. Pastinya ia pelaburan bisnes yang bijak dan sangat berbaloi.

Baca juga : Modal Minima Buka Spa

2. Ilmu yang melekat di badan

  • Ilmu yang melekat di badan ni, once kita pelajarinya, ia akan berguna sampai bila-bila pun. Asalkan kita tetap terus praktikkan supaya kita tak lupa akan kemahirannya.
  • Dalam Kursus Mobile Spa TWB, kita turut sertakan modul bercetak mengenai teknik facial dan spa agar kita tidak mudah melupakannya. Setiap kali kita mungkin terlupa, kita boleh saja rujuk balik semula dan praktikkan balik.
  • Ilmu yang melekat di badan ini, kita boleh gunakannya di mana-mana saja dan pada bila-bila masa. Tak semestinya kita perlu menggunakan sesuatu alat yang melekat di sesuatu premis saja seperti kemahiran membuat kek, menjahit pakaian, menukang besi, memasak makanan catering, ataupun membaiki kereta.
  • Bawa saja ilmu ini ke mana-mana dan kita tetap boleh hidup. Contohnya seperti ilmu mengajar mengaji Al-Quran, menjadi guru tusyen atau guru peribadi untuk subjek tertentu, ataupun menjadi ahli terapis Mobile Spa seperti yang ditawarkan Kursus Mobile Spa TWB. Bisnes yang bijak bukan?

3. Hasil Pulangan Yang Lumayan Dalam Masa Yang Singkat

  • Mobile Spa adalah aktiviti memberikan khidmat servis spa kepada pelanggan. Biasanya kita ambil masa beberapa jam sahaja untuk sesuatu servis spa. Kalau facial sahaja, cukup sekadar satu jam. Kalau ditambah dengan servis lain maka lebih lama lah tempohnya.
  • Tapi dengan sejam itulah dah terus boleh dapat dalam lingkungan RM50 hingga RM90. Itu kalau seorang customer. Kalau ada 3 orang customer dalam satu hari? Dan kalau 30 hari? Mau tak beribu-ribu dah income seorang ahli terapis Mobile Spa ni?
  • Maka tak hairanlah, sesiapa yang memulakan bisnes spa ini akan mudah memperoleh balik semula modal yang dia laburkan untuk menyertai kursus spa. Mari kita lihat figure di bawah.
Wahh.. Pelaburan bisnes yang bijak ni. Sebulan dah dapat balik separuh modal.
Wahh.. Pelaburan bisnes yang bijak ni. Sebulan dah dapat balik separuh modal.
  • Bayangkan jika sebulan saja dah boleh dapat RM900 hingga RM1000, 2 bulan saja dah boleh dapat balik modal RM1,999 tu. Kemudian, kerja dapatkan keuntungan saja.
  • Malah mereka yang telah mendapat balik modal mereka ini mengatakan produk dan bahan-bahan mereka masih banyak lagi. Belum habis pun. Jadi mereka boleh continue menambahkan keuntungan melalui aktiviti Mobile Spa tanpa rugi apa-apa pun. Bisnes yang bijak dan berbaloi, kan?

4. Sangat menjimatkan

  • Bisnes Mobile Spa ini langsung tidak memerlukan kita menyewa premis, tidak perlu membayar bil letrik atau bil air, dan kita juga tidak perlu mengupah staff.
  • Bisnes ini, kitalah boss dan kitalah pekerja. Segala hasil keuntungan servis Mobile Spa adalah milik kita seorang. Tak perlu berikan sebarang komisen kepada sesiapa. Nak bayar cukai pun tak perlu. Heheh. Kutip lah duit tu sorang-sorang. Tak perlu bayar kat TWB pun.
  • Nak tunggu orang lain pun tak perlu. Setelah kita sertai kursus, terus dah boleh mulakan. Barang dan peralatan pun dah lengkap tersedia sebab semuanya dah termasuk dalam yuran kursus. Tak yah buang masa. Terus boleh start buat duit. Kan bisnes sendiri?
  • Bisnes anda, andalah punya pendapatan. Anda buat servis spa, anda dapat income. Kalau tak buat, takdelah income. Berbaloi kan dengan semua penjimatan dan keuntungan ni?
Anda join dengan RM1999, terus dapat kesemua produk yang lengkap untuk memulakan servis spa anda. Bisnes yang bijak dan berbaloi.
Anda join dengan RM1999, terus dapat kesemua produk yang lengkap untuk memulakan servis spa anda.

5. Sangat fleksibel

  • Bisnes Mobile Spa sangat fleksibel. Kita boleh menentukan masa appointment kita dengan customer mengikut keselesaan kita juga. Contohnya kita nak kerja 1 hari saja pada hujung minggu. Satu hari lagi kita ada komitmen lain. Kita tak perlu mengorbankan kedua-duanya. Kita set la masa yang paling senang untuk kita.
  • Masa bekerja adalah mengikut ketentuan kita. Mungkin hari bekerja kita nak berehat dan bercuti. Mungkin waktu tengah hari kita nak kena berkejar ambil anak di sekolah atau hantar anak ke sekolah. Jadi kita hanya perlu bekerja waktu pagi atau petang. Ikut suka kita.
  • Mungkin kita nak pergi bercuti Cuti-cuti Malaysia atau ke luar negara. Jadi, kita boleh tetapkan waktu cuti kita sendiri dan hari bekerja kita sendiri dengan bisnes Mobile Spa ni. Sangat fleksibel bagi golongan wanita, tak kira lah yang berkerjaya mahupun yang surirumah.
  • Keluarga juga tidak perlu diabaikan bila kita boleh manage masa bekerja kita dengan baik. Dalam masa yang sama, income tetap boleh dapat. Berbaloi kan?
Bisnes Mobile Spa adalah bisnesn yang sangat mudah dan fleksibel. Surirumah yang ada anak kecil pun boleh buat. Bisnes yang bijak dan sangat berbaloi.
Bisnes Mobile Spa adalah bisnesn yang sangat mudah dan fleksibel. Surirumah yang ada anak kecil pun boleh buat.

6. Mudah untuk dipelajari

  • Ada sesetengah kemahiran yang memerlukan ketekunan yang tinggi. Contohnya servis membuat kek fondant dan menjahit baju. Rumah pun terpaksa bersepah dengan kain-kain perca. Dapur bersepah dengan peralatan membuat kek dan perlu dibasuh balik semula. Kemahiran membuat besi atau grill yang memerlukan kudrat dan tenaga yang kuat. Ataupun servis mencuci rumah (cleaner) yang memerlukan tenaga yang banyak dan sangat meletihkan.
  • Di dalam kemahiran mobile spa, kerja kita hanya facial, massage, scrub dan spa-spa je. Takde la berat sangat. Malah ia pekerjaan yang menyeronokkan sebab ia berkenaan kecantikan.
  • Kursus Mobile Spa TWB juga adalah secara personal dan one-to-one. Sebab itu kita boleh jalankan kursus ini selama 1 hari je dah mencukupi untuk praktikal. Seterusnya bimbingan dari segi marketing dan lain-lain. Sangat mudah bukan?

7. Terus dapat pelajari 5 course spa

  • Haa ini best. Sekali join kursus mobile spa TWB, terus dapat belajar 5 courses sekaligus. Setiap penyertaan akan mempelajari:
    • Facial treatment
    • Body scrub
    • Herbal sauna
    • Mandian aura
    • Foot & hand spa
  • Complete boleh buat 1 pakej pengantin. Tak perlu pergi ke kursus spa yang berasingan lagi. Jimat masa kan? Semua yang anda nak pelajari untuk dapat income, dah siap semua dalam satu kursus dah.
  • Kami siap offer 1 lagi course How To Setup & Run Bisnes Mobile Spa ni lagi. Ye lah, takkan nak belajar teknikal je kan? Mestilah kena tahu segala cara-cara memulakan bisnes ini secara sah.

Baca lebih lanjut mengenai Kursus Spa TWB di sini : Kursus Spa TWB Kursus Spa Termurah 2018

8. Mendapat bimbingan daripada mentor

  • Mana-mana bisnes yang kita ceburi, kita mesti ada guru. Mesti ada seseorang yang kita boleh sentiasa rujuk supaya kita tahu apa nak kena buat untuk run bisnes ni. Nanti belajar-belajar, pastu tak reti nak run macam mana. Atau kalau kita stuck tetiba, tak tau nak rujuk kat siapa. Pernah ada bisnes macam tu?
  • Kebanyakan kursus yang kita sertai, trainer akan mengajar waktu tu saja. Habis kursus, habis la juga tanggungjawab trainer tu terhadap kita. Kita selesai kursus, akan ada lagi student-student lain trainer tu nak ajar. Takkan trainer tu nak follow up kita sampai bila-bila kan? Kita lah yang kena pandai-pandai sendiri.
  • Contohlah kita ni peserta kursus membuat kek. Belajar dengan seorang chef yang hebat. Habis kursus, ada chef tu buat support group untuk kita ke? Of course la takde. Bukannya dia akan dapat sebarang keuntungan pun kalau dia terus bagi support kat kita even after training. Haha. So jangan mimpilah dia nak layan soalan-soalan kita lagi. Takde masa dia nak layan.
  • Tapi dalam Mobile Spa TWB, walaupun anda dah selesai kursus, anda still dapat menyertai support group. Malah kalau takde support group pun, anda tetap akan memiliki seorang mentor yang akan bimbing anda dari sudut steps, marketing, bisnes spa dengan Shaklee dan lain-lain terutamanya berkenaan career development dalam bisnes spa TWB ini.
  • So tak perlulah anda risau keseorangan stuck sorang-sorang dalam bisnes spa anda. Mentor-mentor akan share ilmu marketing dan cara-cara untuk majukan bisnes spa memasing. Best kan?? Yang penting, berbaloi-baloi.
  • Mentor-mentor dalam TWB ni pun hebat-hebat tau. Surirumah je pun tapi gaji fuhhh 4 angka, 5 angka pun ada. Haaa rugi tak belajar rapat-rapat ngan diorang.
Konsep TWB adalah adanya mentorship.
Konsep TWB adalah adanya mentorship.
Offline coaching teknik blogging. Ada pulak sauna kat belakang tu. Hehe.
Offline coaching teknik blogging. Ada pulak sauna kat belakang tu. Hehe. Salah satu kemahiran spa dalam TWB : belajar sauna.

9. Ada 6 penjuru income dalam Mobile Spa TWB

  • Pergh!! Ini memang langsung tak ada dalam Mobile Spa biasa-biasa. Hanya dalam TWB je yang ada 6 penjuru income macam ni. Banyak tuuuu.
  • Banyak nak cerita pasal keenam-enam penjuru income ni. Kalau nak tahu, kena lah join jadi salah seorang ahli Mobile Spa TWB dulu, baru boleh tahu apa dia keenam-enam penjuru income ni.
  • Yang pastinya, kita bukan sahaja boleh dapat income melalui servis spa, kita juga ada income lain yang kita boleh dapatkan ketika kita tak mampu nak jalankan servis spa. Contohlah waktu kita sakit ke, demam ke, nak bercuti ke, nak fokus beribadah time bulan Ramadhan ke, time kita tengah sarat pregnant ke, tengah berpantang ke atau kita waktu kita sibuk ke… Ha macam-macam halangan nak buat servis spa!!
  • Tapi dalam TWB, jangan risau sebab masih ada cara untuk anda cari instant cash dan income melalui penjuru-penjuru lain. Nak tau ke? Rahsia bebbb! Kena join kami baru tahu okay!

10. Dapat belajar ilmu kesihatan dan kecantikan sekali

  • Berharga gila beb. Ilmu kesihatan tau. Ini bukan ilmu cari duit dengan spa je kita boleh dapat. Tapi ilmu kesihatan dengan Shaklee lagi. Siapa yang bagi? Bukan trainer je tau tapi Ahli Nutrisi Shaklee sendiri. Nak lagi? Bolehhh. Shaklee ada pakar-pakar saintisnya sekali yang suka share fakta dan info kesihatan dengan kita.
  • Ilmu kesihatan ini kita boleh aplikasikan dalam hidup kita sendiri, dan kita juga boleh menyampaikannya kepada customer-customer spa kita yang selalu tercari-cari solusi kepada masalah kesihatan diorang.
  • Ilmu kecantikan pun apply la jugak sebab bila kita involve dalam bisnes servis kecantikan, lebih-lebih lagi dengan menggunakan produk Shaklee, kita automatik akan tahu apa dia tips-tips untuk menjaga kecantikan. Sama ada secara luaran atau dalaman. Dua-dua kita boleh cover. Penjagaan luaran dengan skincare Youth, dan penjagaan dalaman dengan pelbagai Set Kecantikan yang ada dalam Shaklee.
  • Ilmu pelaburan bisnes yang bijak dan berbaloi kan?
Ilmu kecantikan dalaman dan luaran yang diperolehi dalam Kursus Spa TWB, haruslah apply kat diri sendiri dulu. Baru lah transform jadi cun! TWB bisnes yang bijak dan berbaloi sangat!
Ilmu kecantikan dalaman dan luaran yang diperolehi dalam Kursus Spa TWB, haruslah apply kat diri sendiri dulu. Baru lah transform jadi cun!

Penutup

Hah dah banyak dah saya list sebab kenapa bisnes mobile spa adalah pelaburan yang bijak. Kalau saya brainstorm lagi, sure lagi panjang lagi saya boleh list. Aduh penat lah saya menaip. Panjang kot… Hahaha.

So sebelum saya list sampai 20 sebab, lebih baik saya stop sampai sini je. Nanti tak larat anda nak membacanya. Saya pasti, kalau anda join dan sertai Alumni TWB, pasti anda akan menemui lebih banyak lagi sebab-sebab menarik kenapa bisnes mobile spa adalah pelaburan bisnes yang bijak.

Lebih-lebih lagi bila ia adalah bisnes Mobile Spa TWB yang menggabungkan bisnes Mobile Spa dengan Shaklee.

Kalau anda ada sebarang kemusykilan, jangan segan untuk bertanya. Silakan bertanya dengan saya. Saya boleh dihubungi di 012-6753078.

Saya merupakan Ahli team The Walking Beauty semenjak tahun 2015. InsyaAllah, saya akan bantu anda sebaiknya. Berminat nak join? Terus hubungi saya. Jangan lengah lagi ok!!

Hai! Saya Puan Syahida. Bersedia untuk membantu anda :-)
Hai! Saya Puan Syahida atau boleh panggil Shye. Bersedia untuk membantu anda 🙂

Boleh juga baca : Cara-cara Menyertai Kursus Spa TWB

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

Pengedar Shaklee dan Ahli TWB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.