Bila Minat Kita Mendalam, Kita Pasti Akan Cari Jalan dan Usahakannya

By | 11/02/2018

Kalau minat kita mendalam, ada benda yang kita suka sangat.. Mesti segala lautan sanggup diredah, segala gunung sanggup didaki kan?

Bila minat kita mendalam, pasti kita akan usahakannya

Bila minat kita mendalam, pasti kita akan usahakannya

Saya teringat masa saya sekolah dulu. Saya big fan of Dragon Ball tau. Kahkah. Semua episode dalam manga nya saya baca, tak kisah pun berapa kali. Boleh repeat baca berpuluh-puluh kali tanpa bosan langsung.

Saya akan lukis watak2 DB ni masa free time dan sampai hari ni masih simpan.😂

(Hobi saya melukis. Kalau penat study, saya melukis. Dalam class, saya akan lukis gambar kawan2 lain yang duk khusyuk dengar cikgu haha 😁)

Dan Dragon Ball manga ni, dia akan publish & jual episode terbaru each new month masa tu.

So bayangkan, every month saya akan cepat-cepat jenguk kat kedai-kedai jalanan yang jual newspaper, magazines tu semua & cari Dragon Ball ni je. Sebab dah tak sabar nak tahu sambungan cerita dia 😅

RM3.50 tau satu buku tu. Hahahaa. Tak tau nak kata membazir ke apa.

Pernah saya sanggup berjalan kaki dari rumah, gi ke kedai, adakalanya naik bas semata-mata nak cari komik ni. Haha.

Tengok-tengok, tak publish lagi. Kecewa gila.

Jadi nak ubati hati, beli la komik Doraemon pulak😆

Pastu singgah la lagi kedai buku, beli buku latihan yang baru sebab nak jadi budak yang pandai & score la konon. Budak skema. (Ok ni selingannnn😄)

Yang kelakarnya kesungguhan tu sangat tinggi. Semua hanya disebabkan minat dan passion.

Bila kita minat sangat-sangat, minat kita mendalam, ada benda kita nak buat sangat, mesti kita sanggup bergerak. Sanggup buat. Sanggup pergi. Sanggup spend duit untuknya. Sanggup habiskan masa dengannya. Selalu fikir mengenainya. Suka bercerita tentangnya. In my case suka melukis gambar-gambarnya.

Macam tu jugak impian hidup kita kan?

Kalau ada keinginan yang sangat kuat, minat yang sangat mendalam, terlalu ingin nak capai apa yang kita impikan, pasti kita akan sanggup redah apa saja untuk mendapatkannya.

Sanggup je hadap macam-macam cabaran untuk nak capai apa yang kita nak tu.

Kena keji, kena kutuk, kena reject, gagal, tak jadi, berkorban masa, berbelanja duit, orang tak endah, tak dihargai, penat, susah, tak cukup tidur.. macam-macam.

Tapi kita akan mengeluh?

Tak, sebab kita minat. Minat kita mendalam. Kita tahu apa yang kita buat. Kita memang nak buat.

Kita akan stop?

Tak, sebab kita suka ngan apa kita buat.

Kita akan kecik hati?

Tak, sebab kita tahu apa yang kita nak.

Kita akan putus asa?

Tak, sebab kita masih berharap dengan impian kita tu.

Jadi fikirkan. Kalau betul kita nak ubah hidup kita dengan sesuatu yang kita sangat sangat minat, why must kita mengeluh dalam proses kita nak mencapainya?

Why must kita putus asa? Atau ambil hati dengan kata-kata negatif orang? People reject. Ya tu biasa. Sedih sekejap takpe je. Then teruskan move on. Orang tak nak. Kita sedih. Manusia biasa akan sedih. Boleh nangis 2 minit then continue to move on.

Why? Sebab kita dah pahat dalam hati & minda, apa yang kita mahukan. So hal-hal kecik tu, kita boleh ketepikan saja. Sebab impian kita lebih besar daripada tu semua.

Jadi bila kita benar-benar minat dan mahukan sesuatu, nothing can stop us besides ourselves..

So guys, if u really want to achieve something in life, you can decide it. Pilihan untuk berjaya tu terletak di tangan anda sendiri. Anda nak berjaya, nak berubah, ia pilihan anda.

Jika anda gagal , ia pilihan anda juga.

Everything starts with you.

So, kenali diri. Renungi apa yang anda sendiri benar-benar mahukan, benar-benar minat. Perhatikan adakah minat kita mendalam? Because it’s your life. Jangan sia-siakan okey! U deserve to be happy.

All d best in whatever that u do!

#InspirasiShye

9 thoughts on “Bila Minat Kita Mendalam, Kita Pasti Akan Cari Jalan dan Usahakannya

    1. syahida Post author

      Saya baca dalam quote yang pernah disebut oleh Dr. Azizan Osman 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge