Bestnya Vitamin C untuk Ibu Hamil!

By | 10/10/2016
Assalamualaikum para pembaca saya yang budiman sekalian.
Lagi tentang topik hamil. Anda bila hamil dan selsema, adakah anda memakan ubat selsema? Bagaimana jika batuk ketika hamil?
Sewaktu saya hamil anak kedua dahulu, saya pernah selsema dengan agak teruk. Sebab teruk sangat, saya telan juga Clarinase, ubat selsema yang memang selalu standby kat rumah untuk kecemasan. Selepas telan sebijik, baru saya terfikir sama ada ibu hamil boleh ambil Clarinase ni atau tidak?
Saya terus contact teman lama saya yang merupakan seorang ahli farmasi. Kalau bab ubat yang saya tak sure, saya selalu suka rujuk kat dia. Dia kata tak patut ambil oleh ibu hamil. Tapi kalau dah telan satu tidak lah berbahaya. Hanya jangan makan dah la. Alamak… menyesal saya telan. Tapi saya dah lega sikit. 
Kemudian saya hubungi kawan yang doktor pula. Nak tanya pendapat dia. Dia pun pesan tak perlu lah makan ubat-ubat selsema tu. Ambil saja Vitamin C dan minum banyak air. Ambil lah sampai tunggu sembuh. Itu lah kali pertama dan terakhir saya telan Clarinase ketika hamil. Dan sampai sekarang sehingga saya menyusukan anak saya pun, saya tak telan Clarinase kalau selsema. Saya akan pilih Vitamin C untuk kuatkan sistem imunisasi saya dan supaya saya lekas sembuh daripada selsema.
APAKAH KEPENTINGAN VITAMIN C KEPADA IBU HAMIL?
 
 
Sebenarnya Vitamin C ni bukannya diperlukan ketika kita selsema je. Tapi ia sebenarnya sangat-sangat penting sejak sebelum hamil lagi dan ketika anda sedang berusaha untuk hamil. Malangnya ramai ibu yang ambil remeh tentang perkara ni. Vitamin C yang KKIA bagi pun lupa-lupa je nak makan. Haaa anda macam tu ke? ?
Di sini saya kongsikan kepentingan Vitamin C kepada ibu-ibu yang sedang hamil, baru selepas bersalin, sedang berpantang 44 atau 100 hari, mahupun yang sedang bersedia untuk hamil. Nanti bila anda dah faham, anda pasti akan konsisten dan berdisiplin untuk mengambil Vitamin C.
Sewaktu anda check-up kandungan di klinik kesihatan, anda juga akan mendapat bekalan Vitamin C ni tau. Hanya bekalan KKIA, Vitamin C nya hanya 100mg sebiji. Tapi ini menunjukkan yang suplimen Vitamin C ini bukannya saja-saja tapi sebab ia penting lah, nurse bekalkan kepada ibu yang sedang hamil.
 
Vitamin C ini amat penting untuk ibu hamil kerana ia penting untuk pembentukan tisu, memulihkan luka, pertumbuhan tulang dan membaikpulih sel dan tisu dan untuk kesihatan kulit. Vitamin C juga akan membantu tubuh ibu hamil untuk melawan jangkitan serta bertindak sebagai antioksidan yang akan menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas.
Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan khasiat Vitamin C ini setiap hari. Ini disebabkan kepentingan janin untuk menghasilkan kolagen yang menjadi struktur pembinaan tendon, cartilage, tulang dan kulit. Kolagen memerlukan Vitamin C untuk membentuknya.
 
Berdasarkan suatu kajian terhadap haiwan, terdapat penyelidik yang mempercayai bahawa kekurangan Vitamin C pada ibu yang hamil boleh menyebabkan perkembangan mental bayi baru lahir yang tidak begitu baik.
Selain daripada mengambil Vitamin C, adalah penting juga untuk memastikan supaya Vitamin C ini dapat diperoleh dan diserap dengan berkesan oleh tubuh badan anda ibu yang sedang hamil. Sebabnya, Vitamin C ini perlukan agen yang dapat membantu ia diserap dengan lebih efektif.
Di sinilah peranan Sustained Release Vitamin C keluaran Shaklee. Vitamin C ini turut mengandungi Bioflavonoid yang akan membantu penyerapan Vitamin C.
APAKAH DIA KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE INI?
? Sifatnya yang Sustained Release. Bermakna Vitamin C dilepaskan setiap jam selama 5 jam ke dalam tubuh badan pada kuantiti yang diperlukan agar tak terbazir ke urin. 
? Diperbuat daripada bahan semulajadi. Bukannya vitamin sintetik sebagaimana vitamin di farmasi mahupun vitamin C yang dibekalkan oleh KKIA.
? Berkualiti tinggi dan mudah diserap oleh tubuh badan agar ia lebih berkesan. 
? Setiap biji adalah bersamaan dengan khasiat 5 biji buah oren. Anda hanya perlu ambil sebiji setiap hari dan seolah-olah anda memakan 5 biji buah oren.
? Sebotol Vitamin C ini tahan selama 6 bulan lamanya! Sangat-sangat tahan lama, menjimatkan dan amat berbaloi dengan nilai wang anda.
Memang best sangat Vitamin C Shaklee ni. Terlalu banyak manfaatnya sebenarnya dan kualiti tingginya memang sangat diperakui. Ramai yang dah rasa keberkesanannya tau. Ni belum cerita tentang manfaatnya kepada kecantikan kulit. ???
Sebab itulah, jika saya dapat selsema, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah mengambil dos Vitamin C yang lebih supaya saya dapat sembuh daripada selsema.
Lebih-lebih lagi ketika hamil, Vitamin C lah yang akan saya pilih. Bukannya Clarinase atau ubat selsema yang lain. Saya juga boleh pilih untuk meminum air lemon dan memakan lebih banyak buah oren untuk sumber Vitamin C saya.
Jaminan kami
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam:
Selamat
Semulajadi
Berkesan
Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
Mengapa saya?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda agar lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
Penghantaran
Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Petaling Jaya, Kg. Pasir, Taman Dato Harun, Taman Sri Manja, Jalan Klang Lama, Setapak dan Bandar Baru Bangi. Pos juga boleh diatur ke seluruh negara menggunakan khidmat Poslaju, GDex ataupun Citylink.
Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank atau CIMB.
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Saya Nak Beli Vitamin C Shaklee !!
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.
Ingin dapatkan suplimen untuk anda dan keluarga dengan harga istimewa?
Ingin mendapatkan tips ekslusif yang percuma?
Ingin menjana side income 2-5 angka setiap bulan hanya dari rumah?
 
Boleh hubungi,
Wan Syahida
Rakan Konsultasi Shaklee Anda
www.syahidashukri.com

One thought on “Bestnya Vitamin C untuk Ibu Hamil!

  1. Pingback: Set Mengandung Shaklee Pilihan Ramai • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge