Beriadah Pada Hujung Minggu dan Pada Musim Cuti Sekolah

By | 22/11/2014

Teks : Wan Syahida Kahar

Berhujung minggu selalunya merupakan waktu yang paling dinanti-nantikan anak-anak. Lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah yang baru sahaja bermula pada hari ini (dan semalam bagi negeri-negeri yang cuti pada hari Jumaat) tentu seronok. Bagi saya sekeluarga, biasanya kami akan bawa anak kami bermain-main di taman-taman tasik supaya dia dapat berlari-lari dan bermain gelongsor. Kadang-kadang kalau ada mainan ‘bubble’, kami akan bagi anak kami main. Tempat yang selalunya menjadi pilihan kami adalah Taman Tasik Titiwangsa. Memandangkan di situlah yang paling dekat. Kalau kami pulang ke kampung saya (tak la jauh pun, kat Bangi je), kami akan bawa anak kami main di Taman Tasik Cempaka. Sama je konsepnya. Berlari, bermain gelongsor dan kadang-kadang ada mainan ‘bubble’.
Selalunya saya akan masak ‘special’ sikit hari tu. Takde lah special mana. Tapi makanan untuk ditapau bawa sekali ke Taman Tasik. Selepas penat dan lapar bermain-main, kami makan sama-sama kat mana-mana bangku atau tempat duduk. Biasanya suami dan anak yang sulung la yang pergi bermain-main. Saya hanya duduk menikmati alam pemandangan dan menjaga baby yang biasanya masih tidur di dalam stroller. Kalau pun saya nak ‘exercise’, hanya ‘brisk walking’ adalah yang paling sesuai buat saya.
Selama saya duk selalu pergi ke taman-taman tasik ni, selalu la saya dapat lihat gelagat-gelagat anak-anak kecil dengan ibu bapa. Tak kira bangsa apa pun. Tempat riadah macam ni memang sentiasa meriah. Selalu saja ada orang yang kunjung. Ada jugak orang yang datang main badminton, main basikal, main ‘blade’, buat stretching, main skate board, main skipping, macam-macam lagi lah. Kat Taman Tasik Titiwangsa juga ada kawasan menaiki kereta kuda. Boleh la kalau nak bawa anak-anak naik kereta kuda. Tak mahal pun. Murah je bayarannya.
Satu tips daripada saya kalau nak ke sana, bawa minuman dan makanan, kot anda lapar dan dahaga selepas bersenam. Plastik sampah mesti dibawa, supaya tak buang sampah merata-rata. Tapi tong sampah memang banyak tersedia. Kalau anda nak bawa anak-anak ke sana untuk main bubble, saya cadangkan bawa sendiri bubble dari rumah (kalau ada). Sebab kadang-kadang mainan bubble tu tak ada. Jadi untuk mengelak anak anda kecewa dan meragam, baik anda siap-siap bawa sendiri. Macam anak saya. Dia memang minat main bubble. Kalau tak dapat, kecewa la dia. Meragam sana sini. :-D. Kalau bawa bayi kecil, boleh lah bawa stroller nya sekali supaya anda tak penat mendukung. Kalau anda duduk-duduk kat kawasan banyak pokok ala-ala hutan tu, hati-hati sebab ada banyak nyamuk.
Satu perkara yang paling seronok adalah anda dapat nikmati alam sekitar di kawasan bandar. Sekali sekala dedahkan anak-anak dengan aktiviti luar memang seronok. Terperap je kat dalam rumah boring juga. Bagi peluang kepada anak-anak untuk berlari dan berpeluh. Kenali alam semula jadi dan belajar menghargai ciptaan Allah. Sekali-sekala cuci-cuci mata melihat pokok-pokok, air di tasik dan unggas-unggas.
Selamat beriadah, berhujung minggu dan menikmati musim cuti sekolah bersama keluarga dan anak-anak. Rancang hujung minggu seawalnya. Sebab hujung minggu selalu sinonim dengan kesesakan lalulintas. Moga dapat meluangkan banyak masa berkualiti bersama keluarga.
Untuk anak kekal sihat dan aktif, jangan lupa berikan Set Anak Sihat dan Pintar : Meal Shakes, Vitamin C Chewables dan Omega Guard ! :-). Bagi saya sendiri, untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga, saya pastikan yang saya sentiasa mengambil B Complex dan Vitamin C Sustained Release setiap hari selepas sarapan pagi dan juga Vita-Lea selepas makan tengah hari atau makan malam. Lebih-lebih lagi saya seorang ibu yang menyusu sepenuhnya, jadi supplemen kesihatan amat penting dan amat saya jaga supaya badan saya sentiasa sihat dari dalam agar susu sentiasa cukup untuk bayi saya. Ikhtiar saya, Insya Allah.

P/s : Saya tak sempat ke Taman Tasik Titiwangsa pada hari ini kerana ingin ke Karnival Upin & Ipin di PICC Putrajaya pada hari ini bersama ahli keluarga dan anak-anak. Bermula dari 21-23 November 2014. Bermula pada 9 pagi – 10 malam. Anda akan pergi juga? Jom! Sama-sama kita memeriahkannya. 🙂

Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee
012-6753078
FB : Wan Syahida Kahar
Instagram : @shye_ws, @shye_healthnutrition

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge