Bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam – Day 2

By | 08/07/2017

Bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam – Day 2

Hai Assalamualaikum. Ini adalah sambungan kepada entry Bercuti ke Vietnam – Day 1. Pagi-pagi lagi hotel kami sediakan breakfast. Breakfast dia simple je macam roti dengan butter and jam, kuey tiau goreng, bubur dengan chicken stew dan buah-buahan.

Nak makan tu hati-hati la sikit. Kita kena tanya dulu sama ada makanan yang disediakan hotel kita tu halal atau tak. Untuk hotel yang saya duduk, saya dah siap tanya kat tourist guide. Fuh alhamdulillah diorang memang sediakan makanan halal kalau tour group datang dengan halal tour. So perut saya dengan anak-anak pun selamat.

Seawal 8 pagi, bas datang untuk bawa kami ke destinasi pertama iaitu kilang kain pasang dan tudung.

Kilang kain pasang dan tudung Naelofar di Ho Chi Minh, Vietnam - Day 2

Kilang kain pasang dan tudung Naelofar di Ho Chi Minh

Jadi di situ, banyak la kami memborong tudung yang in-trend sekarang, tudung Nailofar. Beli sekali kain pasang untuk buat baju raya kami sekeluarga tahun ni. Kami beli Vietnam Silk yang berharga RM50 untuk 4 meter kain. Tudung instant bercorak Nailofar, saya beli 5 tudung RM60. Bermakna 1 tudung tu hanya RM12. Murah kan? Ini harga kilang. Ada kawan satu tour cakap, kalau beli kat pasar malam, ada yang RM10 je satu tudung tu. Tapi kualiti tak tau la kan. Oh ye, tudung Naelofar yang kami beli tu memang ada label gold Naelofar. Dan kilang yang kami pergi tu memang supplier kepada Malaysia. Penjual dia semua pandai cakap Melayu. Malah semua harga yang tertera kat situ pun semuanya tulis dalam nilai RM. Betapa Malaysian nya kedai tu jual untuk Malaysia. Hehe.

Selepas shopping kat situ, kami bergerak ke Lao An untuk menuju ke Mekong River. Jauh juga perjalanannya. Sejam lebih. Dalam perjalanan tu singgah pula ke kedai baju yang jual souvenir T-shirts dengan harga murah. Kalau semalam malas nak spend untuk beli T-shirt Hard Rock Cafe yang mahal, beli la kat sini sebab semuanya murah-murah je. Saya tak turun shopping untuk T-shirts ni sebab anak-anak saya tengah tidur dalam bas.

Di jeti Sungai Mekong

Di jeti Sungai Mekong

Dekat jeti Mekong River, ada banyak juga kedai-kedai yang jual barang souvenirs. Kat situ, kami naik bot yang cukup untuk 15 orang passengers untuk merentasi sungai Mekong tu menuju ke Dragon Island. Kat situ, kami terus disajikan dengan makan tengah hari kat sebuah Restoran bernama Halal Mekong Restaurant.

Di Restoran Halal Mekong, Sungai Mekong

Di Restoran Halal Mekong, Sungai Mekong

Sedapppp sangat lauk-lauk dia. Semua seafood! Ikan siakap goreng, udang rebus, ada sotong, telur dadar, sayur taugeh goreng, sup ayam dan lain-lain yang simple simple tapi cukup menyelerakan. Not so bad sebab ikan siakap goreng pun dia buat goreng berlada. Tapi korang kena hati-hati ngan cili diorang tau. Cili diorang warna terang. Sama ada hijau muda atau merah terang. Memanggg super pedas gile gile. Jauh lebih pedas daripada cili padi so kena hati-hati dan jangan makan la nasihat saya.

Menu-menu sedap di Restoran Halal Mekong

Menu-menu sedap di Restoran Halal Mekong

Selepas lunch, kami solat jamak ba’diah dekat surau di situ. Memang ok. Ada toilet dan ruang solat lelaki dan wanita.

Then kami naik bot semula dan dibelanjakan dengan air kelapa pinang. Sedap! Setiap seorang kami dapat satu biji kelapa.

Menikmati air kelapa pinang di atas bot

Menikmati air kelapa pinang di atas bot

Next destination adalah Mekong River Canal untuk menaiki sampan di seberang Mekong River. Kat sini ada banyak gerai jual buah-buahan yang sangat segar & ranum. Dikatakan buah-buah kat sini sangat menjadi dan berbuah sepanjang tahun especially buah longan dan mata kucing sebab kawasan ni menerima baja yang banyak daripada sungai. Sebab ni kawasan last sungai ni mengalir yang start daripada Mongolia, Cambodia, Thailand hinggalah ke Vietnam. Jadi kawasan ni paling kaya dengan baja yang buatkan tanah sini sangat subur.

Buah-buahan dan cenderahati di Pulau di Sungai Mekong

Buah-buahan dan cenderahati di Pulau di Sungai Mekong

Kat sini kami dapat makan buah-buah dalam restoran yang ada kat situ dan minum teh herba. Ada sedikit persembahan nyanyian untuk hiburan.

Menikmati buah-buahan dan air teh herba di Sungai Mekong

Menikmati buah-buahan dan air teh herba di Sungai Mekong

Lepas tu baru kami menaiki sampan untuk menikmati pandangan dalam laluan sungai kat situ. Tak lama mana. Dalam 20 minit sampailah ke hujung.

Menyelusuri sungai menaiki sampan

Menyelusuri sungai menaiki sampan

Kat situ pula ada Coconut Candy Shop yang menjual gula-gula kelapa. Jadi bolehlah kalau nak beli buat buah tangan.

Lepas tu kami naik lagi bot untuk ke tempat Eco Bee Farm untuk menikmati madu asli di situ.

Eco Bee Farm

Eco Bee Farm

Dapat la lihat diorang hasilkan madu kat situ. Cara mereka serve madu untuk kami adalah dengan mencampurkan madu, bee pollen, limau nipis dengan air suam. Memang sedap. Kalau nak beli madu kat situ pun boleh. Saya ada juga beli Royal Honey untuk masker wajah. Katanya elok untuk awet muda. Saja la nak try produk madu pulak kat muka ni.

Honey Lemon sedap

Honey Lemon sedap

Habis kat situ, then kami pun naik bot semula untuk pulang ke darat. Window shopping lagi sekejap kat jeti tu sebelum kami naik bas untuk pulang ke bandar Ho Chi Minh.

Then singgah ke kedai beg Kipling dan pelbagai lagi beg jenama lain. Kat sini ada Kipling yang ori. Tak sama macam Kipling yang banyak dijual di jeti Sungai Mekong. So kalau anda nak beli Kipling yang high quality dengan jenis kain dan zip yang lebih bagus, kat sini la.

Lepas tu tourist guide kami bawa pula kami ke kedai sports tapi tak ada yang menarik. Sepanjang perjalanan tu kami dapat nampak kawasan perumahan orang kaya-kaya, shopping malls yang branded, kilang Jepun, dan banyakkk kedai di sekitar bandar. Jalan raya pun sangat sibuk. Lebih-lebih lagi waktu balik kerja. Yang buat kami lagi kagum adalah kat sini tak ada traffic lights tau. Pemandu kat sini sempoi je drive tanpa ada accident atau takut-takut.

Kemudian malam tu kami singgah di restoran untuk nikmati makan malam dan akhirnya pulang ke hotel untuk berehat.

Tapi ada pilihan untuk kami kalau ada sesiapa yang berminat nak jalan-jalan ke pasar malam berdekatan. Pasar malam dia memang lebih kurang macam kat Malaysia la jugak. Ada jual pakaian, makanan, cenderahati dan mainan kanak-kanak.

Pasar malam di Ho Chi Minh, Vietnam - Day 2

Pasar malam di Ho Chi Minh, Vietnam – Day 2

Kat pasar malam ni kalau nak murah, kena la buat muka tembok dan rajin tawar-menawar. Kalau saya, saya memang tak rajin bab ni. Lebih kepada tak berani dan simpati pun ada jugak. Maklumlah, saya ni peniaga. Saya faham perasaan peniaga yang nak cari untung. Jadi saya selalu suka nak bagi. Tak suka mintak murah. Tapi suami saya cukup suka. Jadi bab tawar-menawar ni, selalunya saya pass saja kepada suami yang melakukannya. Dan dia memang dapat murah tau. Huhu.

Malam tu, baru la boleh rehat. Saya macam biasa tak lupa nak makan supplemen saya yang wajib saya ambil setiap hari. Vitalea, B-Complex dan Vitamin C especially untuk after meals. Kemudian sebelum tidur, mesti makan Ostematrix sebagai sumber kalsium, magnesium dan Vitamin D saya. Baru lah dapat recharge energy untuk aktiviti esok pula.

Rutin seharian saya, mengambil supplemen Shaklee

Rutin seharian saya, mengambil supplemen Shaklee

Ok tu saja untuk hari kedua kami di Ho Chi Minh, Vietnam. InsyaAllah nanti saya share untuk hari ketiga pula. To be continued!

15 thoughts on “Bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam – Day 2

  1. anuar

    Cerita punyalah panjang… seronok baca…
    Tapi, belanja sekeping gambar jer…. hehehe.. 😉

    Reply
    1. syahida Post author

      Mintak maaf. hehehe. Saya busy beraya. Semalam baru sempat edit dan upload segala gambar. Tengok balik tau!

      Reply
  2. Amirul

    Wah mesti best menyusur sungai tu. Pemandangan cantik tak? Teringin nak pergi sana

    Reply
    1. syahida Post author

      Pemandangan dia macam kat laut sebab sangat besar sungai tu 😀

      Reply
    1. syahida Post author

      Semestinya tudung dan kain pasang la hehe

      Reply
    1. syahida Post author

      items tertentu je la murah spt tudung.. hehhe.. tu tandanya macam kena pergi lagi jer 😀

      Reply
  3. Haidar

    Entah bila lah baru berkesempatan untuk ke Vietnam. Tak pernah sampai lagi. Part yang paling Best kat sana tentu la shopping kan??

    Reply
    1. syahida Post author

      Shopping dah tentu. Tapi hanya tudung dan pakaian je.

      Reply
  4. Pingback: Pengalaman Travelog Ke Luar Negara Untuk Diabadikan

  5. Wanie Shahar

    Salam. Boleh saya tahu apa nama kilang kain dan tudung nealofatu ye?? N also kedai beg kiling ori?? Nak pergi sana lagi 2 minggu.. tq

    Reply
    1. syahida Post author

      Saya tak tahu nama kilangnya.. Tak tulis pun nama kat depan premis tu. Huhu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge