Bercuti Di Taman Alam Kuala Selangor

By | 12/03/2019

Hai Assalamualaikum! Awal Februari 2019 yang lalu saya berpeluang berjalan-jalan ke Kuala Selangor sempena Cuti Tahun Baru Cina. Disebabkan tak tahu nak buat apa, nak ke mana, suami saya mengajak kami berjalan-jalan. Akhirnya ke Kuala Selangorlah kami. Kami bertolak dari PJ ke Taman Alam Kuala Selangor dengan bertujuan untuk melihat monyet dan alam sekitar. Haha.

Sesampai di sana, jam dah masuk waktu Zohor. Kami singgah dulu ke Masjid Sultan Ibrahim. Suami saya sempat solat berjemaah dengan Imam. Kemudian saya pula solat. Bergilir-gilirlah kami sebab nak jaga anak-anak dalam kereta.

Kemudian kami mencari tempat makan yang sesuai. Kami menjamu selera di Restoran D’Coral Kuala Selangor. Kami order ikan masak steam, sayur campur, tom yam dan telur dadar. OK dan sedap. Ikannya sangat besar dan memang terlebih untuk kami yang dua orang dewasa ni. So kalau anda datang berdua dengan pasangan, saya nasihatkan supaya tak usah order banyak sangat jenis lauk. Ikan pun kena order yang kecil. Nanti tak habis pula.

Menjamu selera di Restoran D’ Coral Kuala Selangor

Asalnya tak tahu jugak nak pergi mana, nak makan mana.. Last-last Google jugak untuk cari tempat makan mana yang best & dapat rating tinggi. Info tentang tempat makan ni memang banyak boleh jumpa kat Google. Sekarang semua orang pun suka gunakan khidmat Google untuk cari info.

Sebab tu kalau kita ada bisnes, ada servis, tapi tak manfaatkan carian Google melalui blogging, amatlah rugi. Kita ada bisnes? Wajib ada blog. Wajib gunakan Google.

Memasuki Taman Alam Kuala Selangor

Kuala Selangor Nature Park
Kuala Selangor Nature Park

Sesampai di kawasan Bukit Melawati, kami lihat orang ramai beratur. Sangat panjang. Jadi kami tak jadi nak naik Bukit Melawati. Kami ke hadapan sedikit dan menjumpai Taman Alam Kuala Selangor atau Kuala Selangor Nature Park. Kami tak pernah sampai ke sini. Inilah kali pertama.

Pergi ke bahagian kaunter pembelian tiket. Kami diberi penerangan tentang apa yang ada di sini dan bagaimana perjalanannya. Asalnya saya keberatan untuk berjalan masuk ke kawasan hutan tu. Sebab hari dah petang. Masa tu dah pukul 5pm dan cuaca pun agak panas. Kami bawa anak-anak kecil. Bimbang yang jalan trek dia sangat panjang untuk kami jalan.

Tapi suami saya berikan kepastian yang ia adalah OK. Jom lah masuk. Saya yang keberatan pun akhirnya bersetuju je lah. Kami pun beli tiket dan masuk ke dalam.

Waktu Beroperasi:
Setiap Hari: 9.00am – 6.00pm

Harga Tiket:
RM4 untuk Dewasa,
RM1 untuk Kanak-kanak (di bawah 17 tahun)
RM 2 untuk Warga Emas (melebihi 60 tahun)

Bermulalah perjalanan kami di trek Taman Alam ni

Cuaca pada hari tu memang sangat terik. Dengan dukung anak lagi. Memang sangat mengeluarkan peluh la. Tapi yang bagusnya tak ramai orang dan jalan sangat clear. Mungkin tak ramai orang suka datang ke sini. Trek nya memang agak panjang dan jauh. Jadi, memang kena bersedia lah dengan air, kipas kalau anak-anak tak tahan panas dan pakaian pun pakailah nipis supaya kurang berpeluh.

Perjalanan bermula dengan trek hutan yang ada pokok dan belukar je kiri dan kanan. Semakin kita jauh ke dalam, kita akan menjumpai sungai dan tumbuhan yang hidup di kawasan bakau. Ada juga monyet dan ikan tembakul. Ada rezeki, boleh nampak burung-burung yang jarang dijumpai.

Tiba di Hutan Paya Bakau

Masuk ke Trek Hutan Paya Bakau

Ini adalah trek yang masuk ke Hutan Paya Bakau. Sangat penuh dengan pokok-pokok bakau dan anak pokoknya je. Menarik sebab kami tak pernah lihat sedekat ini. Ada banyak ketam kat area ni. Kalau kat tempat aliran sungai, ada banyak ikan tembakul atau ikan belacak. Ikan yang ada kaki, anak-anak saya gelarkan. First time juga saya tengok. Nak bagi anak-anak memahami alamt sekitar, sesuai la bawa ke sini. Baru diorang tau hutan paya bakau tu apa. Hehe.

Berjalan sampai menghampiri laut di penghujung laluan trek paya bakau ni.

Kalau nak datang ke paya bakau ni, confirm tak boleh datang dengan kaki je semata-mata. Mujur la ada trek ni untuk kita mampu merasa sendiri hutan paya bakau. Of course takkan mampu nak jalan atas selut selut tu kan. Jadi, ada laluan trek ni yang memudahkan kita. So dari sini boleh lihat Selat Melaka dari kejauhan hehe. Masa ni petang, dalam pukul 5.45pm camtu. Air tengah pasang.

Selfie jap kat signboard. Kawasan penting burung katanya.

Kalau dah datang area ni, kita akan mudah nampak burung helang yang terbang di langit. Banyak juga.

Antara burung helang yang sempat ditangkap camera.

Selain tu, ada banyak kera juga di sekitar pokok-pokok yang dalam hutan tu. Bukan area bakau tapi area yang lebih ke darat. Then ada sungai yang terus mengalir ke laut. Memang complete la ekosistem kawasan ni. Complete hidupan flora dan fauna yang dijaga rapi oleh kerajaan Selangor. Tempat kajian sains bagi para penyelidik alam sekitar.

Selesai perjalanan kami di seluruh laluan trek Taman Alam ni, kami singgah di surau untuk menunaikan solat Asar. OK juga surau dia. So selesa lah kita nak tunaikan solat.

Satu je pelik tempat ni. Takde tong sampah langsung. Mungkin sebab ada banyak monyet yang berkeliaran kan. Habitat diorang. So nak letak tong sampah memang tak sesuai lah. Korang kalau ada sampah, simpan je la dalam satu beg plastik dan pegang sampai balik. Haha.

OK tu saja pengalaman kami di Taman Alam Kuala Selangor ni. Pendapat kami? Kami seronok ke tempat ni :-). Sesuai dijadikan tempat jalan-jalan. Maksud saya tempat exercisekan kaki. Nak buat morning walk ke, evening walk ke. Sesuai lah. Jangan datang time tengah hari buta sudahlah. Cuaca yang sangat panas mungkin tak sesuai. Time hujan pun tak sesuai. So, doalah supaya cuaca baik kalau korang nak datang ke sini. Hehe.

Next, dah nak masuk Maghrib guys. So pulanglah kami menuju ke KL balik semula. Sempat singgah ke McD drive-thru sebab dah kelaparan. Haha. Alas la perut skit dalam kete masa tu. Tapi, masa on the way balik tu, saya tertanya kat husband, Eh.. dah alang-alang kita sampai sini, why not kita pergi ke Kampung Kuantan tu. Jom lah tengok kelip-kelip.

Tadi masa kat Taman Alam, dia yang ajak kita. Sekarang saya pulak yang ajak dia. Dia pun ON je. Saya Google-google, rupanya tempat ni memang mula dikunjungi orang mulai 7.30pm. Sesuai lah tu. Masa tu dah nak masuk Maghrib. Kami pun decide untuk terus cari Masjid untuk solat Maghrib terus. Then lepas solat, terus gi Kampung Kuantan.

Kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Rupa-rupanya Kampung Kuantan tempat kelip-kelip tu memang betul-betul sebelah je ngan Masjid. Wah,.. sangat mudah. Kami park je kat luar Kampung Kuantan tu dan berjalan ke Masjid. Siap-siap mandikan anak-anak semua sebab dah malam kan. Aktiviti berjalan tadi dah sangat buat budak-budak ni berpeluh. So mandilah dan ready for solat Maghrib.

Settle semua, husband pun dah dapat belikan tiket, then kami pun beraturlah untuk memasuki tempat kelip-kelip. Panjang nau beraturnya. Penuh ngan orang Korea je weh. Tah berapa bas tourist dari Korea ntah. Semua orang Korea. Tak pun orang dari China. Meriahhhh. Rakyat Malaysia seciput je guys. Kami la tu. Hahahaha.

Bersabar lah beratur tu. Masa tu dalam pukul 8 malam. Akhirnya sampailah giliran kami untuk menaiki sampan.

Waktu Operasi : 7.30 malam – 10.30 malam ( Setiap hari )

Bayaran perkhidmatan sampan:

  • RM40.00 / sampan (maksimum 4 orang dewasa)

* Tempoh menaiki sampan lebih kurang 20 minit untuk satu perjalanan ( pergi dan balik)

Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor.
Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Masa naik sampan, Alhamdulillah kami dapat pengemudi seorang atuk tua yang dah mengemudi sampan di situ untuk tourists sejak tahun 80an lagi. Wahhhh! Atuk ni memang asal area tu dan memang seumur hidupnya duduk area sungai tu lah. Tempat ni dah jadi biasa sangat bagi dia.

Memang banyak kelip-kelip kami dapat lihat malam tu. Dia tak de kat semua pokok tau. Kat pokok-pokok tertentu je. Entah la nape. Ikut suka depa nak pilih pokok mana. Dah macam pokok krismas je ghope dia memalam tu. Kebetulan, malam tu bulan mengambang. Full moon. So lagi meriah la kelip-kelip berkerlipan. Memang cantik, Subhanallah. Yang ajaibnya, kerlipan diorang serentak satu pokok tu berkerlip serentak. Bukannya lain-lain waktu kelipan dia. Semua serentak. Macam on off lampu tu. Semua on soff erentak. Ha gitu lah juga kelip-kelip tu.

Atuk ajar camne nak tangkap kelip-kelip tu. Pegang kat tangan. Hehe comel je nampak dia kelip-kelip atas tangan. Anak-anak dah sangat excited. Habis pusingan satu round, then selesailah tour melihat kelip-kelip. Terima kasih banyak kat Atuk tu yang mengemudi sampan untuk kami. Kuatt lagi lutut atuk ye. Kesian Atuk. Harap atuk amalkan lah Ostematrix untuk kekuatan tulang dan sendi Atuk. Eh ni saya cakap dalam hati je. Idok la saya cakap kuat-kuat. Hehhehhe.

Baca : Bagaimana Kalsium Penting Untuk Orang Tua?

Masa balik ke kereta, beratur dah makin pendek. Masa tu dah 8.45pm kot. Baru start nak ramai pengunjung orang tempatan pulak. Yang tourists semua dah balik hotel kot. Hehe.

Alhamdulillah inilah pengalaman percutian saya ke Kuala Selangor. Walaupun saya memang rakyat Selangor. hahaha. Saya jamin, even orang Kuala Selangor pun mesti ramai yang belum sampai Taman Alam Kuala Selangor dengan Kelip-kelip kat Kampung Kuantan tu. Haha. Sebab saya ada kawan yang memang duduk kat Kampung Kuantan tu sendiri tak pernah pun pergi tengok Kelip-kelip. kekekkee. Saya yang duk PJ pun dah sampai. Yeah!!

So guys, apa kata kalau tak tau nak pi mana area Selangor ni, pi la berjalan ke kawasan ni. Seronok la jugak. Nanti kalau orang tanya, ko dah pernah tengok ke kelip-kelip? Boleh la jawab DAHHH. Haha.

OK Thank u for reading. Semoga bermanfaat dan seronok dibaca. Kalau nak order Shaklee, jangan segan silu untuk contact saya ok!

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee seluruh Malaysia

4 thoughts on “Bercuti Di Taman Alam Kuala Selangor

    1. syahida Post author

      hehehe… sebenarnya kena banyakkan exposed dengan outdoor. asyik duk umah je kan, tengok TV je manjang. 😀

      Reply
  1. Ema
    Twitter:

    murah juga harga tiket masuk…cuti sekolah mesti ramai orang kan… bagus aktiviti macam ni..riadah bersama keluarga.

    Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe… a’a murah je. mungkin sebab kerajaan punya kan. lagipun tak banyak benda pun. alam sekitar je. macam kita nak masuk hutan. 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge