Bercuti Bersama Keluarga di Port Dickson dan Melaka

By | 29/11/2018

Hai Assalamualaikum. Bebaru ni saya & family bercuti-cuti ke Port Dickson dan Melaka. Lama tak bercuti camni dengan keluarga. Selalunya suami saya yang suka plan percutian begini dan anjurkannya bersama-sama.

Rumah Penginapan TNB

Hari pertama, hari Sabtu, kami bertolak ke Port Dickson dari pukul 12.30 tengah hari. Sampai ke Rumah Penginapan TNB Port Dickson dalam pukul 2.30 petang. Kakak saya uruskan pendaftaran sambil tunggu waktu check-in.

Kali terakhir saya datang ke sini, sewaktu saya kanak-kanak. Tak banyak benda yang saya ingat. Selepas 20 tahun, kini saya datang kembali. Kali ni dengan suami dan anak-anak.

Pantai kat sini agak cantik. Air pun jernih. Tak macam pantai yang biasa kita pergi di Teluk Kemang. Mungkin sebab kat sana selalunya ramai orang. Kat sini, kawasan Rumah Penginapan TNB saja yang masuk laut. Di sebelah penginapan ni, ada Hotel Thistle dengan ramai pelancong dari luar negara.

Pantai di Rumah Penginapan TNB

Pantai di Rumah Penginapan TNB

Mandi kat sini memang puas hati sebab airnya jernih, tak dalam dan sesuai untuk anak-anak kecil. Ombak pun tak ada langsung. Ye lah kan, nama pun kat Selat Melaka. Jadi bila anak-anak pakai pelampung, tak la risau terbalik ke apa. Air tenang saja.

Swimming pool nya kami langsung tak masuk kerana terlalu ramai orang. Jadinya, ke pantai saja la kami 🙂

Bayou Lagoon Resort, Melaka

Hari Ahad, kami check-in pula di Bayou Lagoon Resort di Melaka. Hasil daripada tiket penginapan yang kami dapat ketika di MATTA Fair 2018, Mac yang lalu. Kami dapat apartment 3 bilik dengan 2 bilik air. Bersama pass untuk mandian di taman tema air untuk seluruh ahli keluarga.

Mandi-manda di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Mandi-manda di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Lama sangat dah tak mandi manda macam ni. Selalunya join aktiviti camni masa kanak-kanak dulu. Rumah saya pun dekat je ngan Sunway Lagoon dulu jadi selalu la pergi. Sekarang, boleh la merasa balik macam dolu-dolu. Sekejap pun jadilah 🙂

Tiket kami berserta dengan breakfast. Selepas breakfast pada hari Isnin, family enjoy mandi lagi sebelum kami check-out untuk ke destinasi seterusnya.

Homestay Pengkalan Balak, Melaka

Kami ke Homestay milik kawan ayah saya pula di Pengkalan Balak, Melaka. Tapi sebelum tu, memandangkan check-in lambat lagi, pukul 3pm, jadi kami berjalan-jalan ke Zoo Melaka dulu. Sebab tiket pun dah beli. Tiket ni pun kami beli masa kat MATTA Fair. Jadi dapat la harga lagi murah untuk kesemua satu keluarga.

Zoo Melaka ni pun saya dah biasa pergi. Dapat la bawa mak ayah pula kali ni sebab mereka tak pernah datang ke sini. Anak-anak pun seronok dapat tengok haiwan dan paling best, dapat bagi gajah makan.

Selesai aktiviti di Zoo, baru kami ke Pengkalan Balak. Di sana, kami hanya rehat-rehat, mandi petang di pantai dan malamnya keluar makan asam pedas di kedai makan.

Pantai kat homestay kami duduk tu, tak berapa cantik lah. Mandi pun tak berapa seronok. So kalau anda nak mandi manda ke sini, periksa dulu pantainya macam mana. Ok ke tak? Kami dah mandi dah kat pantai Port Dickson so takde la rasa ralat sangat. Hehehe.

Esoknya hari Selasa, siapkan sarapan. Ayah saya pergi memancing kejap tepi pantai sambil kami main-main pasir.

Balik homestay, masakkan makan tengah hari dengan menggoreng ikan-ikan yang ditangkap, dan kami pun check-out untuk pulang semula ke Bangi. Tapi singgah kejap di Melaka Premium Outlet untuk shopping. Hehe. Ada banyak barangan berjenama yang murah-murah. Sempat la grab sedikit barang make-up di Elianto.

Makan di rumah, rehat jap dan malamnya pulang ke rumah kami di PJ. Hari tu cuti Maulidur Rasul. Jadi tak lupa untuk mengingati Rasulullah SAW dan perbanyakkan selawat.

Penutup

Alhamdulillah percutian singkat dan padat kami sekeluarga. Sampai ke 3 destinasi kami pergi. Cuaca baik saja, Alhamdulillah.. Moga tahun depan dapat bercuti bersama keluarga lagi InsyaAllah..

Cuti sekolah dah datang lagi. Mesti ramai orang yang tengah plan percutian bersama keluarga kan? Selamat bercuti dan menikmati masa bersama keluarga 🙂

Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Saya merupakan Pengedar Bebas dan boleh memberikan konsultasi buat anda. ?

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee seluruh Malaysia

11 thoughts on “Bercuti Bersama Keluarga di Port Dickson dan Melaka

  1. norhidana

    bestnya, sampai 2 negeri dpt bercuti yek… belum musim cuti rilex sikit la yek, klu time cuti mesti sesak sana sini tuh kan

    Reply
    1. syahida Post author

      Itu la pasal.. negeri dekat-dekat, boleh la hihi..

      Reply
    1. syahida Post author

      hehehe… Alhamdulillah masa berkualiti bersama keluarga 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      pun dah ok! asam pedas melaka memang terbaik :D. naik beca pun satu pengalaman.. 🙂

      Reply
  2. wahida

    bayou lagoon mmg dah dlm list…insya Allah tahun depan teringin nak ke sana…

    Reply
    1. syahida Post author

      wah. hehehe.. memang ok sangat kat sana.. selesa. recommended 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Melaka tempat pelancongan dari dulu sampai sekarang 😀

      Reply
  3. Doddy

    thank you for the information, the information is very interesting and easy to understand, the content of the website is also very interesting

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge