Bagaimana Saya Bermula Dalam Bisnes Shaklee

By | 03/03/2017

Bisnes Shaklee: BAGAIMANA SAYA BERMULA

If you want something in life

Live out of your comfort zone

Saja la saya nak ceritakan tentang camne saya bermula dalam bisnes Shaklee ni.

Sama seperti kesemua orang bisnes Shaklee yang lain, saya hanya bermula sebagai pengguna. Sebenarnya masa saya first first start amalkan Shaklee ni saya tak nak buat bisnes pun. Masa tu saya masih aktif membuat bisnes Islamic Kids Shop saya.

Saya start guna semasa mengandungkan anak saya Ameer dan saya alami masalah HB rendah. Bacaan HB saya selalu kena tulis dengan pen merah masa check-up dan saya tak habis-habis kena tegur ngan misi supaya perbaiki HB saya.. ?

Sampai dah naik boring dah makan pil ferrous fumarate yg KKIA bagi tu sebab makan betul-betul ikut cara yang misi ajar tu pun tak jadi apa-apa. Ada juga saya try makan makanan yang boleh membantu macam sayur bayam, buah kurma, antara yang saya ingat la..

Pastu mula la saya try produk-produk. Saya mula-mula cuba Jus Q****, sejenis produk makanan sunnah. Makan la hari-hari berbotol-botol, berminggu-minggu. Bacaan still tak improve ke tahap memuaskan. Lepas beberapa botol makan tapi still hampa, saya try pula Vitalea with Iron keluaran Shaklee.

Saya sebenarnya nak ambil Vitalea tu untuk kecergasan sekali. Tanpa saya sedari bila check HB kat klinik, terus ok tau! Saya macam tak caya la jugak sebab asyik-asyik merah aje. Kali ni senang nya???

Then saya pikir apa yang saya makan.. hanya Vitalea tu je. And memang saya rasa happy sangat-sangat. Masa tu ada la dalam sebulan dua lagi nak bersalin. So semua check-up jadi smooth je. Misi happy, doktor happy, saya pun happy n lega.

Sampai ferrous fumarate tu dah tak perlu dimakan lagi ?. Sebab HB dah ok. Dari situ la bermulanya saya nampak keberkesanan Shaklee ni.

Then saya start satu-satu supplement masa berpantang. Saya start dengan Vitamin C, pastu Alfalfa, dan seterusnya sampai la saya dah jadi pengguna Shaklee untuk almost semua produk dia.

Yang buat saya start nak bisnes Shaklee ni adalah, bila saya nampak orang lain yang buat bisnes ni dapat banyakkk income sampai mampu beli aset hartanah. Saya jadi kagum sebab sebegitu sekali pendapatannya dalam Shaklee.

Kemudian selepas saya bertanya satu-satu tentang bisnes dan sistem Shaklee ni sama ada ok ke tak ok ke, scam ke tak scam, patuh syariah ke tak patuh syariah dan macamm-macam jugak la saya tanya upline saya.

Akhirnya saya rasa best. Saya nampak sistem Shaklee tu adil jeee n in a fun way. You work together and sama-sama berjaya. Takde istilah anda membuat bisnes ni sorang sorang sebab ada mentor, ada sistem, ada konsep berjemaah n networking yang sangat bantu-membantu.

Bermula sebagai pengguna, kini saya turut berkongsi tentang kebaikan Shaklee dan bisnesnya.

Dalam saya makin berkongsi, saya dapat belajar makin banyak fakta dan pengetahuan tentang Preventive Medicine dan Food Nutrition.

Saya fahami konsep mencegah penyakit melalui pemakanan. Saya mula sedari apa yang kita semua kekurangan setiap hari. Saya mula fahami tentang punca penyakit.

Setiap hari ada ilmu baru dalam dunia kesihatan. Saya memang teruja dan dah jumpa bidang yang saya minati ?

Alhamdulillah sekarang dah dapat kerjaya yang best dari rumah. Harapnya lepas ni, saya dapat ajak lebih ramai lagi orang improve kesihatan mereka dengan Shaklee n turut sama rasa keberkesanan produk-produknya.

Rasakan dulu #ShakleeEffect anda dan barulah anda boleh rasa nak cari income dengannya jugak ke tak nak ?

Shye,
Shaklee Business Mentor
Founder of YST

7 thoughts on “Bagaimana Saya Bermula Dalam Bisnes Shaklee

    1. syahida Post author

      Insya Allah… Sama macam orang yang dah berjaya. Passionate tu tinggi.

      Reply
    1. syahida Post author

      Insya ALlah terima kasih Uncle Zuan 😉

      Reply
    1. syahida Post author

      Haha. Kerja yang fleksibel dan mobile lah kira 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge