Ayam Masak Cincalok Tuanku Permaisuri Agong

By | 12/04/2020

Hai Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share resepi Ayam Masak Cincalok. Lama saya dah tak menulis di blog ni kan. Apa khabar uolls? Semenjak PKP akibat virus COVID-19 ni, lagilah lemau rasanya nak buka laptop kerana lebih banyak masa digunakan untuk memantau pelajaran anak-anak, memasak dan menguruskan rumahtangga. Walaupun terasa sibuk, Alhamdulillah diri saya dan ahli keluarga masih kekal sihat dan terlindung daripada COVID-19. Semoga anda semua juga sihat hendaknya.

Bila PKP, semua orang wajib stay at home. Saya pasti, kaum ibu mesti ada banyak masa nak cuba resepi-resepi baru kan? Saya pun nak juga try. Sebab saja suka-suka. Saya bukannya suka memasak pun. Dan tak pandai pun memasak. Tapi kalau ada yang menarik untuk dicuba, saya cuba. Contohnya macam Ayam Masak Cincalok ni, sebenarnya keinginan untuk mencuba ni datang selepas saya melihat video masakan DYMM Tuanku Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah kita memasaknya. Tuanku lah yang memasak masakan ni dengan disaksikan oleh petugas-petugas istana. Alhamdulillah, ada yang sudi share video tu sampai viral di FB, maka saya pun dapat lah rezeki menontonnya.

Saya tertarik sebab Tuanku menggunakan cincalok. Saya tak pernah rasa makan cincalok apatah lagi memasak masakan menggunakan cincalok. Jadi, saya minat nak cuba. Terus saya order sebotol cincalok daripada kawan saya, maka sampailah sebotol cincalok Melaka. Time PKP ni ada postage wooo dari Tanjung Dawai. Orang nak berniaga kan. Sambil tu kita support la peniaga tempatan. Kesian time PKP ni, jualan mereka kurang. So kita beli lah produk mereka kasi laku.

Ok sebelum melengahkan masa lagi, saya kongsikan resepinya di sini. Berani share di dalam blog pun hanya selepas saya sendiri dah cuba memasaknya dan merasakan sendiri resepi ini. Alhamdulillah ia menyelerakan. Boleh lah uolls cuba pula okay!

Resepi Ayam Masak Cincalok Tuanku Permaisuri Agong

Bahan-bahan

  • Ayam yang dah dipotong
  • Cincalok
  • Serai (diketuk)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Cili padi
  • Sos kicap manis
  • Daun sup
  • Tomato cherry
  • Garam
  • Minyak zaitun masakan

Cara-cara Memasak Ayam Masak Cincalok

Mula-mula, ayam tu diperap dengan cincalok. Saya perap dalam 4 jam iaitu selepas makan tengah hari. Kiranya nak prepare untuk masak masakan malam kan. So lepas dah makan tengah hari, dah kemas-kemas meja, basuh pinggan segala, boleh la terus sediakan ayam dan perapkan.

ayam masak cincalok
Perapkan ayam dengan cencalok.

Kemudian letak dalam bekas tertutup dan simpan je dalam peti ais di bahagian bawah atau chiller. Nanti petang boleh terus masak.

Kemudian, siapkan bahan-bahan dia seperti ini.

Ayam masak cincalok
Siapkan bahan-bahan untuk memasak

Selepas ayam diperap, so mula-mula kita tumislah ayam tu. Tuanku Permaisuri tumis dengan menggunakan minyak zaitun. Saya ada minyak zaitun tapi saya tak ada minyak zaitun jenis masakan so saya tak berani lah nak guna minyak zaitun saya untuk menumis ni. Sebab, minyak zaitun tak sesuai dipanaskan pada suhu tinggi. Kalau nak masak guna minyak zaitun, ada jenis minyak zaitun yang sesuai untuk suhu tinggi. Kena cari.

So saya gunakan minyak masak biasa saya iaitu minyak sawit. Pilihan saya SAJI. Tumiskan ayam yang telah diperap dengan cencalok tadi dengan serai. Goreng ayam tu sambil kacau-kacau, sampailah dia dah keperangan dan agak masak.

Tumiskan ayam yang diperap tadi dengan serai

Masukkan hirisan halia, bawang merah dan bawang putih. Kacau dan masukkan pula cili padi, kicap manis, dan perasakan dengan garam.

Tuanku Permaisuri taburkan daun sup, tapi saya takde. So saya lebihkan cili merah dan cili hijau je. Saya juga tak ada tomato cherry seperti Tuanku. So apa yang ada je lah. Kalau u all ada bahan-bahan ni, boleh lah tambah ye.

Gaul-gaul sampai masak sepenuhnya dan bau pun menyelerakan. Siap untuk dihidang.

Cili padi tu nak letak banyak pun takpe. Lagi sedap. Tapi ikutlah citarasa memasing kan.

Ini kali pertama saya mencuba resepi ni dan Alhamdulillah, Encik Suami pun kata sedap. Hehe. Lepas ni boleh cuba lagi dan perbaiki rasanya. Alhamdulillah, menjadi juga masakan Ayam Masak Cincalok saya.

Ayam Masak Cincalok
Ayam Masak Cencalok yang simple

Menjunjung Kasih Tuanku Permaisuri Agong kita kerana berkongsi ilmu masakannya kepada rakyat jelata. Syukur Alhamdulillah.

Ok. Semoga bermanfaat. Dah cuba, share la sedap ke tak okay?

Bulan ni, April 2020 ada beberapa promosi Set Shaklee :

Banyak set yang memfokuskan kepada set tenaga sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan. Kalau anda mencari sesuatu untuk membantu u all rasa lebih cergas, lebih kuat dan lebih sihat pada musim berpuasa ni, boleh lah hubungi saya untuk saya bantu yang terbaik mengikut lifestyle anda okay!! Save number saya: 012-6753078 atau klik whatsapp.

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee (since 2014)

4 thoughts on “Ayam Masak Cincalok Tuanku Permaisuri Agong

    1. syahida Post author

      ehehe.. ya orang melaka mesti makan cencalok!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge