Apple Toy Learning Quran Machine

By | 03/01/2014
Bismillah.
Ketika anak anda masih bayi, apakah cara yang terbaik untuk anda menerapkan kebaikan Al-Quran kepadanya? Tentunya dengan memperdengarkannya dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Bukankah menjadi sunnah Baginda Rasulullah S.A.W. untuk mengazan dan mengiqamatkan bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia? Ini bermakna, telinga bayi telah dapat berfungsi dengan baiknya sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. Sebaliknya, deria matanya masih belum begitu jelas. Malah, ketika bayi masih merupakan janin di dalam kandungan ibunya, ia telah pun mampu mendengar bunyi-bunyian dan getaran di luar rahim ibunya. Ketika ini, ibu yang membaca Al-Quran, tentunya dapat didengari bayi di dalam kandungannya. Apatah lagi apabila si bayi telah lahir, tentulah segala apa bunyian di sekitarnya dapat didengarinya. 
Anda mungkin tertanya, bayi masih kecil dan ia masih belum mengerti apa-apa. Namun pernah tertanyakah anda atau pernah terfikirkah anda, bahawa getaran bunyi bacaan Al-Quran yang ikut sama menggetarkan gegendang telinga bayi itu akan seterusnya dibawa pula ke otak bayi. Bayangkan bacaan Al-Quran ini didengarkan secara berulang-ulang kepada bayi, alangkah baiknya. Bayi tidak mendengar perkara yang sia-sia, lagu-lagu atau iklan-iklan di TV yang tiada manfaatnya, tetapi bayi banyak mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sahaja. Sekiranya diperdengarkan berulang-kali, Masya Allah, pastinya lama kelamaan bayi itu akan terasa biasa apabila mendengarnya, dan mampu mengulang bacanya semula. 
Tak percaya? Cuba lah sendiri, perdengarkan secara istiqamah dan lihat akan hasilnya. Ketika anak anda menginjak usia hampir 3 tahun, ketika dia telah boleh mula petah berkata-kata walaupun dengan pelatnya, jangan terkejut seandainya tiba-tiba dia menyebut ayat-ayat Al-Quran atau zikir yang biasa diperdengarkan kepadanya semenjak usia bayinya. Perkara ini saya dapat lihat jelas pada anak saya, apabila tiba-tiba sahaja dia menyebut zikir yang biasa didodoikan ibu mertua saya setiap kali ingin menidurkan anak saya itu. Subhanallah. Otak bayi itu sememangnya ibarat span yang mampu menyerap dengan mudah. 
Jadikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai perkara yang biasa didengari bayi anda. Boleh juga perdengarkan zikir-zikir, doa-doa, perkataan yang baik-baik seperti bait-bait lagu nasyid dan ketuhanan, ataupun memadai dengan surah-surah pendek. 
Kami datangkan Educational Toy yang laris di pasaran : Apple Toy Holy Learning Al-Quran Machine yang mampu menjadi mp3 yang bergerak untuk anda dan bayi. Boleh juga dijadikan halwa telinga bayi anda tatkala ingin menidurkannya, asalkan diperdengarkan secara perlahan-lahan. Ia kecil dan ringan dan mudah dibawa ke mana-mana atau dimasukkan ke dalam beg. Juga disertakan tali bagi menggantung di buaian bayi, tepi katil, stroller dan sebagainya.

Apple Toy Holy Learning Al-Quran Machine
Terdapat lebih 50 Fungsi yang Pelbagai:

26 DOA HARIAN :
[♥]DOA SEBELUM TIDUR
[♥]DOA MASUK TANDAS
[♥]DOA KELUAR TANDAS
[♥]DOA SEBELUM WUDHU
[♥]DOA PAGI HARI
[♥]DOA SEBELUM MAKAN
[♥]DOA SOLAT JENAZAH
[♥]DOA MEMAKAI BAJU
[♥]DOA KELUAR RUMAH
[♥]DOA MASUK MASJID
[♥]DOA KELUAR MASJID
[♥]DOA NAIK KENDERAAN
[♥]DOA BERJUMPA SESAMA MUSLIM
[♥]DOA MENZIARAH ORG SAKIT
[♥]DOA KETIKA BERSIN
[♥]DOA KETIKA HUJAN
[♥]DOA MELIHAT CERMIN
[♥]DOA ZIARAH KUBUR
[♥]DOA BERBUAKA PUASA
[♥]DOA SEBELUM TIDUR
[♥]DOA PETANG HARI
[♥]DOA MASUK RUMAH
[♥]DOA KETIKA MENDAPAT MUSIBAH
[♥]DLL

16 SURAH PENDEK :

[♥]Al- Fatihah
[♥]Al-‘Adiyat
[♥]Al-Qori’ah
[♥]Al-Takathur
[♥]Al-‘asr
[♥]Al- Humazah
[♥]Al- Fill
[♥]Quraish
[♥]Al- Maun
[♥]Al – Kauthar
[♥]Al -Kafirun
[♥]An -Nasr
[♥]Al – Massad
[♥]Al- Ikhlas
[♥]Al- Falaq
[♥]An-Nas

DOA SOLAT:
[♥] Kalimat Tauhid [♥]Syahadat [♥]Adzan [♥]Doa Sholat [♥]Takbir awal sampai salam .

NASYID ANAK-ANAK:

[♥]Thanks The parents
[♥]Love Allah and Love messanger
[♥]Ramadhan Is Cominng
[♥]The Full Mon Rose
[♥]The Ceed of the oneness Allah
[♥]Alphabet A-Z

Ada button projektor lampu tidur bentuk bulan dan bintang
** Menggunakan Bateri AAA X 3
** Ada button On-Off

Harga : RM 40 termasuk kos pos laju ke Semenanjung Malaysia.
Untuk sebarang order dan maklumat penghantaran, boleh PM kami dahulu di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078 .

Like kami di Facebook Fanpage : Islamic Kids Shop untuk melihat lebih banyak lagi produk menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge