Apa Yang Tak Best Bila Badan Gemuk

By | 09/11/2019
Apa Yang Tak Best Bila Badan Gemuk?
Tak bestnya bila badan gemuk!

Tak bestnya bila badan gemuk. Pernah mengalami kegemukan tak? Orang-orang yang pernah menjadi gemuk tentu faham segala yang tak best bila badan ni gemuk. Saya takde masalah gemuk yang obes sebenarnya tapi bukanlah saya ni kurus sangat juga. Saya juga pernah ada fasa-fasa kegemukan saya.

Saya start menaik berat badan ni semenjak saya bersekolah di MRSM rasanya. Sebab sekolah MRSM ni makanan dia meriah. Makan 6 kali sehari tau. Haha. Breakfast pagi sebelum sekolah, lepas tu sarapan waktu rehat, makan tengah hari, makan petang, makan malam dan supper selepas prep malam. 6 kali la jumlah dia.

Kemudian sebelum tidur, ada jugak orang jual-jual nasi goreng. Kita pun bedal la kalau plan nak stay up. Maklumlah budak MRSM. Hobinya sentiasa study. Stay up sampai kul 3 pagi. Nak score punya pasal. Haha.

Lepas tu zaman belajar di Universiti. Pun makan banyak. Duduk kolej kan. Dah bayor semua yuran. Haruslah makan semua makanan yang disajikan. Lepas tu lama-lama perut makin buncit. Hihi.

Saya makin buncit dan buncit dah lepas tu. Saya makin tak minat sports bila saya semakin membesar. Sebab saya fokus study. Lagi suka study dan indoor. Tak suka berpanas dan berpeluh. Haha. Akibatnya saya memang kurus je tapi perut buncit. Tak best sebenarnya.

Apa Yang Tak Best Bila Badan Gemuk?

Susah Mencari Pakaian Sesuai

Yang paling tak best, bila badan gemuk ni tentulah seluar makin ketat dan banyak seluar dah makin tak muat. Lama-lama, terus dah tak boleh pakai. Kalau pakai juga, jadi sarung nangka nanti. Rugi dah baju-baju kita masa zaman kurus dulu. Kena beli baju besar. Haih. Habis duit je.

Kurang Berkeyakinan Untuk Bergambar

Bila badan gemuk, dah tak boleh nak selfie beriya lagi. Mungkin selalu tak berminat nak menangkap gambar. Kalau tangkap gambar pun, mesti kena cover cover perut atau cover badan. Yang dah berkahwin tu, biasa la kalau cover belakang suami. Siapa camni jugak? Sila mengaku. Hihi.

Susah Nak Membeli-Belah

Bila badan kita gemuk, nak shopping tak boleh nak membeli sesuka hati. Mesti kena tengok saiz. Mesti kena try test baju tengok boleh pakai ke tak. Pastu bila bergaya, senang nampak perut pulak. Terus rasa tak cantik baju tu. Padahal diri sendiri yang problem. Hahahaaaa. Tempoh shopping menjadi lebih susah dan lebih lama. Buang masa je. Hati pun tak syok je nak shopping kan? Cuba kalau kurus. Semua benda boleh rembat!!! Semua boleh pakai dan pakai pun cantik. Especially seluar lah.

Kena Selalu Beringat Bila Nak Menikmati Makanan

Kena beringat tiap kali nak makan bila badan gemuk. Ni tak best. Kita ni dah la suka makan. Sekali jumpa makanan sedap-sedap, kita tak boleh nak makan banyak sangat. Dan tak boleh makan sesuka hati pulak tu. Kalau tak, kita lagi teruk gemuknya bila makan sesuka hati. Cuba kalau kurus. Mesti tak risau nak makan banyak-banyak dah. Apatah lagi kalau organ detoks kita dah sihat. Mesti kita boleh bedal je. Sebab organ kita dah pandai nak mendetoks dengan efisyen walau apa pun kita makan. Tapi sebab kita ada badan yang gemuk, kita pun kena selalu berkira-kira apa yang boleh dan apa yang tak boleh makan.

Risiko Mendapat Penyakit

Orang yang obesiti adalah berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit. Statistik rakyat Malaysia berpenyakit diabetes, masalah jantung, darah tinggi, kolestrol tinggi, rosak buah pinggang dan lain-lain telah semakin meningkat disebabkan peningkatan orang yang obes. Baca juga : Malaysia Negara Paling Gemuk di Asia.

Susah Nak Duduk, Berjalan dan Bergerak

Bila badan gemuk ni, nak duduk terlalu lama atas lantai pun senang nak lenguh-lenguh badan dan kaki. Nak berdiri lama pun sakit kaki jugak sebab menanggung berat badan yang berat. Nak tunaikan solat, mesti tak selesa dengan badan yang besar. Kita solat kan ada banyak posisi. Nak berjalan tak boleh laju-laju. Kejap je akan semput. Kita akan alami banyak kesukaran sebab kita perlu bergerak dan berjalan untuk buat apa-apa.

Sangat tak best kan bila badan gemuk ni? Bukan saja ada banyak kesan buruk untuk kesihatan, tapi juga mempengaruhi penampilan, keyakinan diri dan kewangan kita juga.

Tindakan Yang Harus Dilakukan

Kepada mereka yang mengalami masalah gemuk dan obesiti, usahlah berasa berputus asa. Masih ada harapan untuk kembali sihat dan kurus. Asalkan diri sendiri ada keinginan untuk berusaha ke arahnya.

Kami tahu untuk mengubah sesuatu habit itu bukannya mudah. Nak menguruskan badan pun sememangnya mencabar. Tapi jadikan lah ia suatu challenge. Carilah seseorang untuk menjadi pembimbing anda. Tanpa pembimbing, kita susah nak konsisten, susah nak bertahan dan susah nak diingatkan apa nak buat.

Beritahu kepada pasangan, keluarga dan sahabat terdekat tentang usaha yang ingin dilakukan. Tapi carilah orang yang boleh kita percayai. Tanpa sokongan orang sekeliling, takut-takut usaha kita jadi hangat-hangat tahi ayam je sebab dibimbangi kita mudah untuk kembali ke habit lama.

Program Kurus Jom Detox Jutawan

Di dalam Program Kurus Jom Detox Jutawan, kami aktif menjalankan sebuah program online dan bimbingan pemakanan, bimbingan diet dan coaching untuk kurus dan sihat selama 15 hari.

Baca juga : Perbezaan Program Jom Detox Jutawan dengan Program Kurus Yang Lain

Program ini juga akan membimbing anda untuk mengubah habit lama yang tidak sihat, kepada habit baru yang sihat.

Baca juga : Gaya Hidup Sihat Dengan Jom Detox Jutawan

Di dalam program Jom Detox Jutawan, apa yang bakal anda perolehi?

1) Kami sediakan coaching 17 hari di group whatsapp merangkumi Predetox week, Detox Week dan Post Detox Week. Satu satunya Group yang ada Predetox & Post Detox Week.

2) Kami guide untuk detox dengan ilmu. Banyak ilmu yang sangat mahal yang kami kongsikan dalam Group ini yang tidak ada di luar sana.

3) Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan. Tambahan lagi suppliment yang kami gunakan adalah satu-satunya suppliment yang mempunyai Landmark study yang memang Selamat, Terbukti dan Berkesan.

4) Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelum ni)

5) Kini yang terbaru, kami ada ganjaran wang dikembalikan sekiranya sepanjang program ini tiada apa-apa perubahan kepada kesihatan atau berat anda. Dengan syarat segala arahan coach telah anda patuhi. *terms and condition apply.

Lihatlah kisah kejayaan orang lain yang dah pernah join Program kami ini. Program kami dah berjalan selama setahun lamanya dan dah beribu orang kami bantu.

Kisah-kisah Benar Para Peserta Program Jom Detox Jutawan

Terdapat banyak kisah yang pernah saya kongsikan. Anda boleh bacakan di sini:

  1. Success Story Program Kurus Jom Detox Jutawan
  2. Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus
  3. Detox Selesaikan Banyak Masalah Kesihatan

Berminat untuk sertai Progam Kurus Jom Detox Jutawan yang lain daripada yang lain ini?

Kenali Pakej Pilihan Detox di sini : Pakej Pilihan Program Detox Jutawan.

Hubungi saya sekarang di : 012-6753078.

Atau klik di sini : Bagaimana Nak Join Program Jom Detox Jutawan?

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
FB : Wan Syahida Kahar
IG : @shye_wsyahida

17 thoughts on “Apa Yang Tak Best Bila Badan Gemuk

    1. syahida Post author

      Ya yang penting kesihatan. Tak best la gemuk kan?

      Reply
  1. siiriin
    Twitter:

    Terima kasih atas perkongsian, obesiti antara reliti yg terpaksa kita hadapi sekarang kn? kadang-kadang2 kurus tapi tak sihat sbb tidak lakukan senaman dan makanan tidak terkawal. Perkongsian yang sangat baik.

    Reply
    1. syahida Post author

      Sama-sama.. Ramai juga orang kurus tapi sebenarnya bukanlah sihat.

      Reply
    1. syahida Post author

      Haha.. Terpaksa rasa pedas lah saper yang makan cili tu.. Hanya perkongsian demi kebaikan sebenarnya. Kita tak nak makin ramai orang dapat penyakit. Untuk kebaikan bersama 🙂

      Reply
  2. Lala Kerry

    I was gemuk juga last time. Selalu makan tak tentu. Almost every day drink caramel ice blend. Memang tak sihat kan. Tapi I really love caramel until one moment rasa berat badan meningkat mendadak. Akhirnya decide untuk kurus kan badan. Susah sangat nak jaga badan ni especially makanan skg ni bnyak sangat pilihan.

    Reply
    1. syahida Post author

      Tu la cabaran diri kita. Kalau nafsu makan tak jaga, habislah. Mindset kena jaga dulu..

      Reply
  3. Zharif Azis

    betul tu, selalu bila badan gemuk orang selalu fikir pasal kecantikan. gemuk means tak cantik. walhal bukan pasal kecantikkan semata, tapi lebih banyak daripada tu. mengenai fit tu yg setuju. bila gemuk, badan tak fit untuk melakukan aktiviti sukan dan outdoor
    Zharif Azis recently posted…Tony Roma’s Ribs Expert SeminarMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya bila badan gemuk, nak bersukan jadi malas, payah dan tak seronok sangat. Jadi sebelum bertambah gemuk, kena cepat2 exercise!!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge