Apa Yang Leaders Shaklee Dapat Dalam Leaders National Conference

By | 23/02/2017

Saya nak share sikit tentang hadiah-hadiah yang kami sebagai Leaders Shaklee dapat semasa National Conference di Sunway Convention Center hari Sabtu lepas.

Sebenarnya ada macam-macam sangat dan semuanya memang sangat-sangat best!

Sampai-sampai je lepas Registration, Shaklee berikan kami Breakfast yang sedap-sedap bersama coffee and tea. Masa selepas registration dan semasa breakfast tu kan, suasana meriahhh sangat tau. Sebab masa tu la kita dapat jumpa dengan kawan-kawan kita yang merangkap uplines, downlines, mentor dan even sidelines kita yang lain. Tu belum lagi cerita tentang Leaders Shaklee dan Masters yang hebat-hebat.

Auranya terlalu best sangat bila kita dapat bertentang mata dengan coach kita dan pemimpin-pemimpin hebat Shaklee. Kita dapat bersembang, bercerita, berpeluk bergambar dan bersuka ria lah senang citer. Memang best.

Dan semasa Conference berlangsung pula, banyakkk yang kami dapat, informasi terkini, perkembangan terkini, masa depan syarikat dan segala perancangan Shaklee yang akan datang. Semuanya disampaikan oleh orang-orang terpenting Shaklee termasuklah CEO Shaklee sendiri iaitu Roger Barnett, Presiden Shaklee Malaysia iaitu Helen Lam. Kemudian kita ada Ketua Saintis dari HQ iaitu Dr. Bruce Daggy dan juga Les Wong, salah seorang penulis kepada Landmark Study dan telah lama berkhidmat dengan Shaklee. Ada juga presentation daripada Marketing Department tentang Memberkit Shaklee dan Tools yang baru. Ada juga presentation daripada Sales Department yang menerangkan tentang apa yang Shaklee akan bimbing Leaders Shaklee secara berterusan.

Semuanya memang sangat mengujakan dan sangat menarik. Kami pulang dengan perasaan yang makin bersemangat untuk terus berkongsi mengenai Shaklee kepada orang ramai. Seriussss kami terasa sangat teruja untuk ambil segala kesempatan dan peluang yang diberikan ini. Ramai yang percaya dan yakin bahawa Shaklee sedang naik bermula 2017 ni dan tahun 2017 bakal menjadi suatu fenomena Shaklee di seluruh Malaysia. Jadi, rugi sangat kalau anda tak nak share tentang Shaklee dan tak nak ambil peluang berbisnes dengan bisnes Shaklee!

Oklah. Panjangnya intro! Sekarang saya nak share sedikit apa gifts yang kami dapat. Selain breakfast, lunch & tea break, kami dapat benda-benda ni laa ?

Segala benda yang kami dapat semasa conference dan dalam goodie bags.

Tu diaaaa banyaknya kan. Disebabkan saya attend dengan suami, maka banyak la yang dapat double.

Oh ye cakap pasal suami, Shaklee memang sangat menggalakkan tau spouses kita turut sama hadir ke conference ni. Biarpun bisnes Shaklee ni hanya kita yang duk beria-ia buat. Tujuan Shaklee emphasize untuk bawa pasangan hidup adalah supaya pasangan kita turut memahami perjuangan isteri mereka yang nakkk sangat buat bisnes Shaklee ni betul-betul. Dan supaya suami kita juga turut terus support apa yang isterinya lakukan. Masa conference juga Shaklee khabarkan segala rewards yang menarik seperti percutian dan penghargaan. Jadi boleh laa menjentik minat suami kita sekali hehe.

Pill box keychain!

Kami dapat ni tau. Kecik comel je. Kedap udara dan boleh simpan apa-apa supplements kat dalam. Dalam bentuk keychain okay. Ekslusif sangat.

Pendrive Shaklee !

Pendrive ni bukan sebarangan pendrive dan bukannya kosong tau. Ada isi! (Ada data). Nanti saya akan bukak tengok apa benda la kat dalamnya.

Mug istimewa Shaklee

Mug ni special sebab ia tahan panas lebih lama daripada cawan kaca biasa, warnanya pun permanent dan ia microwave safe. Warnanya pun cantik.

Buku Planner Shaklee

Ini memang bestt sebab bukunya kecil dan amat convenient especially untuk kami yang sangat sibuk dengan bisnes dan keluarga!

Ni belum cerita bab makanan dan layanan yang baik kami dapat. Kami juga dapat FREE Staterkit yang bakal dikeluarkan Shaklee tau. Belum rasmi lagi untuk sesiapa yang baru daftar tapi kami dah siap dapat sorang satuuuu FREE pulak tu.

Alhamdulillah pengalaman menghadiri Leaders National Conference Shaklee ni memang sangat-sangat mengujakan.

So for those yang mengintai-intai peluang berbisnes Shaklee ni, ini la di antara keistimewaan yang bakal anda dapat. Jadi, jangan la pikir lama-lama. Jom sertai kami dalam bisnes Shaklee!

You’ll love it!

Salam sayang,

Wan Syahida

Founder of Young Successful Team

Shaklee Business Leader