Apa Yang Best Join Team Jutawan?

By | 20/09/2019

Hai Assalamualaikum. Hari ni saya nak share tentang Team Jutawan, team yang saya berada di dalam bisnes Shaklee. Di dalam mana-mana bisnes yang kita join, penting untuk kita berada dalam sebuah support group. Sebab selalu terjadi bila kita memula join, kita tak berapa reti nak buat apa dan tak tahu nak mula camne. Especially kalau kita ni baru nak berjinak-jinak start bisnes part-time ni.

Bisnes Shaklee adalah berkonsepkan semangat bantu-membantu di antara ahli yang berdaftar dengan orang yang mengsponsor dia menjadi ahli itu. Setiap ahli yang berdaftar sebagai ahli Shaklee, pastinya berdaftar di bawah seseorang yang lain dan berada di bawah naungan group besar tertentu.

Apa Itu Team Jutawan Ini?

Di dalam keluarga besar Shaklee, terdapat beratus-ratus ribu pengedar dan ada banyak bilangan group. Team Jutawan ini merupakan salah satu group yang terbesar di Malaysia dan merupakan di antara group yang memiliki Masters yang paling ramai, yang paling lama berkecimpung dalam bisnes Shaklee, paling lama bertahan dalam bisnes Shaklee ini dan juga yang paling berjaya di dalam bisnes Shaklee. Hebat bukan?

Sejarah Team Jutawan dalam Shaklee

Bertitik tolak daripada percutian International Incentive Trip yang Shaklee sponsor ke Las Vegas, San Francisco dan Los Angeles pada tahun ini, para Master Coordinators yang berada di bawah susur galur Master Laila dan yang telah menyertai Trip itu telah sama-sama bersepakat untuk menggabungkan kesemua Masters di bawah Master Laila ni dan menubuhkan sebuah group yang gah bernama Jutawan seperti suatu masa dahulu.

Mungkin ada yang tertanya, apa tu Master Coordinator? Ia adalah pangkat tertinggi yang ada di dalam bisnes Shaklee. Distributor yang telah mencapai pangkat Master Coordinator adalah bermaksud mereka yang telah berjaya membantu sekurang-kurangnya 13 orang lain untuk memperoleh pendapatan 4 angka dengan menaiki pangkat pertama dalam Shaklee iaitu Supervisor dan tetap efektif dengan pangkat itu.

Siapa sangka, percutian trip Shaklee tu telah memberi peluang kepada para Masters ini untuk bermesyuarat dan mencari strategi untuk membantu seluruh ahli Shaklee di bawah group Team Jutawan. Hasil daripada meeting tu, Masters Team Jutawan telah bersepakat untuk berganding bahu memberikan coaching dan bimbingan bisnes secara bersama-sama kepada seluruh ahli Shaklee yang bernaung di bawah TeamJutawan ini.

Apa Yang Bestnya Join Team Jutawan Ini?

1) Mempunyai 10 Orang Master Coordinators

Barisan Master Coordinators dalam Team Jutawan Shaklee
Barisan Master Coordinators dalam Team Jutawan Shaklee

Bayangkan, seramai 10 orang Masters dengan pelbagai kepakaran, kehebatan dan pengalaman masing-masing akan menggabungkan buah fikiran dan tenaga memasing untuk memberikan bimbingan bisnes kepada seluruh ahli TeamJutawan yang berpuluh-puluh ribu ahlinya.

Untuk kita mengecapi seperti mana orang yang berjaya telah kecapi, dah tentu kita mesti “meniru” apa yang orang berjaya itu telah lakukan. Betul? Jadi di dalam Team Jutawan, terdapat seramai 10 orang Masters yang akan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka agar kita turut sama berjaya seperti mereka.

Mereka takkan lokek apa-apa ilmu bisnes. Mereka sudi share segala tips dan rahsia kejayaan mereka. Kalau boleh, mereka juga turut mahukan semua ahli yang berdaftar di dalam group ini turut sama mencapai pangkat seperti mereka. Dan sebab itu, mereka sanggup meluangkan masa menyampaikan ilmu yang mereka ada kepada kita. Syaratnya adalah kita pun kena berdaftar di bawah group Team Jutawan ni la :-).

2) Kelas Bimbingan Online dan Offline

Zaman now orang dah makin senang nak jalankan coaching. Kalau tak boleh offline (berjumpa depan-depan dalam seminar bisnes), kita boleh je buat online. Maklumlah kita semua ada tugasan dan kekangan memasing. Kalau semua nak turun KL serentak untuk coaching, payahlah kan. So, Team Jutawan ada group bisnes yang khas untuk fokus coaching bisnes saja.

Di dalam group yang khusus inilah, para Masters akan menyampaikan ilmu dan tips bisnes mereka kepada seluruh ahli-ahli yang bernaung di bawah Team Jutawan. Setiap minggu, ada topik pilihan yang akan mereka sampaikan. Baik mengenai topik bisnes, topik strategi, topik nutrisi dan produk mahupun tips-tips kehidupan untuk berjaya.

Apa yang penting, setiap ahli yang join dan berminat untuk melakukan bisnes Shaklee, akan mendapat ilmu untuk menjalankan bisnes ni dengan cara yang betul. Masters dah pernah berjaya, jadi mereka akan berikan jalannya. Tak ada perkara yang kita lakukan yang kita boleh lakukan tanpa ilmu. Sebab itulah, Masters akan sampaikan ILMU-ILMU PENTING untuk berjaya dan ianya hanya eksklusif kepada ahli Team Jutawan.

Di antara sharing online yang pernah dijalankan, semuanya best-best!! Tengok la posters ni semua:

Selain online, ada juga coaching offline:

Coaching offline oleh Team Jutawan.

3) Ada Kelas Nutrisi Online

Tak kira sama ada seseorang ahli itu menjadi ahli Shaklee kerana mahu berbisnes ataupun hanya nak makan saja, mereka boleh menimba ilmu dalam kelas-kelas nutrisi online yang Masters jalankan. Apa yang penting, mereka memahami segala tujuan kenapa mereka perlu consume makanan tambahan dan apa kebaikan setiap produk itu yang boleh mereka perolehi.

Kelas-kelas nutrisi secara online ini disampaikan oleh Nutritionist Shaklee sendiri. Selain daripada ilmu nutrisi dan info produk, setiap ahli juga akan diberikan panduan mengenai cara pemakanan setiap produk Shaklee, set apa yang sesuai atau tidak sesuai untuk mana-mana masalah kesihatan mereka, dan juga tips tips kesihatan yang sebenar.

Apa yang menarik, setiap ilmu yang disampaikan mempunyai penjelasan fakta yang sangat jelas, sangat berguna, sangat bertepatan seperti yang diajar pakar pemakanan serta saintis di sebalik produk-produk Shaklee dan sangat-sangat best untuk kita pelajari. Once anda dah join kelas-kelas nutrisi ini, percayalah, anda akan rasa lebih appreciate dengan kesihatan anda dan anda akan rasa lagi best untuk jaga kesihatan anda dengan nutrisi.

After all, kita semua nak menjauhi penyakit. Betul tak? Caranya dah tentulah dengan cara menjaga kesihatan. Dan bagaimana untuk menjaganya? Salah satunya adalah melalui nutrisi yang betul dan mencukupi. Di dalam Shaklee, anda akan mengamalkan setiap satu produk dengan kefahaman dan keyakinan. Takde lah anda consume dengan semberono je.

4) Ada Jutawan Golden Lounge

Group hasil inisiatif Team Jutawan
Group hasil inisiatif Team Jutawan

Kami mempunyai group khas di Facebook yang menjadi tempat untuk setiap members berkongsi pengalaman mereka mencuba produk-produk Shaklee. Ini semua adalah pengalaman dan kisah sebenar dan tidak direka-reka. Bukannya overclaim, bukannya tipu tipu, dan bukan juga untuk meraih populariti. Tapi ia semata-mata untuk berkongsi apa yang baik yang pernah mereka lalui agar mungkin dapat turut membantu orang lain yang pernah mempunyai masalah yang sama.

Setiap orang ada kisah hitam dan masalah mereka masing-masing ketika sebelum menjumpai Shaklee. Namun setelah mereka berjodoh dengan Shaklee, mereka berjaya mendapat perubahan positif ke atas kesihatan mereka. Nak tahu apa? Boleh lah join! Sesiapa yang belum berdaftar sebagai ahli Shaklee, boleh join dan membacanya bersama. Kalau berminat nak join Jutawan Golden Lounge, boleh lah terus hubungi saya ok!! 012-6753078.

5) Ada Masters Checklist harian yang menjadi rutin wajib setiap ahli Shaklee yang nak berjaya

Setiap ahli Shaklee yang berminat nak menjalankan bisnes Shaklee dengan serious, akan diajar tentang Masters Checklist yang wajib dibuat setiap hari untuk berjaya di dalam bisnes ini.

Apa yang menarik, Masters Checklist ni bukan saja ada strategi marketing setiap hari, tapi turut ada senarai amalan rohani yang perlu dilakukan sebagai rutin ibadah harian. Bukan sebab nak berjaya dalam bisnes sahaja tau, tapi memang kita sebagai seorang Muslim, mesti meningkatkan amalan ibadah kita agar menjadi hamba Allah yang diredhai. Bila hubungan kita dengan Allah menjadi baik dan rapat, dah tentu segala urusan harian kita juga turut menjadi baik dengan izinNya.

Di dalam bisnes Shaklee, segala perkara adalah amat dititikberatkan. Kita tidak hanya fokus kepada marketing dengan manusia, tapi kita turut fokus kepada marketing strategy dengan Allah. Itulah yang paling istimewa bila berada di dalam Team Jutawan ini. Para Masters sendiri dah lalui pelbagai pengalaman kejayaan bila mengamalkan rutin amalan rohani yang diajarkan ini.

6) Matlamat: Menjadi Jutawan di Dunia dan Akhirat

Fuh. Penat dah bahu dan tangan saya menaip ni. Ni lah sedikit sebanyak keistimewaan dan kelebihan yang ada jika anda berdaftar sebagai ahli Shaklee di bawah group kami iaitu Team Jutawan. Banyakkkk sangat kelebihan dan ilmu yang bakal anda dapat. Baik ilmu untuk berjaya di dunia, mahupun ilmu untuk berjaya di akhirat.

Bagi Team Jutawan, matlamat kami bukanlah untuk menjadi Jutawan di dunia je semata-mata. Tapi matlamat kami adalah untuk menjadi Jutawan di akhirat yang paling utamanya. Jom!! Berada di dalam group kami agar anda boleh terbimbing dan turut sama berjaya.

Penutup

Sebelum kita berpisah, jemput baca Kisah Kejayaan Saya Di Dalam Shaklee. Segala kejayaan saya sedikit sebanyak adalah hasil selepas saya mendapat bimbingan dan coaching daripada para Masters di dalam group Jutawan ini.

Berminat untuk menyertai group besar Team Jutawan kami? Jom! Anda amat dialu-alukan untuk menyertai kami. Saya akan bantu segala proses anda untuk mendaftar. InsyaAllah, anda sukakan ilmu dan mahu mengubah hidup ke arah positif, join group kami. Anda pasti akan turut mendapat energi-energi positif dan semangat yang kuat untuk berjaya :-). Hubungi saya di 012-6753078.

Facebook : Wan Syahida Kahar
Instagram : @shye_wsyahida

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee semenjak 2014
Trainer Mobile Spa The Walking Beauty

39 thoughts on “Apa Yang Best Join Team Jutawan?

  1. Adlina
    Twitter:

    Senang eh sekarang dah mula online offline coaching. Nak berniaga pun makin senang nak capai 4 angka yang dikatakan tu. Patut ramai aunty2 saya join shaklee

    Reply
    1. syahida Post author

      Heheh. Sebab senang tu la ramai yang join. Business support sangat tip top. Tapi pastikan join group yang tepat!

      Reply
  2. Red Linda
    Twitter:

    wah..makin senang nak menuntut ilmu berniaga. kalau x, terumbang ambing la sebab x tahu nak cari sumber ilmu.

    Btw, memang berniaga ada 9/10 dari cabang rezeki. memang baguslah dapat team members yang support each other. berjaya pun sama-sama.

    Reply
    1. syahida Post author

      Betul… Kita kalau boleh nakkan panduan. Especially bila yg join ramai yang newbies dan yang nak ubah kehidupan. So group begini akan sangat membantu, InsyaAllah.

      Reply
    2. syahida Post author

      Betul tu. Belajar sama-sama, berjaya pun sama-sama. Barulah lebih bermakna.

      Reply
    1. syahida Post author

      InsyaALlah… Niat nak bantu lebih ramai orang untuk turut sama berjaya dan hebat..

      Reply
    1. syahida Post author

      Itu yang terbaik. Ada short-cut untuk berjaya. Barulah tak terkapai-kapai kan…

      Reply
    2. syahida Post author

      Oo. iya ke.. itu yang sepatutnya.. untuk membantu para ahli yang baru nak berjinak 🙂

      Reply
  3. farhanajafri

    tak sangka team shaklee sehebat ni, selalu nampak blogger irine nadia share produk je. Tak pernah tahu pula ada guide dan coaching dari master bagus. All the best to the team!

    Reply
    1. syahida Post author

      Haha. Tu la nak kena expose dalam entry blog camni. Shaklee business sebenarnya turut dikenali sebagai Akademi Bisnes sebab support group dia sangat tip top. Baik daripada leaders (masters) mahupun syarikat sendiri… Tak rugi join, sebab ilmu bisnes dikongsi dengan seikhlas hati.

      Reply
    1. syahida Post author

      Yes! Anyone will feel attracted to join. Hehehe!

      Reply
  4. TENGKUBUTANG
    Twitter:

    wah.. siap ada team offline coaching gitu.. senangnya sekarang kalau nak join team shaklee kan.. tapi dalam setiap bisnes , kena tetap berusaha untuk capai target .. good luck ..

    Reply
    1. syahida Post author

      Yes of course.. mana ada bisnes goyang kaki kan? Kita kan nak cari rezeki halal.. So mesti kena ada usaha 🙂 Group akan berikan sepenuh guidance.

      Reply
  5. Dilah

    Nak berjaya mesti ada guru dan bergaul dengan orang-orang yang positif.. baru la semangat membara-bara kan sis.. ada bimbingan dari leader yang terbaik..

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul tu. Wajib surround diri dengan orang-orang yang positif. Tu la step pertama nak berjaya dalam apa jua 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      InsyaALlah moga terus istiqamah… Hehehe.. Amiin.

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya.. Nak berjaya kena duduk dalam circle yang nak berjaya juga.. Amiin, thank u…

      Reply
    1. syahida Post author

      Kriteria pemilihan syarikat wajib tengok ketahanan dia dalam pasaran ni kan. Dan lebih baik jika produknya tetap relevan tak kira usia, tak kira zaman ataupun tak kira keadaan..

      Reply
  6. Haida

    Ramai kawan yang join. Tak sangka skrg dah ada online coaching. Semuany dihujung jari sekarng kan.semoga terus sukses ye

    Reply
    1. syahida Post author

      Zaman sekarang banyak benda dah simplified. Supaya memudahkan para ibu yang nak berniaga dari rumah. So coaching online la pilihan yang ada 🙂

      Reply
  7. mekyunie

    best juga ada dalam group mereka ni sebab akan naikkan semangat untuk kita lebih berusaha. mek sendiri tak ada masa nak berniaga actually.

    Reply
    1. syahida Post author

      Apa apa pun mesti duduk dalam group. Susah nak berjaya kalau sorang sorang, kan. Macam blogwalking ni jugak la. Heheheeh.. Haruslah dalam group. Tak gittew?

      Reply
  8. AYU RAFIKAH
    Twitter:

    menarik ni…sebab bila kita dalam group yang memang punyai misi dan cita2 yang sama…teringinnak berniaga tapi x mampu dna tak pandai lagi…tapi bia tgk group ras abersemangat pulak nak join hahaha

    Reply
    1. syahida Post author

      Group penting untuk kita mendapat bimbingan dan panduan. Kalau tak, kita memang tak tahu nak start dan tak tahu nak buat apa. Sebab tu kena masuk group macam ni :). Semua orang pun boleh asalkan dia mahu 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Betul3x. Matlamat kita dua-dua biar seiring. Dunia pun dapat, akhirat pun dapat juga. Barulah bermanfaat..

      Reply
  9. Mimie
    Twitter:

    Bila join team yang dikelilingi orang yang positif dan hebat hebat automatiknya kuta pun ada rasa dan aura yang sama. Semoga terus sukses dalam budang diceburi ya. Seronok tengok

    Reply
    1. syahida Post author

      Thank u Mimie, semoga mendapat inspirasi 🙂

      Reply
  10. Lia Hasty

    Wah macam tertarik pulak nak join team jutawan ni. Bila baca tips ni rasa berkobar-kobar pulak. Bila lah dapat join kan.

    Reply
    1. syahida Post author

      Jom join dengan saya.. Hehehhe.. Pasti banyak kelebihannya :). Hubungi saya di 012-6753078.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.