Anda Menggemari Makanan Segera dan Makanan Terproses?

By | 02/10/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Anda suka bawa anak-anak pergi makan di restoran ‘fast food’? Tak pun, pergi ke ‘drive-thru’ dan beli ‘fast food’ atau makanan segera. Kalau tak anak-anak, mungkin anda sendiri? Mungkin anda suka ‘order through phone’ untuk penghantaran ke rumah? Kita sanggup berbelanja untuk makanan segera siap berbelanja untuk seisi keluarga. Tak kisah lah untuk apa-apa parti keraian harijadi, cuti-cuti hujung minggu, meraikan sebarang kejayaan atau sebagainya. Terutamanya ibu bapa. Asal masuk gaji, berbelanja makanan segera untuk keluarga dan anak-anak. Ramai orang yang boleh mengeluarkan belanja untuk makanan segera. Tapi, tak ramai yang ingin berbelanja untuk makanan berkhasiat apatah lagi supplemen kesihatan. Sedangkan makanan segera itu lebih banyak memudaratkan daripada memberi khasiat makanan.
Makanan segera atau makanan proses sekiranya diambil terlalu kerap, ia boleh memberikan kesan buruk dari segi pemakanan selain menyebabkan pengaliran duit anda menjadi semakin laju. Tanpa anda sedari, makanan segera akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit seperti kerosakan gigi, sembelit, obesiti, tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung dan kanser usus besar.

Apakah dia makanan proses atau makanan segera ini? Ia adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. Ia mungkin makanan di dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya. Begitu juga dengan makanan yang digemari kanak-kanak seperti gula-gula, keropok dan pelbagai jenis kerepek. Semua makanan jenis ini amat mudah didapati di sekolah mahupun di rumah. Semuanya boleh mendatangkan kesan dalam jangka masa yang pendek mahupun panjang sekiranya diambil secara berterusan.

Kesan Jangka Pendek

1. Gemuk atau obesiti
Kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan akan bertambah ramai terutamanya mereka yang kurang mengamalkan makanan seimbang dan menggemari gaya pemakanan yang berbentuk segera. Dalam masa 10 tahun lagi, satu daripada sepuluh orang kanak-kanak boleh menjadi gemuk.

2. Mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal
Pengambilan banyak kuantiti gula di dalam manisan, coklat dan makanan ringan boleh menyebabkan kesan terhadap mental dan fizikal. Otak dan organ-organ di dalam tubuh badan tidak akan memperoleh nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan secara mencukupi menyebabkan perkembangannya terjejas dan tidak berada pada tahap yang optimum. Kekurangan khasiat makanan daripada makanan seimbang akan menyebabkan tumbesaran badan yang tidak normal dan tidak sihat. Sedangkan, pada usia kanak-kanaklah amat penting supaya mereka memperoleh khasiat nutrien dalam pemakanan dengan secukupnya untuk membantu tumbesaran fizikal dan mental.

Kesan Jangka Panjang

1. Kanak-kanak juga mempunyai risiko tahap kolestrol yang tinggi dan berlebihan walaupun ia mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal. Namun anak tersebut berisiko mendapat penyakit jantung apabila menjangkau usia 40-an. Pada hari ini, penyakit jantung sudah tidak lagi berlaku di kalangan orang-orang tua sahaja tetapi ia sudah makin banyak berlaku di kalangan orang muda iaitu semuda 25 tahun. Mengapa? Tentunya disebabkan gaya pemakanan atau gaya hidup dan tidak mengambil berat tentang pemakanan seimbang yang berkhasiat.
2. Diet yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, rendah kuantiti buah-buahan serta sayur-sayuran boleh menyebabkan kesan barah di dalam tubuh badan. Seseorang itu juga boleh jatuh sakit dengan mudahnya kerana kekurangan vitamin dan mineral yang menyebabkan antibodi badannya lemah untuk menentang penyakit.

Jadi bagaimana? Sudahkah kita menjadi ibu bapa yang prihatin dengan menjaga pemakanan kita dan anak-anak? Pada zaman kini sememangnya amat sukar untuk mengelak 100% pengambilan makanan segera atau makanan terproses. Tapi kita masih boleh melakukan langkah-langkah pencegahan awal dengan menjaga tabiat pemakanan dan yang paling penting, memakan makanan seimbang dalam keadaannya yang paling semulajadi terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan itu pula sebaiknya disediakan atau dimasak dengan cara yang paling baik tanpa menghilangkan vitamin-vitamin dan mineral-mineral semulajadinya dengan memasak secara stim atau kukus sekiranya ia perlu dimasak. Untuk memakannya secara mentah adalah tidak berapa digalakkan kerana bakteria yang mungkin ada padanya. Jadi anda perlu memasak atau stim sayur-sayuran supaya ia selamat dimakan. Sebelum memasaknya pula, pastikan anda rendamkannya di dalam air untuk beberapa ketika untuk menghilangkan bahan-bahan kimia seperti pestisid yang mungkin ada padanya.

Namun, walau bagaimana berusaha anda sekalipun, sememangnya pada zaman moden ini amat sukar untuk kita elakkan  bahan-bahan kimia di dalam makanan seperti sayuran, buah-buahan, makanan mentah seperti daging lembu, daging ayam dan telur. Semuanya mengalami pembesaran secara pantas kerana disuntik untuk mempercepatkan tumbesaran dan mencantikkan. Bayangkan seekor ayam yang sepatutnya membesar selama 68 hari, kini semua ayam ‘bandar’ yang kita makan boleh mencapai usia dewasanya selama 47 hari sahaja kerana telah disuntik dengan suntikan hormon untuk mempercepatkan tumbesarannya.

Nak tak nak kita perlu mengambil langkah pencegahan dengan memperbanyakkan makanan berkhasiat agar dapat meningkatkan antibodi badan kita melawan sebarang penyakit atau sel-sel yang tidak sihat di dalam badan kita. Amalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan optimumkan pengambilan nutrien-nutrien tambahan seperti vitamin dan mineral yang badan anda perlukan. Takkan mungkin kita mampu mengamalkannya dengan sempurna setiap hari. Sebab itulah perlunya supplemen kesihatan berbentuk tablet seperti Multi-vitamin, B Complex, Vitamin C, Calcium, Vitamin D dan lain-lain.

Kesedaran awal amat perlu untuk kita cegah daripada penyakit-penyakit kanser, penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis pada masa tua nanti. Amalkannya setiap hari untuk mencukupkan nutrisi vitamin dan mineral di dalam tubuh badan dan meningkatkan antibodi. Biasanya kita takkan perasan tujuan kita memakannya sekarang, tapi kita akan berterima kasih kepada diri kita sendiri pada masa tua nanti apabila kita rajin menjaga pemakanan dan memakan supplemen kesihatan sejak dari awal.

Dapatkan set rangkaian kesihatan optimum keluaran Shaklee :
– Vita-Lea (Multivitamin dan Multimineral)
– B Complex (untuk mengurangkan keletihan)
– Vitamin C (untuk melawan penyakit dan memulihkan)

Untuk kesihatan anak-anak:
– Meal Shakes (serbuk multivitamin yang senang dibancuh ke dalam susu)

Kenapa Shaklee?

Shaklee Sentiasa Selamat
– Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan ia berkesan dan tulen.
– Tiada paraben, bisfenol A, peluntur, perisa tiruan, lemak trans dan bahan-bahan larangan lain.

Shaklee Sentiasa Berkesan

– Lebih US$300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.
– Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.

Shaklee Sentiasa Mesra Alam
– Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, keluarga, rumah dan juga bumi kita.
– Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam.

Dan yang pastinya, produk-produk Shaklee mempunyai sijil halal yang diperakui Jakim.

Hubungi saya untuk sebarang cadangan atau konsultasi supplemen kesihatan.

Shye
-Shaklee.Independent.Distributor-
012-6753078

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge