Amalan Sedekah Para Surirumah Walaupun Tak Berduit

By | 01/12/2016

 


Rasulullah s.a.w berpesan kepada kaum wanita, bersedekahlah & perbanyakkanlah istighfar kerana baginda melihat penghuni neraka adalah kebanyakannya wanita…

Seorang surirumah atau isteri mungkin runsing sebab pendapatannya tak seberapa. Jadi macamana nak bersedekah?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan itu adalah sedekah. 

Sedekah itu beraneka ragam. Berikut contoh-contohnya:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma’ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah WA, Telegram, FB, Twitter, Insta, blog anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha juga disamakan dengan sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang di jalanan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan kepda kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

 

12. Muliakanlah tetamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada orang Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapa pun…

One thought on “Amalan Sedekah Para Surirumah Walaupun Tak Berduit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge