Alam Ria Pasti dan Sambutan Hari Lahir

By | 23/07/2017

Assalamualaikum semua pembaca saya yang budiman. Terima kasih sebab mengambil sedikit masa mengklik dan menziarah blog saya ni ye. Salam perkenalan daripada saya kepada semua :-). Hari ni saya tak ada artikel berat-berat nak share. Hanya nak ceritakan sedikit bingkisan pengalaman dan mencoret kenangan mengenai Hari Lahir saya hari ni dan Pertandingan Alam Ria Pasti sekolah anak saya.

Hadiah hari lahir Ummi kata kawan-kawan saya :-)

Hadiah hari lahir Ummi kata kawan-kawan saya 🙂

Hari Alam Ria Pasti dan Hari Lahir

Alhamdulillah hari ni saya menyambut hari lahir saya yang ke-33. Saya sebenarnya tak berapa fokus langsung sebab sibuk dengan urusan keluarga dan upacara pertandingan Alam Ria Pasti yang anak saya sertai. Selama beberapa minggu anak saya telah berlatih untuk Pertandingan Pidato. Alhamdulillah hari ni beliau telah bertanding dengan jayanya dan mendapat Naib Johan dengan markah 98/100.

Sambil tu terharu sangat dengan segala ucapan Birthday yang saya terima melalui Facebook dan Whatsapp. Dari keluarga, rakan-rakan lama, baru malah dari yang belum berapa kenal. Syukran semua atas ingatan dan kasih sayang yang diberikan :-). Sedikit sebanyak menceriakan hari saya.

Dalam acara Alam Ria Pasti yang dianjurkan PASTI peringkat daerah Lembah Pantai ni, banyak acara yang dipertandingkan, iaitu :

  • Azan
  • Khutbah
  • Hafazan Lelaki dan Perempuan
  • Nasyid dan Kalam Jama’ie
  • Pidato
  • Sajak
  • Bercerita

Alhamdulillah untuk sekolah anak saya, sekolahnya memenangi Johan untuk Hafazan Lelaki, Nasyid dan Sajak. Kemudian Naib Johan untuk Azan dan Pidato. InsyaAllah mereka semua akan terus mewakili Lembah Pantai untuk bertanding di peringkat Negeri.

Alam Ria Pasti. Anak saya memenangi Naib Johan Pidato.

Alam Ria Pasti. Anak saya memenangi Naib Johan Pidato.

Kalau ada yang masih blur, sekolah PASTI selalu menganjurkan Alam Ria Pasti ini setiap tahun dengan mempertandingkan acara-acara di atas ni. Mula-mula buat pertandingan di peringkat daerah, kemudian ke peringkat negeri, dan pemenang di peringkat negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pula.

Begitulah mantopnya sisem pendidikan sekolah PASTI ni. Bagi saya dan suami, selama 3 tahun pengalaman kami menghantar anak pertama kami ke situ, memang kami puji sangat sistem pendidikannya. Penekanan ajaran agama yang bagus, silibus pendidikan yang terbaik, persekitaran yang baik, guru-guru yang sangat berpengalaman dan berdedikasi (mungkin bergantung kepada kawasan) dan yuran yang sangat-sangat murah.

Pencarian Money Changer

Hari ni selepas program Pasti tu, saya dengan suami pergi ke Mid Valley untuk cari Money Changer. Kami decide untuk pergi ke Mid Valley. Sambil-sambil tu pergi la makan tengah hari sempena birthday saya la konon. Lepas lunch, pergi solat dan kemudian cari money changer. Tapi kecewa plak kami bila tengok currency rate negara yang kami nak pergi tu tinggi pulak hari ni. Mungkin sebab hujung minggu. So kami buat keputusan untuk bertangguh terlebih dahulu. Sebab kami nak tukar banyak. Kalau rate tinggi, rugi la kami. Huhu

Rehat di Rumah

Petangnya berehat di rumah sampai la selepas Asar. Kemudian selepas Maghrib keluar pula untuk makan malam. Hehehe. Memandangkan hari ni hari lahir saya kan. So suami bagi saya cuti daripada memasak. Semua makan luar aje hari ni. Kami makan di Restoran Ali Cafe yang terletak bersebelahan dengan Bomba di Bangsar. Biasa dah makan kat situ sebenarnya sebab kami ni tak berapa kenal restoran-restoran melayu yang menarik kat kawasan Petaling Jaya ni.

Asalnya kami nak makan di Restoran Khadijah (penyanyi Khaty Ibrahim) tapi tutup la pulak hari Ahad. So itu la terpaksa melencong ke tempat lain.

Mengemas Homestay

Malamnya selepas dinner, kami bergegas pula ke Homestay milik suami saya di Segambut. Sebab ada penyewa yang baru check-out tengah hari tadi. Biasanya ini lah rutin kami kalau hujung minggu. Penyewa check-in hari Khamis atau Jumaat, kemudian check-out hari Ahad. Dan Ahad la hari yang kami akan pergi mengemas rumah.

Selepas sembahyang Isyak, baru kami mula mengemas. Masa tu dah pukul 10.30pm. Kemas-kemas sampai la pukul 11.45pm lamanya. Penyewa yang kami dapat ni duduk beramai-ramai dan mereka memasak pula. Tu yang rumah agak kotor. Lepas tukar dan salin segala cadar di setiap bilik, kami menyapu, mengemop lantai, kemas semua pinggan mangkuk, lap meja makan, lap segala habuk-habuk di ruang TV, bersihkan dapur, basuh tandas dan buang segala sampah.

Ini la kerja pemilik Homestay kalau anda nak tahu. Kemas segalanya. Untung kalau dapat penyewa yang pembersih dan sangat prihatin. Kemas siap-siap rumah dan tak tinggalkan kotoran kepada Tuan Rumah. Tapi kalau dapat yang jenis tak pembersih tu, haih nasib badan la. Hehehe. Kami dah rasa macam-macam pengalaman. Maklumlah dah 4 tahun jugak la mengusahakan homestay ni.

Rizqi Homestay di Segambut, KL

Rizqi Homestay di Segambut, KL

Rizqi Homestay di Segambut, KL

Rizqi Homestay di Segambut, KL

Disebabkan saya memahami perasaan pengemas homestay, jadi setiap kali bila saya menyewa homestay orang, saya cuba pastikan rumah kemas dan bersih sebagaimana kami mula-mula masuk. Terutamanya kalau rumah tu sewakan dengan harga yang murah.

Penutup

Alhamdulillah syukur akan hari yang produktif. Anak-anak terus tidur sejak dalam kereta lagi. Semua kepenatan. Syukur jugak sekolah anak saya cuti peristiwa esok (Isnin). Jadi boleh la berehat aje di rumah.

Saya tak sempat lagi reply segala message ucapan hari lahir di Facebook. InsyaAllah esok hehe. Umur yang bertambah ini bukanlah suatu yang menggembirakan sepatutnya. Kita perlu bersyukur, itu dah pasti. Tapi dalam masa yang sama, kita jugak perlu sedar semakin bertambah umur tu sepatutnya kita semakin refleksi diri kita sama ada kita bertambah iman atau tidak, makin maju atau tidak di dalam hidup dan sejauh mana lagi kita nak capai segala impian kita dalam hidup?

Satu lagi perkara, umur yang bertambah itu juga bermaksud kubur kita juga dah semakin dekat. Hari demi hari usia kita makin dekat dengan tarikh ajal kita. Setiap daripada kita pasti akan mati. Hanya tarikhnya sahaja yang berbeza.

Untuk diri saya, saya berharap Allah memberkati umur saya dan membimbing saya ke arah yang diredhaiNya. Semoga hari-hari yang mendatang menjadi hari yang membahagiakan buat saya di samping suami, anak-anak serta keluarga.

Terima kasih semua yang menyampaikan ucapan dan doa. Saya doakan perkara yang sama buat anda. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. InsyaAllah.

Salam sayang dan mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia

SID 1143254

 

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

8 thoughts on “Alam Ria Pasti dan Sambutan Hari Lahir

    1. syahida Post author

      Hehehe.. Muka budak la katakan.. Orang selalu sangka adik :).
      Amin mudah-mudahan.. 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih. Alhamdulillah. Cikgu-cikgu dia yang banyak mengajar sebenarnya.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge