5 Kisah Wanita Peroleh Pendapatan 4-5 Angka Dengan Mobile Spa

By | 23/03/2019

Hi Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsikan kisah 5 orang wanita yang berjaya memperoleh pendapatan sebanyak 4-5 angka dengan servis Mobile Spa. Mereka pun pada mulanya bermula dengan zero. Tapi mereka bermula dengan azam yang kuat untuk mengubah kewangan mereka dan masa depan mereka. Nak tahu kisah mereka? Jommm bacakan.

1. Kisah Wanita : Faridah Daik – Berjaya Mendapat Balik Modal RM1,999 Dalam 45 Hari

Puan Faridah merupakan seorang student yang sedang sambung belajar di OUM dan mengikuti semester terakhir. Dia sambung belajar dengan duit sendiri, dan ketika semester akhirnya beliau juga dah takde duit. Semua duit dah habis.

Alhamdulillah, Puan Faridah berjaya mendapat balik modal RM1,999 yang beliau laburkan untuk Kursus Spa TWB dalam masa 45 hari sahaja. Kemudian, beliau bayar balik duit yang dipinjam daripada suaminya. Selepas dah pulang modal, sekarang income Puan Faridah mencecah 4 angka sebulan. Hanya dengan buat part-time spa saja.

2. Kisah Wanita: Azura Yusop – Berjaya Belanja 2 Tiket Umrah Kepada Mak Ayah Dengan Pakej Premium

Puan Azura Yusop merupakan seorang guru sekolah di Pekan, Pahang. Disebabkan masalah kewangan dan perlukan wang yang lebih, beliau tekad untuk menyertai Kursus Spa TWB ni. Hasil daripada kegigihan beliau, beliau berjaya mengumpul wang yang mencukupi untuk membayar lumpsum duit hutang PTPTN beliau sebanyak RM11k.

Kemudian, lebih buat kami terharu, beliau dapat menjana pendapatan sehingga dapat membelanja kedua ibu bapanya menunaikan Umrah dengan Pakej Premium Emrazz Umrah & Travel pada 6 hingga 18 Disember 2018 yang lepas. Pakej Premium ni berharga RM15k. Dia sengaja cari yang premium sebab tak nak ibu bapanya berjalan jauh ke Masjid. Masha Allah, hebat sangat kan??

Puan Azura banyak menyimpan duit hasil pendapatan spa beliau di dalam tabung dan kurang membelanjakannya. Best kan? Jomm saya kongsikan tulisannya di dalam screenshot di bawah.

Puan Azura turut kongsikan gambar-gambar ibu bapanya menunaikan Umrah. Impian mereka menjadi kenyataan, asbab anaknya berusaha gigih menambah pendapatan melalui Bisnes Mobile Spa. Siapa sangka, seorang guru yang tak cukup nak hidup dengan gaji makan gaji, mampu menabung duit dengan banyak sekali sehingga mampu membayar hutang PTPTN secara lumpsum dan juga membelanjakan tiket Umrah kepada ibu dan ayah. MashaAllah hebat sangat…

3. Izaty Rosli – Bekas Akauntan, Berjaya Mendapat Income 4 Angka Melalui Mobile Spa Walaupun Bergelar Surirumah

Puan Izaty Rosli dahulunya merupakan seorang Akauntan. Namun beliau terpaksa berhenti kerja selepas mendapat anak pertama kerana anaknya memerlukan penjagaan rapi akibat eczema. Setelah anaknya makin pulih, beliau tercari-cari pekerjaan yang fleksibel untuk beliau jalani. Akhirnya menemui Mobile Spa TWB.

Dengan kegigihan beliau menjalankan Mobile Spa, beliau berjaya memperoleh pendapatan yang lumayan bagi seorang surirumah. Jommm kita layankan kisah beliau.

Amazing, kan? Surirumah saja, buat Mobile Spa, income RM4000. Duit tak turun dari langit, tapi semuanya daripada usaha dan peluang penjuru income yang ada dalam Mobile Spa TWB.

Kisah Wanita yang mendapat income 4 angka : Puan Izaty, pertama dari kiri.
Di antara kisah wanita yang berjaya memperoleh 4 angka melalui bisnes Spa TWB

4. Jannah – Bekas Kaunselor, Kini Full Time Membuat Home & Mobile Spa dengan Income 4 Angka

Nama beliau adalah Nurul Jannah Abdul Razak, berumur 30 tahun. Dahulunya merupakan seorang kaunselor dan pensyarah sejak 2014 dan baru saja resign pada tahun 2018 kerana mahu fokus dengan bisnes Mobile Spa sepenuh masa.

Graduate daripada Sarjana Muda Kaunseling di UM
Kisah Wanita

Kini, income sekarang melebihi gaji dulu. Dan beliau pernah capai lebih daripada RM4k sebulan dengan hanya fokus kepada 4 penjuru dalam income Mobile Spa TWB.

Apa perasaannya kini? Sudah tentu terlalu bersyukur. Sebab telah banyak impiannya yang berjaya terlaksana . Terutama untuk family tersayang. Now, berusaha untuk capai income lebih besar dan miliki rumah sendiri pula, Insya Allah.

Mak ayahnya memang support. Sejak Jannah memulakan bisnes ni semasa kerja lagi mereka memberikan sokongan. Alhamdulillah, sehingga sekarang memang sentiasa mohon restu mereka untuk perjalanan bisnes. Katanya, “Mak tahu segala impian saya dan kenapa saya resign . Dia juga sentiasa bagitahu dia yakin rezeki saya dalam Shaklee”.

Nasihat Jannah, Jom mulakan langkah pertama! Jannah amat faham kebimbangan pelaburan wang dalam bisnes. Tapi percayalah, bisnes TWB adalah bisnes paling mudah jana income. Dan boleh bantu jana income sehingga penuhi impian di masa depan.

5. Kisah Wanita: Mira Sofea – Membantu Menjana Pendapatan Pada Saat Suaminya Berhenti Kerja. TWB Benar-benar Penyelamat Kewangan Keluarga.

Puan Shamira Binti Mohammad Nasir atau Puan Mira berusia 25 tahun, berasal dari Kedah. Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Kemudian decide untuk menyertai Kursus Spa TWB namun beliau kekurangan modal waktu tu. Tapi, mungkin kerana beliau betul-betul berserah dan bergantung sepenuhnya kepada Allah dan yakin Allah akan bantu, akhirnya beliau mendapat pertolongan bila ada seseorang sudi membantunya.

Suatu hari, suaminya berhenti kerja secara tetiba kerana tidak tahan dengan kerja itu. Sedangkan pada waktu tu adalah pada bulan puasa. Dengan nak sambut Hari Raya lagi. Dah tentulah perlu menggunakan banyak wang. Namun, dengan izinNya, Puan Mira berjaya membuktikan bahawa ilmu Mobile Spa TWB telah dapat membantu mereka mengharungi dugaan dan mengukuhkan ekonomi keluarga pada waktu sukar mereka. Jom kita bacakan kisah Puan Mira ini..

Saya kongsikan sedikit gambar Puan Mira. Bersyukur sangat rasanya kan bila wanita dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran seperti Mobile Spa ni? Boleh digunakan pada saat-saat emergency macam ni.

Penutup

Jadi selesailah kisah wanita yang berjaya memperoleh pendapatan sehingga 4-5 angka, dengan menyertai dan menjalankan Bisnes Mobile Spa bersama TWB. Amazing sangat-sangat. Kisah-kisah wanita ini bukannya setakat ini. Ada ramai lagi kisah yang menarik. Cuma saya tak mampu nak kongsikan banyak-banyak.

Semoga semua kisah wanita yang berjaya ini dapat memberikan inspirasi dan semangat bagi kaum wanita di luar sana sehingga mampu mengubah hidup dan mengubah masa depan nasib diri dan keluarga. Percayalah bahawa Allah sedang mengabulkan doa-doa anda ketika anda telah menemui peluang menyertai Kursus Spa bersama TWB ini.

Jom sertai kami, perlengkapkan diri dengan ilmu kemahiran untuk menjana wang dan jadikan tahun ini, tahun yang berbeza daripada dahulu.

Berminat untuk sertai Kursus Mobile Spa TWB? Hubungi saya , Shye di 012-6753078.

Boleh juga bacakan di : Cara-cara Untuk Menyertai Kursus Mobile Spa TWB

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

Ahli Shaklee dan Member TWB

2 thoughts on “5 Kisah Wanita Peroleh Pendapatan 4-5 Angka Dengan Mobile Spa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.