Sifat Orang Yang Berjaya, Suka Merebut Peluang

By | 01/03/2018
Sifat orang yang berjaya, dia melihat peluang

Sifat orang yang berjaya, dia melihat peluang dan merebutnya.

Kat sekeliling kita ada ramai orang yang berjaya.. yang asalnya bermula ngan takde apa-apa.

But they end up BIG & SUCCESSFUL.

Ada 1 sifat yang common antara mereka semua yang saya perasan. Mereka suka merebut peluang dalam kehidupan. Dan sekiranya mereka tiada peluang, mereka akan mencipta peluang.

Orang yang berjaya 1: JK Rowling

JK Rowling, I’ve read the whole Harry Potter series. Dia ambil peluang menulis dengan bakat yang dia ada & keep trying submitting her story kat publishers. Not easy sebab ramai publisher reject. Ye lah cerita pelik kot? But one publisher accepted and the book became the number 1 legendary best-seller in the whole world. Asalnya tidak ada peluang pun, tapi dia tak putus asa. Ada peluangnya di tempat lain.

Orang yang berjaya 2: Warren Buffet

Warren Buffet, saya start tengok dia ni siapa sejak saya belajar tentang pelaburan saham. Bijaknya dia dalam pelaburan. Dia pelabur terkaya di US. Tau tak, dia start melabur pada usia 11 tahun? Dia nampak peluang tu seawal tu. Dia sangat encourage anak-anak muda sekarang start melabur! Hari ni, dia pelabur jutawan, sukakan charity, & suka hidup sederhana. Adakah dia menunggu saja peluang datang? Dia sendiri mencari peluang dan merebutnya.

Orang yang berjaya 3: Jackie Chan

Jackie Chan, sejak kecik dia kerap dibuli. Dan dia start to defend bila dia nampak kanak2 lain dibuli. Dia membesar, belajar martial arts, & cuba berlakon macam Bruce Lee tapi tak menjadi. Dia usaha lagi, cari peluang dengan tukarkan ke gaya lakonan slapstick comedy & baru mendapat sambutan. He soon became the highest paid actor in Hong Kong & of course one of the most high paid actor in Hollywood. Pada tahun 2016, dia adalah pelakon kedua termahal di dunia.

Orang yang berjaya 4: Tan Sri Al-Bukhary Mokhtar

Tan Sri Al-Bukhary Mokthar, siapa tak kenal kan? Dia start berniaga sejak kecik, bila dia berkebun, tolong mak nya jual nasik lemak, jual daging, start dengan bisnes pengangkutan, dan seterusnya ke perniagaan beras, gula dan banyak sangat lagi jenis perniagaan dari produk makanan, susu, pakaian, kasut, dan banyakkkkk lagi sampai eksport ke luar negara. Tak hairan la dia menjadi orang Melayu paling kaya di Malaysia. Dia sangat humble dan berahsia. Kaya tapi sangat pemurah.

Orang yang berjaya 5: Tony Fernandes

Tony Fernandes, seorang usahawan yang berjaya sediakan pengangkutan udara tambang murah. Dia pulihkan AirAsia masa tu yang banyak berhutang. Dalam setahun je, dia berjaya clearkan semua hutang syarikat tu. Kebanyakan passengers Air Asia adalah yang first time rasa naik flight. Berjaya mendapat anugerah-anugerah pengusaha terbaik syarikat oleh Business Times, Forbes, World Branding Awards etc.

Banyak sangat lagi sebenarnya contoh orang orang yang berjaya ni.. Hanya kita yang kena rajin-rajin cari dan baca biografi diorang.

Nampak tak satu sikap yang common antara mereka semua orang yang berjaya ni?

Bukan saja mereka, malah setiap orang yang berjaya dalam bidang diorang dalam dunia ni.

Itu lah sifat MEREBUT PELUANG. Bila takde peluang, mereka akan MENCIPTA PELUANG.

Bezanya dengan orang yang hanya nampak peluang tapi dibiarkan begitu saja.. tak kira la dalam bidang apa pun.

Yang merasakan dia tak perlu rebut, tak layak nak dapat, tak perlu memberanikan diri malah tak perlu cuba pun untuk mengubah hidup dia.

Dan yang akan sertakan terlalu banyak alasan untuk melepaskannya.

Itu saja yang membezakannya.

Sedangkan di sekeliling kita ni, ada banyak peluang yang tersedia.

“Nothing is worse than missing an opportunity that could have changed your life”

Which one is us?

Ramai orang suka hidup biasa-biasa.. Tapi hanya segelintir orang yang nak hidup luar biasa.

Kita pun boleh jadi orang yang berjaya tu. Asalkan kita rajin mengambil peluang. Walaupun pada awalnya kita belum tahu pun apa yang akan jadi. Kan? Yang penting sekali, asalkan kita nampak ada peluang keemasan lalu di depan mata, kita yang kena berani bertindak. Tanpa langkah awal yang yakin dan berani, kita takkan berganjak ke mana-mana.

Sebab itulah, kalau betul kita nak ubah hidup dan ubah masa depan kita, kita sendirilah yang kena ambil peluang tu dan manfaatkannya.

InsyaAllah.. Boleh! Jadilah orang yang merebut peluang. Anda akan memiliki sifat seperti orang yang berjaya.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Leader for “Young Successful Team” YST Shaklee

4 thoughts on “Sifat Orang Yang Berjaya, Suka Merebut Peluang

  1. Naziman Azlye
    Twitter:

    Terima kasih berkongsi.

    Untuk merebut dan mencipta peluang tersebut, yang saya perasan ada dua masa berbeza. Mereka bermula dengan merebut peluang dan kemudiannya mencipta peluang. Bila semua peluang sudah habis, disitulah peranan mencipta peluang datang. Merebut peluang untuk membina ilmu dan pengalaman, untuk berjaya pula daripada orang lain, mereka mencipta peluang.
    Naziman Azlye recently posted…6 Tempat Percutian Menarik di BangkokMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Betul tu. Bila satu pintu tertutup, carilah pintu lain. Pasti ada cara.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge