15 Jenis Makanan Sihat Untuk Kesihatan Jantung

By | 20/11/2017
15 Makanan Sihat Untuk Kesihatan Jantung

15 Makanan Sihat Untuk Kesihatan Jantung

Hai Assalamualaikum! Hari ni saya akan kongsikan tentang 15 makanan sihat untuk kesihatan jantung ok! Memandangkan penyakit jantung merupakan penyumbang utama kematian di Malaysia, saya rasa terpanggil untuk mendalami isu ni. Bukan saja untuk orang lain yang mungkin perlu mengetahuinya, tapi untuk saya jugak. Jantung kan merupakan organ kita yang PALING PENTING? Bayangkan jantung kita berdegup sejak kita berada dalam kandungan ibu kita lagi. Dan ia la yang paling kuat bekerja sampai la saat kita mati nanti. Jantung berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan kita. Jadi apa kata kita cuba kenali apakah dia Makanan Sihat Untuk Kesihatan Jantung. Pengetahuan dan amalan pemakanan yang kita mulakan hari ni mungkin boleh menjadi asbab kepada semakin tahan lamanya jantung kita, InsyaAllah.

Diet pemakanan yang sihat boleh menjadi sangat berguna dan sangat baik untuk kesihatan jantung dan buah pinggang anda.

“Anda pasti dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan makan makanan tertentu setiap hari,” kata Julie Zumpano, seorang pakar dietetik dalam Program Kardiologi dan Pemakanan Pencegahan di Klinik Cleveland.

Tambah beliau lagi, “Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang baik untuk hati anda.”

“Cuba makan makanan yang ada dalam bentuk semulajadi mereka, kerana mereka datang daripada tanah,” Kata Cik Zumpano, mengesyorkan apa yang dia panggil “diet makanan keseluruhan atau whole-food diet.”

Makanan yang dimaksudkan ni termasuklah makanan sihat untuk kesihatan jantung seperti ikan, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi jangan takut kalau anda nak belanja diri anda sesekali dengan sekeping dark-chocolate, kata Cik Zumpano ni.

Biasalah kita pun nak juga merasa makanan sedap ikut tekak kan!

Beliau mencadangkan supaya menggunakan senarai ini sebagai panduan untuk menyediakan makanan berat dan makanan ringan dengan memfokuskan kepada kesihatan. Hanya beberapa perubahan mudah ini bakal memberikan perbezaan yang besar kepada kesihatan kardiovaskular anda.

15 Makanan Sihat Untuk Kesihatan Jantung

  1. Makanlah ikan yang tinggi dalam Omega-3, seperti ikan salmon, tuna, makarel, herring dan trout. Mengambil ikan salmon sebanyak 2 keping dalam seminggu boleh mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.
  2. Sejumlah kacang yang sihat seperti badam atau walnut akan mengatasi kelaparan anda dan membantu jantung anda.
  3. Berry yang penuh dengan fitonutrien yang sihat dan serat boleh larut. Cubalah blueberry, strawberi, cranberry atau raspberi dalam bijirin ataupun yogurt.
  4. Flaxseeds mengandungi Asid Lemak Omega-3, serat dan phytoestrogen untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ambil ia dalam bentuk kacang atau gilingan untuk mendapatkan faedah terbesar.
  5. Oatmeal : Makanan oat sesuai dijadikan sebagai sarapan. Oat kaya dengan asid lemak Omega-3, folat dan kalium. Ia juga kaya dengan serat yang membantu menurunkan kadar kolestrol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
  6. Kacang yang gelap seperti kacang hitam. Ia tinggi dengan serat, Vitamin B, mineral dan lain-lain nutrien yang sangat baik.
  7. Bagi orang bukan Islam, satu gelas wain merah sebanyak 4 auns (2 gelas 4 auns untuk lelaki dan satu gelas untuk wanita dalam satu hari) boleh membantu memperbaiki tahap kolestrol yang baik (HDL).
  8. Cubalah tauhu yang diperap dan ditumis bersama sayur-sayuran segar untuk makan tengah hari atau makan malam yang sihat.
  9. Sayuran merah, kuning dan oren seperti lobak merah, ubi keledek, lada benggala, dan labu memiliki banyak karotenoid, serat dan vitamin untuk membantu jantung anda.
  10. Popeye memang betul! Sayur bayam memang bagus. Gunakannya dalam sandwich dan salad. Ia amat kaya dengan mineral magnesium.
  11. Buah-buahan seperti oren, tembikai susu dan betik kaya dengan beta-karoten, kalium, magnesium dan serat.
  12. Sayur asparagus yang manis dipenuhi dengan nutrisi yang sangat baik seperti beta-karoten, folat dan serat, dan hanya menyediakan 25 kalori untuk setiap cawan, atau 5 kalori untuk setiap asparagus besar.
  13. Tomato. Ia menyediakan lycopene, Vitamin C dan alpha- serta beta-carotene.
  14. Coklat gelap atau dark chocolate adalah sangat baik untuk kesihatan jantung anda. Tetapi pastikan sekurang-kurangnya 70% koko.
  15. Sayur brokoli yang segar adalah sejenis makanan yang sihat untuk jantung kerana memiliki nutrien yang hebat. Termasuklah Vitamin C dan E, kalium, folat, kalsium dan serat.

Sumber : 15 Heart-Healthy Foods To Work Into Your Diet

Haa jadi boleh lah kita mula pilih makanan sihat untuk kesihatan jantung ni tiap kali pergi shopping atau ke pasar ok!

Contohnya sayur, banyakkan pilih sayur seperti bayam, brokoli, lada benggala, tomato dan asparagus.

Tapi kalau ikan, mesti jarang kan kita nak beli ikan salmon, ikan tuna dan ikan laut dalam la bagai. Mahal tu satu hal, satu lagi masalah adalah logam berat yang sangat berbahaya dalam ikan laut dalam ni macam merkuri. Logam berat ni bahaya dia tahap boleh mengancam nyawa kita tau, terutamanya ibu-ibu yang hamil. Wajib la mengelakkannya. Nanti tak pasal-pasal berikan bahaya kepada bayi dalam kandungan pula.

Kekacang macam badam dan walnut pun bagus. Tapi kena rajin la makan. Hehehe. Kalau saya, tak rajin la nak kunyah badam. Nak buat almond milk pun alamak, tak rajin. Tapi ada kan yang dijual dalam kotak susu. Yang tu ok!

Buah-buahan beri pulak, bukan common kat Malaysia ni. Strawberi pun jarang makan, apatah lagi la cranberry la blueberry la. Haha. Paling biasa pun anggur la kot, kan?

Kalau kita boleh kerap dapatkan makanan ni, memang bagus.

Tapi adakalanya kita susah nak dapatkannya dan kurang makan. Kita beli pun sekali sekala je. Makan pun tak banyak mana betul tak?

Jadi sebab itu lah, kita perlukan makanan tambahan untuk mencukupkan keperluan kita seperti Omega-3, phytonutrien, folate, kalium, serat, Vitamin B, karotenoid, beta-carotene (vitamin A), magnesium, Vitamin C, Vitamin E dan kalsium.

Makanan sihat untuk kesihatan jantung : Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Kesihatan Jantung?

1. Makanan sihat untuk kesihatan jantung : Vivix

Vivix mengandungi fitonutrien dan Resveratrol seperti yang terdapat dalam anggur Muscadine untuk membuat wine merah. Resveratrol membantu untuk mengurangkan keradangan, mencegah oksidasi daripada LDL atau kolestrol jahat, mengelakkan platlet darah melekat dan mengelakkan gumpalan atau darah beku yang menyebabkan serangan jantung.

Bab mencegah oksidasi ni, Vivix memang sangat kuat bertindak sebagai anti-oksidan kerana kandungan Resveratrolnya 10 kali ganda lebih kuat daripada Resveratrol sahaja. Ini sebab gabungannya bersama fitonutrien penting yang membuatkannya lebih berkesan, lebih kuat dan berkualiti premium.

2. Makanan sihat untuk kesihatan jantung : Omega Guard

Omega Guard daripada Shaklee mengandungi Omega-3 yang tulen dan tinggi. Sangat selamat daripada sebarang bahan logam berbahaya seperti yang berisiko besar terdapat dalam ikan laut dalam.

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak Omega-3 yang baik untuk mencegah penyakit saluran darah dan strok. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, melancarkan pengaliran darah dan membantu mengekalkan tekanan darah normal.

Terdapat banyak penyelidikan yang menyokong fakta tetapi bukan muktamad bahawa Omega-3 membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat membantu memperbaiki kesihatan kardiovaskular. Juga membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.

Kalau nak tahu, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting untuk perkembangan dan fungsi otak.

3. Makanan sihat untuk kesihatan jantung : B-Complex

B-Complex Shaklee mengandungi rangkaian Vitamin B yang sangat lengkap, termasuklah mempunyai kuasa penyerapan yang tinggi.

B-Complex Shaklee mengandungi semua lapan Vitamin B yang terdiri daripada: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (pantothenic acid), B6, B7 (biotin), B9 (folat), B12. B-Complex membantu badan menghasilkan tenaga dan membentuk sel-sel darah merah.

Manakala Vitamin B6 boleh melindungi terhadap penyakit jantung. Vitamin B12 pula boleh mengurangkan paras homocysteine (dianggap menyumbang kepada penyakit jantung apabila ia berada pada paras yang tinggi.

Selain itu, B-Complex juga bermanfaat untuk merelakskan saraf serta menstabilkan hormon. Maka ia membantu meredakan perasaan resah gelisah serta stress. Ia juga baik untuk mengelak keletihan melampau.

4. Makanan sihat untuk kesihatan jantung : Vitamin E

Vitamin E adalah sejenis anti-oksidan yang menjaga kolestrol jahat daripada teroksida. Kolestrol jahat (LDL) yang teroksida akan menyebabkan dinding arteri tersumbat. Seterusnya boleh mengakibatkan serangan sakit jantung.

Cadangan pengambilan Vitamin E adalah sebanyak 800 IU sehari untuk kesihatan jantung yang optimum. Ia melindungi sel darah merah daripada pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol baik HDL, mengurangkan tekanan darah dan menghalang platlet darah dari melekat ke dinding arteri.

5. Makanan sihat untuk kesihatan jantung : Vitalea

Vitalea adalah multivitamin dan multimineral. Kaya dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Ia membantu mencukupkan keperluan nutrisi kita yang sepatutnya kita dapat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi kita tak mampu cukupkan dek kerana pencemaran persekitaran, penggunaan baja, penyimpanan dalam peti ais dalam sesuatu tempoh, tidak segar, melalui proses masakan dengan suhu agak tinggi sehingga menyebabkan kehilangan nutrien dan kerana masalah kita tak cukup makan sayur dan buah macam dalam senarai kat atas tu.

Jadi bagi memelihara jantung dan mencukupkan segala keperluan vitamin dan mineralnya, amat mudah untuk kita amalkan rutin mengambil makanan tambahan Vitalea daripada Shaklee ini.

Walaupun ia bukannya dalam bentuk mentahnya (sayur dan buah), tetapi ia adalah satu-satunya supplemen semulajadi yang dihasilkan dan merupakan yang pertama seumpamanya di dunia. Telah pun dicipta oleh Dr. Forrest Shaklee semenjak 100 tahun dahulu dan merupakan Multivitamin pertama di dunia. Juga sumbernya daripada bahan semulajadi jika dibandingkan dengan supplemen kebanyakan di farmasi yang sintetik.

Boleh juga lihat senarai vitamin dan mineral yang terdapat di dalam Vitalea di SINI : Vitalea melengkapkan nutrisi harian.

6. Makanan sihat untuk kesihatan jantung : Carotomax

Carotomax adalah supplemen anti-oksida yang mengandungi Beta-Carotene Vitamin A. Disebabkan ia sejenis anti-oksidan, ia membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan ancaman radikal bebas.

Keistimewaan Carotomax Shaklee adalah ia merangkumi produk karotenoid yang paling lengkap yang ada di pasaran. Yang lebih menariknya, formula Carotomax ini ditambah astaxanthin untuk menjadikannya produk multi-karotenoid paling lengkap yang ada di pasaran.

Karotenoid utama yang terdapat di dalam Carotomax adalah :

  • Beta Carotene menyamai hidangan 102 biji pisang. Alfa Carotene menyamai hidangan 89 biji buah raspberry. Alfa dan Beta Carotene biasanya terdapat di dalam sayur brokoli.
  • Astaxanthin menyamai hidangan 1 potong ikan salmon. Ia mempunuai daya mengesan radikal bebas yang tinggi dan dapat membantu mengekalkan tahap kolestrol yang baik untuk kesihatan jantung.
  • Lycopene menyamai hidangan 714 biji aprikot – merupakan pigmen merah yang terdapat di dalam tomato, strawberi dan tembikai. So kalau tak cukup ambil tomato, sesuai la ambil ni.
  • Lutein dan Zeaxanthin menyamai hidangan 285 biji buah limau gedang yang banyak terdapat dalam sayuran berdaun hijau.

Carotomax ini sangat sesuai jika diambil bersama Vitamin C dan Vitamin E. Carotomax akan mudah diserap dengan kehadiran Vitamin E. Vitamin C pula akan membantu melindungi dan meningkatkan lagi kesan anti-oksida yang lain seperti Vitamin A dan Vitamin E.

Penutup

Untuk kesihatan jantung yang berpanjangan, kita kena lah bekalkan ia dengan nutrien-nutrien penting yang ia perlukan. Seboleh-bolehnya kita nak dapatkan semua nutrien ni daripada makanan seperti dalam senarai 15 makanan sihat untuk kesihatan jantung.

Tapi sebab ada banyak masalah yang menyebabkan kita susah nak cukupkan, maka kita boleh mengambil supplemen semulajadi seperti keluaran Shaklee yang bagus untuk menampung segala kekurangan nutrien kita daripada diet harian.

Kenapa Shaklee? Sebab Shaklee merupakan syarikat pengeluar supplemen yang berasaskan bahan-bahan semulajadi sahaja dengan kualiti produknya yang sangat tinggi dan tiptop. Ia langsung tak sama dengan vitamin sintetik yang banyak terdapat di farmasi.

Sintetik ni biasalah, kalau dependent kat dia, dibimbangi ia akan memberikan kesan sampingan pada suatu tempoh penggunaan yang lama.

Produk Shaklee telah terbukti 100% semulajadi dan dijamin selamat kerana dah pun ada kajian terhadap pengguna-penggunanya yang mengamalkan pelbagai produk Shaklee selama lebih 20 tahun lamanya. Mereka ternyata memiliki tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang langsung tak amalkan apa-apa dan mereka yang mengamalkan supplemen jenama lain.

Boleh baca lebih lanjut tentang Falsafah Produk Shaklee di SINI.

Semoga anda telah mendapat banyak manfaat daripada artikel 15 makanan sihat untuk kesihatan jantung ini. 😉

Berminat untuk dapatkan produk-produk Shaklee untuk kesihatan diri atau keluarga? Saya sudi membantu berikan konsultasi yang terbaik buat anda 🙂

Boleh hubungi saya dan terus daftar sebagai ahli Shaklee untuk menikmati harga ahli yang jauh lebih murah sehingga 20%.

Salam sayang,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

SID 1143254

Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia

Founder of Young Successful Team Empire

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

4 thoughts on “15 Jenis Makanan Sihat Untuk Kesihatan Jantung

    1. syahida Post author

      Tu la pasal kan. Sebab tu supplemen memudahkan. Kena ambil set supplemen utk jantung 😊

      Reply
  1. Pingback: Top 10 Penyakit Kronik Di Malaysia • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge