Kenali 12 Cara Mengawal Diabetes Semasa Hamil

By | 03/05/2017

12 Cara Mengawal Diabetes Semasa Hamil

12 Cara Mengawal Diabetes Semasa Hamil

12 Cara Mengawal Diabetes Semasa Hamil

Kesihatan semasa kehamilan adalah keutamaan bagi setiap bakal ibu. Tapi bagi mereka yang mempunyai Diabetes, termasuk mereka yang mempunyai Diabetes semasa hamil, kesihatan mereka boleh menjadi lebih rumit. Membiarkannya tanpa dikawal atau dirawat akan memberi risiko yang lebih besar. Sebab itu, penting untuk ibu-ibu hamil mengawal Diabetes semasa hamil dari awal kehamilan atau sebelum hamil lagi.

Wanita yang mempunyai Diabetes semenjak sebelum hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk komplikasi. Termasuklah keguguran dan kecacatan bayi. Apabila kehamilan semakin matang, wanita yang mempunyai Diabetes semasa hamil mempunyai risiko tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi, pra-eklampsia, kelahiran pra-matang dan ‘prolonged labor’, kelahiran melalui pembedahan dan komplikasi berkaitan.

Bagi wanita yang menghidapi Diabetes semasa hamil, bayi mereka mempunyai risiko lebih tinggi untuk bayi menjadi lebih besar dan mengalami ‘shoulder dystocia’. Ia sejenis komplikasi semasa melahirkan. Bagi bayi yang memiliki kandungan glukosa dalam darah yang rendah (hypoglycemia), akan berkemungkinan berada di NICU sehingga beberapa hari selepas bersalin.

Dengan perancangan kesihatan dan sokongan, bayi anda yang baru lahir perlu dipantau rapi di NICU selama beberapa hari selepas melahirkannya.

Tapi berita baik!! Dengan adanya rancangan, strategi-strategi dan sokongan yang betul, anda boleh kawal Diabetes anda. Dengan itu anda masih boleh nikmati kehamilan yang sihat dan melahirkan bayi yang sihat.

Ikuti tips pakar ini ya :

12 Cara Kawal Diabetes Semasa Hamil

  1. Jumpa doktor anda sebelum anda hamil

Kalau sekiranya anda mempunyai Diabetes dan anda merancang untuk hamil, anda seharunya bercakap dengan doktor anda untuk pastikan paras A1C and adalah normal. Berbincanglah tentang ubat-ubatan sekiranya ia perkara yang anda perlu tahu dan ambil berat atau minta agar dihubungkan dengan Pakar Nutrisi atau Nutrtionist. Wanita dengan Diabetes Type 1 pula perlu bertanya kepada doktor mereka tentang Ujian Fungsi Buah Pinggang, Ujian Thyroid dan ujian mata sebab benda-benda lain pun boleh bertambah teruk, kata Dr. Lois Jovanovic, seorang pakar endokrin dan Profesor dalam bidang perubatan.

2. Turunkan berat badan

Salah satu cara yang terbaik untuk memastikan anda melalui kehamilan yang sihat adalah dengan memulakan dengan berat badan yang normal. Kalau kehamilan anda tak dirancang, yang mana 50 peratus kehamilan yang terjadi biasanya tak dirancang, jangan risau.

“Penurunan berat badan boleh bermula dari hari pertama anda tahu anda hamil,” kata Dr. Jennifer Lang, doktor pakar Ob-Gyn di Los Anegels dan penulis buku “The Whole 9 Months: A Week-By-Week Pregnancy Nutrition Guide with Recipes for a Healthy Start.”

Ambil makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan elakkan makanan yang mempunyai gula berlebihan, bahan pengawet, makanan terproses dan makanan yang tinggi lemak tepu.

3. Banyakkan bergerak

Senaman akan membantu anda mencernakan makanan yang dimakan, mengawal glukosa dalam darah dan membantu anda mengawal berat badan semasa dan selepas hamil. Wanita hamil dicadangkan mendapat 150 minit senaman aerobik yang berkelajuan sederhana setiap minggu.

4. Kirakan jumlah karbohidrat

Apabila anda merancang makanan anda, kirakan berapa banyak karbohidrat yang ada dalam setiap makanan dan hadkan amaun yang anda makan kerana ia akan menaikkan paras gula dalam darah. Terutamanya kalau anda mempunyai Diabetes Type I sebab anda kena kawal dos insulin anda berdasarkan jumlah karbohidrat yang anda ambil.

5. Banyakkan memakan sayur-sayuran

Sayur-sayuran sangat tinggi kandungan fitonutrien dan berserat yang mudah mengenyangkan perut, ditambah dengan membantu pencernaan dan mengelakkan berat badan berlebihan. Ia juga rendah kalori dan rendah karbohidrat jadi ia tidak akan mempengaruhi paras gula dalam darah. Sayur-sayuran yang tidak berkanji seperti lobak merah, timun dan brokoli pun pilihan yang bagus.

6. Tangani ‘morning sickness’

Pastikan anda makan setiap 2 hingga 3 jam sekali sepanjang hari untuk mengelakkan masalah loya atau ‘morning sickness’. Kalau katakan anda ambil insulin atau tablet, ambil sedikit biskut kraker sebelum buat apa-apa kerja selepas bangun pagi dan ambil ubat anda untuk pastikan makanan anda turun.

Sedikit makanan berkarbo yang ringkas seperti tablet glukos, madu dan jus buah boleh bantu anda kawal glukosa dalam darah agar sentiasa rendah. Kemudian, ambil sarapan yang mengandungi protein sihat seperti telur dan yoghurt. Biasanya kita tak makan ikan ke ayam or daging kan pepagi. Jadi yang paling mudah, telur la. Atau nak lagi mudah dan mengenyangkan, ambil ESP Shaklee. Kaya essential asid amino dan sangat-sangat rendah Nilai Glisemik Indeks.

Cara nak minum ESP ni pagi-pagi mudah saja. Blend bersama buah yang dipotong, ESP 3 sudu besar, secawan susu rendah lemak dan blend! Tak tau nak guna buah apa? Favourite saya adalah buah naga bersama ESP. Setakat ni, ni yang paling sedap saya pernah rasa. hehe. Boleh jugak buat smoothie pisang atau mangga.

Diabetes semasa hamil

Kepentingan protein ESP

7. Menangani makanan yang kita tidak gemari

Sekiranya dengan memikirkan sayur-sayuran membuatkan perut anda mula tak keruan, terutamanya dalam trimester pertama, cuba jus sayur hijau. Ia adalah sumber asid folik dan kalsium yang baik. Ia boleh mengawal selera makan dan mengelakkan keinginan untuk memakan makanan manis. Elakkan jus buah yang ada banyak jenis buah sebab ia akan melonjakkan paras gula dalam darah.

8. Perhatikan apa yang kita minum

Adalah penting untuk meminum banyak air untuk kekal berhidrasi ketika hamil. Pastikan untuk anda elakkan jus kotak yang manis-manis, air berkarbonat, minuman tenaga dan pemanis dalam air kopi dan teh.

Elakkan minuman ini dan gantikannya dengan minuman yang tiada kalori dan tiada karbohidrat kerana ia akan menjadi sumber utama dalam menaikkan paras gula dalam darah kita.

9. Manjakan diri sekali-sekala

Tak mengapa kalau kita nak menikmati sepotong pai, kuih, atau biskut. Tapi ambil perhatian dengan jumlah karbohidrat yang anda akan makan dengan dessert atau minuman petang dan kalau anda perlu ambil ubat-ubatan selepas itu.

Kalau anda nakkan dessert, anda boleh tukarkan dengan mengambil salad daripada sandwich sebagai contoh. Atau ambil hanya 1 potongan kecil kuih daripada potongan kuih yang besar.

10. Gunakan teknologi

Gunakan Apps yang boleh membantu anda mencatat paras gula dalam darah, makanan yang dimakan dan mengira jumlah karbohidrat serta mempunyai pengesan dan kawalan terhadap paras glukosa dalam darah.

11. Ambil berat secara berterusan

Diabetes semasa hamil adalah hakikatnya Diabetes Type II yang tak didiagnos.

Secara fakta, ada kajian menunjukkan 35 hingga 60 peratus wanita yang mempunyai Diabetes semasa hamil akan mendapat Diabetes Type II dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.

Jadi, sekiranya anda mempunyai Diabetes semasa hamil, adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor anda tentang kawalan terhadap paras gula dalam darah anda dan fikirkan untuk ubah gaya hidup anda selepas kehamilan.

12. Dapatkan sokongan

Anda mungkin ada tanggapan yang salah tentang Diabetes ini. Mungkin anda menyalahkan diri sendiri atau mungkin anda sebenarnya perlukan nasihat. Dapatkan pertolongan daripada penasihat Diabetes yang bertauliah atau Dietitian Nutritionist yang berdaftar yang boleh membantu anda mereka menu makanan yang realistik dan enak untuk wanita yang ada masalah Diabetes semasa hamil.

Adalah penting untuk menyedari yang anda perlukan penyusunan jadual dan anda perlu lakukan pilihan gaya hidup yang sihat untuk kebaikan anda dan bayi. Sebab tu, anda perlu mencari maklumat. Tapi kena la berdisiplin jugak yer. Supaya anda boleh menikmati kehamilan yang sihat dan mendapat bayi yang sihat juga.

Sumber kredit daripada : 12 ways to manage diabetes during pregnancy

 

Berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee untuk membantu melengkapkan nutrisi anda ketika hamil? Saya adalah pengedar Shaklee yang bertauliah dan fokus dalam Set Kehamilan. Saya berminat untuk membantu, Insya Allah.

Boleh hubungi saya sekiranya berminat dan sekiranya anda ingin dapatkan konsultasi yang terbaik mengenai Set Hamil Shaklee ini. 🙂

Salam Sayang penuh Ceria,

Wan Syahida

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

012-6753078

7 thoughts on “Kenali 12 Cara Mengawal Diabetes Semasa Hamil

  1. Perdu Cinta

    Alhamdulillah nice sharing…kesimpulannya perlu jaga kesihatan sedari awal sebelum kehamilan lagi sebagai langkah berjaga-jaga.

    Reply
    1. syahida Post author

      Betul tu PC.. Kalau tak, susah nanti 😀

      Reply
  2. Pingback: Cara-cara Kawal Gula Dalam Darah Bagi Ibu GDM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge